“28 Ogos. Bagaimanakah Juruselamat Boleh Membantu Saya Sepanjang Tempoh Percubaan Saya? Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“28 Ogos. Bagaimanakah Juruselamat Boleh Membantu Saya Sepanjang Tempoh Percubaan Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
28 Ogos
Bagaimanakah Juruselamat Boleh Membantu Saya Sepanjang Tempoh Percubaan Saya?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi bersama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang mendorong kita lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Adakah sesiapa yang baru berpindah ke bahagian kita atau baru menyertai Gereja? Bagaimanakah kita boleh bantu mereka merasa dialu-alukan?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah aktiviti akan datang yang kita boleh menjemput rakan kita untuk hadir?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk mencatat sejarah peribadi kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Cabaran yang kita hadapi boleh membuat kita merasa lesu, kecewa, mengalah dan bersendirian. Penulis Mazmur memahami perasaan ini dan telah mengungkapkan perasaan ini dengan tepat sekali: “Aku layu seperti rumput kering, … Aku tidak dapat tidur; aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah” (Mazmur 102:4, 7). Tetapi dengan kekuatan yang sama, mereka telah bersaksi bahawa berpaling kepada Juruselamat akan mendatangkan kelegaan: “Pujilah Tuhan, hai jiwaku, dan jangan lupa akan kebaikan-Nya: Dia mengampunkan segala dosaku, dan menyembuhkan segala penyakitku; Dia menyelamatkan aku daripada kematian dan memberkati aku dengan kasih dan rahmat” (Mazmur 103:2–4).
Fikirkan berkat yang ahli kelas atau kuorum anda terima semasa mereka sepenuhnya memahami tentang bagaimana Juruselamat boleh membantu mereka dalam percubaan mereka. Bagaimanakah Juruselamat telah membantu anda? Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda boleh menyemak pesanan Presiden Henry B. Eyring “Diuji, Dibuktikan, dan Diasah” (Liahona, Nov. 2020, 96–99).
Belajar Bersama
Anda boleh mula dengan meminta ahli kelas atau kuorum untuk menyemak Mazmur 102, 103 serta 116 dan mencari cara Juruselamat membantu kita dalam usaha kita menangani percubaan. Mereka boleh bekerja secara individu atau secara berkumpulan untuk menulis beberapa ayat tentang apa yang mereka temui, kemudian berkongsi. Pilih satu atau beberapa aktiviti berikut untuk membantu mereka memahami topik ini dengan lebih mendalam.
-
Lagu rohani boleh menjemput Roh dan merupakan cara mengajar ajaran yang berkesan. Pertimbangkan untuk menyemak lagu rohani tentang cara Juruselamat membantu kita dalam percubaan kita, seperti “Teguhlah Landasan” (Nyanyian Rohani, no. 28). Apakah yang lagu rohani ini ajarkan tentang bantuan Juruselamat kepada kita? Para remaja kemudiannya boleh menyemak petikan ayat suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Catatan frasa daripada lagu rohani atau tulisan suci yang mengingatkan mereka untuk meminta bantuan Juruselamat apabila mereka berada dalam kesusahan mungkin berguna.
-
Pesanan Presiden Henry B. Eyring “Diuji, Dibuktikan, dan Diasah” boleh membantu ahli kelas lebih memahami soalan seperti berikut: Apakah beberapa tujuan percubaan fana kita? Bagaimanakah Juruselamat akan membantu kita dengan cabaran kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menerima bantuan dan kuasa Juruselamat? Pertimbangkan untuk menulis soalan ini di papan tulis. Ahli kelas atau kuorum boleh mencari jawapan dalam pesanan Presiden Eyring. Contohnya, apakah yang kita pelajari dari cerita tentang ibu Presiden Eyring di awal dan hujung pesanan ini? Anda boleh meminta setiap ahli untuk merenungkan bagaimana mereka boleh menerapkan perkara yang mereka pelajari dalam percubaan mereka sendiri. Beberapa ahli kelas mungkin sudi berkongsi pandangan mereka.
-
Sister Lisa L. Harkness telah mengaitkan laporan tentang Juruselamat menenangkan ribut untuk mengajar kita Tuhan boleh menenangkan hidup kita (lihat Markus 4:35–41; “Diam, Tenanglah”, Liahona, Nov. 2020, 80–82). Anda boleh menjemput seorang ahli kelas atau kuorum membuat persediaan awal untuk berkongsi perkara yang dia pelajari tentang Juruselamat dari laporan tulisan suci ini. Ahli ini juga boleh menunjukkan sebuah gambar (lihat Buku Seni Injil, no. 40). Para remaja boleh menyemak perkara yang Sister Harkness ajarkan tentang cara Juruselamat “duduk dalam perahu kita” apabila kita menghadapi cabaran. Anda boleh menjemput individu untuk berkongsi bagaimana Juruselamat telah membantu dalam percubaan mereka, termasuk bagaimana Tuhan telah membantu mereka melalui orang lain. Galakkan remaja untuk berkongsi pengalaman mereka tentang seseorang yang mereka kenali, yang memerlukan kedamaian Juruselamat.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Yesaya 53:3–5; Ibrani 2:17–18; Alma 7:11–13; 36:3; Eter 12:27 (Juruselamat akan membantu kita dalam percubaan kita)
-
Dieter F. Uchtdorf, “Tuhan Akan Lakukan Sesuatu yang Tak Dapat Dibayangkan,” Liahona, Nov. 2020, 51–54
-
Cristina B. Franco, “Kuasa Penyembuhan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2020, 60–62