Perjanjian Lama 2022
14 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Menemukan Kebahagiaan dengan Mengikuti Juruselamat? Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46


“14 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Menemukan Kebahagiaan dengan Mengikuti Juruselamat? Mazmur 1–2; 8; 19–33; 40; 46,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“14 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Menemukan Kebahagiaan dengan Mengikuti Juruselamat?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

remaja sedang bermain di luar

14 Ogos

Bagaimanakah Saya Boleh Menemukan Kebahagiaan dengan Mengikuti Juruselamat?

Mazmur 1–2; 8; 19–33; 4046

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi bersama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Bagaimanakah kita menemukan kebahagiaan dengan mengikuti Yesus Kristus?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah dalam bahagian atau komuniti kita yang memerlukan bantuan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh membantu sesama dalam persiapan pelayanan penginjil?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menyumbang pada usaha bahagian kita untuk melakukan pekerjaan sejarah keluarga dan bait suci?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Apakah yang membawa kebahagiaan kepada anda? Orang-orang mungkin berkata mereka berasa gembira ketika bersama rakan dan keluarga, semasa melakukan hobi kegemaran atau sehari tanpa percubaan. Presiden Russel M. Nelson mengajarkan: “Kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan tumpuan hidup kita. Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa kegembiraan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia” (“Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 82). Banyak daripada Mazmur mengagungkan pesanan yang sama: “Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku” (Mazmur 16:11).

Fikirkan beberapa cabaran yang ahli kelas atau kuorum anda mungkin hadapi. Bagaimanakah anda akan membantu mereka fahami kebahagiaan sejati datang dari menjalankan iman terhadap Juruselamat—walaupun pada masa sukar? Renungkan soalan ini semasa anda bersedia untuk mengajar. Cari petikan berkaitan yang anda boleh kongsi dengan kelas atau kuorum anda dalam Mazmur atau pesanan Presiden Nelson “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani”.

remaja putera di dalam kelas

Kebahagiaan sejati datang dari menjalankan iman terhadap Juruselamat, walaupun pada masa sukar.

Belajar Bersama

Pertimbangkan untuk menjemput ahli kelas atau kuorum anda untuk menyemak beberapa ayat berikut: Mazmur 1; 8; 19; 2327. Apakah yang kita pelajari dari Mazmur tentang perkara yang mendatangkan kebahagiaan kepada kita? Kemudian, anda boleh menggunakan satu atau beberapa aktiviti berikut untuk membantu ahli kelas lebih memahami bahawa kebahagiaan sejati datang kerana mengikuti Yesus Kristus.

  • Kita semua ingin mencari kebahagiaan, tetapi kita perlu memahami perkara yang membawa kepada kebahagiaan sejati dan perkara yang mendatangkan kesengsaraan. Minta para remaja berkongsi beberapa perkara yang menggembirakan mereka dan mengapa itu menggembirakan. Tulis di papan tulis “manusia wujud agar mereka boleh berbahagia” (2 Nefi 2:25). Kemudian, jemput para remaja, secara individu atau berkumpulan, menyemak satu atau beberapa tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” dan senaraikan perkara yang membawa kepada kebahagiaan. Apakah beberapa cara yang orang ramai berusaha untuk mencari kebahagiaan tetapi sebenarnya membawa kepada kesengsaraan? Bagaimanakah Juruselamat membawa kebahagiaan kepada kita?

  • Kita tahu seseorang yang menghadapi cabaran walaupun mereka berusaha menjalankan injil. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas fahami bahawa kita boleh menemukan kebahagiaan walaupun hidup kita penuh cabaran? Anda boleh minta mereka untuk menyemak pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” atau pesanan Presiden Steven J. Lund “Mendapat Kebahagiaan dalam Kristus” (Liahona, Nov. 2020, 35–37). Apakah contoh yang dapat kita saksikan dari orang-orang yang menemukan kebahagiaan dalam Kristus meskipun terdapat cabaran? Apakah yang kita pelajari daripada pengalaman ini? Apakah pengalaman yang boleh kita kongsi?

  • Kita mudah terpengaruh dengan perasaan bimbang dan murung apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Bagi sesetengah kita, perasaan ini menjadi pertempuran sepanjang hayat. Kelas atau kuorum anda boleh mendapat manfaat dari perbincangan tentang cabaran-cabaran ini dan bagaimana Juruselamat boleh membantu mereka yang sedang bergelut dengan kebimbangan dan kemurungan. Untuk memulakan perbincangan ini, anda boleh meminta para remaja menyemak pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Seperti satu Bejana Yang Hancur,” terutamanya empat perenggan yang terakhir (Liahona, Nov. 2013, 40–42) atau pesanan Sister Reyna I. Aburto “Bersinarkan Terang, Tinggal Denganku!” (Liahona, Nov. 2019, 57–59). Jemput ahli kelas atau kuorum untuk mencari kebenaran yang bermakna bagi mereka dan kongsikannya. Galakkan para remaja untuk berbincang dengan ibu bapa atau pemimpin yang dipercayai atau lawati mentalhealth.ChurchofJesusChrist.org jika mereka memerlukan bantuan.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

Juruselamat mengenali mereka yang Dia ajar secara peribadi—dan Dia tahu siapa yang mereka boleh menjadi. Apabila mereka bergelut, Dia terus mengasihi mereka. Bagaimanakah anda boleh tunjukkan anda mengasihi dan menyokong mereka yang anda ajar?