“25 September. Apakah Tanggungjawab Kita dalam Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan? Yesaya 40–49,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“25 September. Apakah Tanggungjawab Kita dalam Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
25 September
Apakah Tanggungjawab Kita dalam Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah yang kita bincangkan pada kali terakhir dan apakah jemputan atau tugasan yang telah dibuat? Apakah yang telah kita lakukan untuk memenuhi jemputan atau tugasan tersebut?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Apakah yang boleh kita lakukan atau katakan untuk membantu mereka yang rasa bersendirian atau jauh daripada Bapa Syurgawi?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah beberapa cara yang kita boleh membantu orang lain merasakan kasih Yesus Kristus?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah idea yang boleh kita kongsi dengan satu sama lain untuk membantu mengukuhkan keluarga kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Kitab suci jelas menyatakan bahawa membantu dalam pekerjaan Tuhan bukan untuk orang dewasa sahaja. Samuel masih budak ketika Tuhan berfirman kepadanya buat pertama kali. Maria mungkin masih seorang remaja puteri ketika seorang malaikat melawati Maria dan memberitahu dia akan menjadi ibu Juruselamat. Dan Joseph Smith baru berumur 14 tahun apabila Tuhan memanggilnya untuk memulihkan injil. Baru-baru ini, Presiden Russell M. Nelson telah menjemput semua orang muda untuk “menyertai batalion remaja Tuhan untuk bantu mengumpulkan Israel (“Harapan Israel” [pertemuan rohani sedunia, 3 Jun 2018], ChurchofJesusChrist.org). Sudah tentu, apabila Tuhan berkata, “Kamu Israel, hamba-Ku” (Yesaya 41:8), ini merujuk kepada semua umat perjanjian-Nya, termasuk ahli kelas atau kuorum anda.
Walaupun kita semua telah berjanji untuk melayani Tuhan apabila kita dibaptiskan, tidak semua golongan muda melihat diri mereka sebagai hamba Tuhan. Mereka mungkin tidak mengenali cara unik mereka boleh membantu dalam pekerjaan-Nya. Cari perenggan dalam Yesaya 41–44 dan bahagian 1.2 General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints yang boleh membantu para remaja memahami maksud menjadi hamba Tuhan.
Belajar Bersama
Yesaya 41–44 boleh membantu para remaja memahami maksud menjadi hamba Tuhan. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh menulis rujukan ini di papan tulis: Yesaya 41:8–10; 42:6–7; 43:9–12; 44:21. Setiap ahli boleh memilih suatu petikan, baca dan berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang maksud menjadi hamba Tuhan. Dari segi apakah kita merupakan hamba Tuhan? Apakah berkat yang datang apabila kita mengambil bahagian dalam pelayanan-Nya? Berikut ialah cara lain untuk membantu ahli kelas membawa orang ramai kepada Kristus sebagai peserta aktif dalam pekerjaan-Nya.
-
Adakah ahli kelas memahami maksud “pekerjaan penyelamatan dan permuliaan”? Untuk membantu mereka, anda boleh menugaskan mereka untuk mempelajari (secara individu atau secara berkumpulan) satu daripada empat sub-bahagian bahagian 1.2 General Handbook. Setiap sub-bahagian menerangkan aspek perkerjaan tersebut. Minta para remaja untuk merenungkan soalan seperti: Apakah perkara tertentu yang seseorang seusia seperti saya boleh lakukan untuk mengambil bahagian dalam aspek pekerjaan penyelamatan ini? Apakah yang boleh kelas atau kuorum kita lakukan? Setiap individu atau kumpulan boleh berkongsi perkara dan jawapan yang mereka temui untuk soalan tersebut.
-
Ahli kelas boleh mendapat manfaat dengan mempelajari lebih lanjut tentang empat aspek pekerjaan penyelamatan dan permuliaan—menjalankan injil Yesus Kristus, menjaga mereka yang memerlukan bantuan, menjemput semua untuk menerima injil dan menyatukan keluarga untuk keabadian. Mereka boleh memilih aspek yang diminati dan menerokai sesetengah item yang berkaitan dengan aspek itu di “Sumber-sumber Berkaitan”. Benarkan para remaja berkongsi perkara yang mereka temui, yang mengilhami mereka untuk lebih berpaling kepada Tuhan di samping membantu orang lain untuk berbuat demikian. Mereka boleh membuat rancangan untuk membantu menyempurnakan pekerjaan ini. Presiden kelas atau kuorum boleh memimpin perbincangan ini.
-
Untuk membantu para remaja merenungkan cara mereka boleh menggunakan bakat mereka untuk membawa orang kepada Kristus, anda boleh meminta mereka untuk mempelajari satu bahagian dalam pesanan Elder John C. Pingree Jr. “Aku Memiliki Suatu Pekerjaan Bagimu” (Liahona, Nov. 2017, 32–35). Mereka boleh berkongsi bagaimana perkara yang mereka pelajari boleh membantu seseorang yang tidak yakin dia boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan. Anda juga boleh menyemak bahagian “Menemui dan Mengembangkan Kurnia Rohani” dalam pesanan Elder Pingree. Bagaimanakah Tuhan membantu kita menerokai dan mengembangkan bakat kita?
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli-ahli kuorum dan kelas untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak mengikut tanggapan yang mereka terima pada hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Menjalankan injil Yesus Kristus: 2 Nefi 31:17–21; 3 Nefi 27:13–21
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan: Matius 25:34–40; Mosia 18:8–9
-
Jemput semua untuk menerima injil: Matius 5:14–16; 1 Petrus 3:15
-
Satukan keluarga untuk keabadian: Ajaran dan Perjanjian 2; 128:18