“11 September. Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Bersih dan Gembira Semula setelah Berdosa? Yesaya 1–12,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“11 September. Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Bersih dan Gembira Semula setelah Berdosa?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
11 September
Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Bersih dan Gembira Semula setelah Berdosa?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Bagaimanakah berpaling kepada Tuhan boleh membantu kita menghadapi cabaran dan percubaan?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang kita kenali yang memerlukan doa dan persahabatan kita?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah rancangan untuk berkongsi injil yang telah dibincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Bagaimanakah kelas atau kuorum kita boleh melibatkan diri?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah melakukan pekerjaan sejarah keluarga boleh mengeratkan hubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Apabila kita merasa bersalah setelah melakukan dosa, kita mempunyai pilihan. Perasaan ini, walaupun menyakitkan, boleh menjadi berkat jika kita bertaubat. Tetapi, Setan memberitahu kita perasaan ini bermaksud bahawa Tuhan tidak mengasihi kita dan mencuba membuat kita putus asa dan kecewa. Mungkin ada ahli kelas turut dibebani dengan perasaan ini. Mereka mungkin tertanya jika mereka boleh kembali suci dan gembira. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka menemukan harapan dalam Korban Tebusan Juruselamat?
Nabi Yesaya menegur orang-orang yang berdosa. Tetapi dia turut bersaksi bahawa kerana adanya Juruselamat, “Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji” (Yesaya 1:18). Renungkan hal ini semasa anda membaca Yesaya 1–12 pada minggu ini. Apakah yang mungkin mengilhami ahli kelas untuk berpaling kepada Yesus Kristus dengan iman sehingga beban dosa mereka boleh dihapuskan? Anda juga boleh mengkaji kesaksian Kristus dalam pesanan Sister Sharon Eubank “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan” (Liahona, Mei 2019, 73–76).
Belajar Bersama
Untuk bersedia bagi perbincangan mengenai Yesaya 1–12, anda boleh minta setiap remaja untuk membawa sesuatu yang berwarna merah dan sesuatu yang berwarna putih. Anda boleh memaparkan objek ini semasa membaca Yesaya 1:16–18 bersama. Kemudian, para remaja boleh berkongsi apa yang mereka pelajari dari ayat-ayat ini. (Lihat perbincangan Sister Sharon Eubank ayat 18 dalam “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan.”) Berikut ialah beberapa aktiviti lain yang boleh mengilhami iman terhadap kuasa Juruselamat untuk menguduskan kita secara rohani.
-
Ahli kelas boleh memupuk iman tentang Yesus Kristus boleh menguduskan mereka secara rohani dengan menyemak tulisan suci yang berkaitan dengan pertaubatan. Anda boleh menulis di papan tulis nama seperti Saul (kemudian Paulus), Alma yang Muda, Zezrom dan orang Anti-Nefi-Lehi. Anda juga boleh menulis dua kumpulan rujukan ayat suci: Kisah Rasul-Rasul 8:3; Mosia 27:8–10; Alma 11:21–23; Alma 17:12–15 (orang-orang ini dalam keadaan berdosa) dan Kisah Rasul-Rasul 9:13–20; Alma 36:17–24; Alma 15:5–12; Alma 23:6–12 (selepas orang-orang ini berpaling kepada Juruselamat dan bertaubat). Para remaja boleh memadankan setiap nama ini dengan tulisan suci yang menggambarkan orang itu. Apakah yang orang-orang ini lakukan untuk bertaubat? Apakah yang laporan ini ajarkan tentang kerelaan Juruselamat untuk mengampuni? Adakah kita melihat teladan yang kita boleh contohi?
-
Untuk membantu ahli kelas lebih memahami tentang pengampunan dosa, anda boleh memberi mereka analogi atau perumpamaan untuk dikaji. Ini termasuk anak yang hilang (lihat Lukas 15:11–24); Juruselamat Gembala kita (perenggan 5–8 dalam pesanan Elder Dale G. Renlund “Gembala Yang Baik Kita” [Liahona, Mei 2017, 29–32]); piano yang rosak (bahagian awal pesanan Sister Cristina B. Franco “Kuasa Penyembuhan Yesus Kristus” [Liahona, Nov. 2020, 60–62]). Para remaja boleh meringkaskan setiap analogi atau perumpamaan dan membincangkan perkara yang ia ajarkan tentang kasih dan korban tebusan Juruselamat.
-
Perasaan sesal kerana kita telah berdosa membantu dan mendorong kita ke arah pertaubatan. Perasaan putus asa atau tidak bernilai kerana dosa-dosa kita tidak membantu dan boleh menjauhkan kita daripada bertaubat. Apakah perbezaan antara kesedihan kerana berdosa yang mendorong pada pertaubatan dan kesedihan yang mendorong pada putus asa? (lihat juga 2 Korintus 7:9–10; Mormon 2:12–14). Jika seseorang dihantui perasaan bersalah dan putus asa kerana berdosa, apakah yang kita boleh katakan untuk membantunya berpaling kepada Juruselamat? Jemput para remaja untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Juruselamat dan belas kasihan-Nya.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Dallin H. Oaks, “Dibersihkan melalui Pertaubatan,” Liahona, Mei 2019, 91–94
-
“Pertaubatan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus,” dalam bab 3 Mengkhutbahkan Injil-Ku (2019), 62–63.