Perjanjian Lama 2022
10 Julai. Mengapakah Penting untuk Mengikuti Nabi Hidup Tuhan? 2 Raja-Raja 2–7


“10 Julai. Mengapakah Penting untuk Mengikuti Nabi Hidup Tuhan? 2 Raja-Raja 2–7,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“10 Julai. Mengapakah Penting untuk Mengikuti Nabi Hidup Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

seorang pemuda sedang menonton persidangan umum melalui telefon

10 Julai

Mengapakah Penting untuk Mengikuti Nabi Hidup Tuhan?

2 Raja-Raja 2–7

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Apakah yang dibincangkan oleh lembaga uskup dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Apakah tindakan yang kita boleh ambil berdasarkan perbincangan itu?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menjangkau orang ramai seperti Kristus apabila kita melihat keperluan dan tidak tahu apa yang harus dikatakan?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah perkara yang kita temui dalam injil Yesus Kristus yang membawa kita? Bagaimanakah kita boleh berkongsi kebahagiaan itu dengan orang lain?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah beberapa cara untuk kita berhubung dengan ahli keluarga lain, seperti datuk dan nenek dan sepupu?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Dalam diri kita terdapat ketidaksempurnaan seperti Naaman (lihat 2 Raja-Raja 5:1–15). Seperti Naaman, yang menjadi marah ketika nabi Elisa memberitahunya agar mandi sahaja di sungai untuk disembuhkan, kita mungkin tidak selalu memahami nasihat nabi kita. Kita mungkin berpendapat sesetengah nasihat mereka tidak masuk akal dan tidak sesuai untuk kita. Namun, Tuhan menjanjikan berkat besar jika kita cukup rendah hati untuk mengikuti nabi (lihat Ajaran dan Perjanjian 21:4–7). Bagaimanakah mengikuti nabi telah membantu anda lebih mendekati Tuhan? Apakah contoh lain daripada 2 Raja-Raja 4–6 yang menunjukkan bagaimana kita diberkati apabila kita mengikuti nabi hidup?

Semasa anda bersedia untuk mengajar tentang berkat mengikuti nabi hidup, fikirkan tentang cabaran yang para remaja hadapi. Bagaimanakah mengikuti nabi boleh membantu mereka menghadapi cabaran ini? Anda juga boleh membaca pesanan Elder Neil L. Andersen “Nabi Tuhan” (Liahona, Mei 2018, 24–27) atau pesanan Elder L. Whitney Clayton “Lakukan Apa Sahaja yang Dikatakan-Nya Kepada Kamu” (Liahona, Mei 2017, 97–99).

remaja putera di dalam kelas

Mengikuti nabi boleh membantu orang muda menghadapi cabaran mereka.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan, anda boleh minta ahli kelas atau kuorum (atau secara berkumpulan) menyemak salah satu laporan berikut: 2 Raja-Raja 4:1–7; 5:6–14; 6:8, 13–17. Minta mereka mencari sesuatu yang mengilhami mereka untuk membaca serta mengikuti ajaran para nabi dan rasul pada zaman ini. Setelah setiap kumpulan berkongsi, anda boleh minta beberapa daripada mereka untuk melengkapkan ayat ini: “Apabila saya mengikut nabi dan rasul hidup, saya …” Untuk meneruskan perbincangan tentang nabi, pilih satu atau beberapa idea berikut.

  • Oleh kerana nabi hidup hanya terdapat di Gereja Tuhan yang dipulihkan, ahli kelas atau kuorum anda berpeluang menjawab pertanyaan orang lain tentang nabi hidup. Anda boleh menulis soalan berikut di papan tulis, yang mungkin soalan orang ramai tentang nabi hidup: Mengapakah kita mempunyai nabi? Bagaimanakah nabi dipilih? Bagaimanakah anda tahu nabi benar-benar berucap bagi pihak Tuhan? Para remaja boleh mencari jawapan dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Mereka boleh berlatih menjawab soalan ini dan soalan lain menggunakan kebenaran yang mereka temui, serta tanggapan dan pengalaman mereka sendiri.

  • Bagaimanakah kata-kata nabi hidup boleh membantu kita menghadapi cabaran peribadi? Untuk membantu para remaja menjawab soalan ini, anda boleh menjemput mereka menyenaraikan di papan tulis beberapa nasihat dan jemputan yang nabi berikan dalam persidangan umum baru-baru ini. Apakah yang telah kita lakukan untuk mematuhi nasihat dan jemputannya? Apakah perubahan yang telah kita saksikan dalam hidup kita berikutan usaha ini? Anda boleh menjemput seseorang untuk berkongsi pengalaman peribadi tentang nasihat nabi telah membantunya menghadapi cabaran peribadi.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas fahami bahawa mengikuti nabi akan membantu mereka lebih mendekati Juruselamat? Satu cara adalah memberi mereka sekeping kad kecil dan menjemput mereka untuk membaca sebahagian daripada pesanan Elder Neil L. Andersen “Nabi Tuhan.” Mereka boleh menulis pada sebelah kiri kad perkara yang mereka pelajari tentang bagaimana nabi boleh membantu mereka lebih mendekati Kristus. Di sebelah kanan pula, mereka boleh menulis sesuatu yang mereka terilham untuk lakukan untuk mengikuti nabi. Jemput mereka untuk berkongsi nota mereka.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

  • Gary E. Stevenson, “Hati Seorang Nabi,” Liahona, Mei 2018, 17–20 (Bagaimanakah nabi dipilih)

Teaching in the Savior’s Way

“Penukaran hati melibatkan lebih dari sekadar merasakan Roh mengesahkan kebenaran pada jiwa kita; kita juga mesti bertindak atas kebenaran itu. Selain daripada membantu pelajar merasa dan mengenali Roh, bantu mereka bertindak atas dorongan yang mereka terima” (Teaching in the Savior’s Way, 10).