Perjanjian Lama 2022
9 Oktober. Mengapakah Hidup Saya Harus Berpusat pada Yesus Kristus? Yesaya 58–66


“9 Oktober. Mengapakah Hidup Saya Harus Berpusat pada Yesus Kristus? Yesaya 58–66,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“9 Oktober. Mengapakah Hidup Saya Harus Berpusat pada Yesus Kristus?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

Yesus Kristus

9 Oktober

Mengapakah Hidup Saya Harus Berpusat pada Yesus Kristus?

Yesaya 58–66

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, tambahan kepada perbincangan tentang urusan kelas atau kuorum yang tertentu, anda boleh membincangkan tanggapan dan tema daripada persidangan umum. Soalan-soalan berikut boleh membantu.

  • Apakah tema atau pesanan yang menonjolkan? Apakah yang memperkuatkan iman kita terhadap Yesus Kristus?

  • Apakah yang memperkukuhkan kesaksian kita terhadap nabi hidup? Apakah yang kita terilham untuk lakukan menurut apa yang kita pelajari atau rasai?

  • Apakah yang perlu kita lakukan sebagai kelas atau kuorum untuk mengingati dan bertindak atas nasihat yang kita dengar dalam persidangan umum?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

“Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan Tuhan” kata Yesaya, “Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin yang memakai perhiasan serba indah” (Yesaya 61:10). Mengapakah anda “bersukacita dengan Tuhan”? Seperti Yesaya, apabila kita mengenali apa yang Tuhan lakukan untuk kita, kita bersukacita dan kita sering menceritakan “kasih Tuhan; [kita] akan memuji Dia” (Yesaya 63:7).

Bagaimanakah perasaan ahli kelas tentang Juruselamat? Apakah yang boleh membantu mereka merasakan kasih dan ketakziman yang lebih mendalam untuk-Nya? Apakah yang boleh membantu mereka merasakan kasih-Nya? Semasa anda merenungkan soalan ini dan membaca Yesaya 58–66, anda juga boleh menyemak pesanan Elder Matthew S. Holland “Kurnia Putera yang Hebat” (Liahona, Nov. 2020, 45–47) dan pesanan Sister Cristina B. Franco “Kuasa Penyembuhan Yesus Kristus” (Liahona, Nov. 2020, 60–62).

seorang remaja puteri mengkaji tulisan suci

Apabila kita mempelajari lebih banyak tentang Juruselamat, kita terilham untuk menjadikan-Nya pusat kehidupan kita.

Belajar Bersama

Apabila ahli kelas atau kuorum mempelajari tentang misi Yesus Kristus, mereka akan lebih terilham untuk menjadikan Juruselamat pusat kehidupan mereka. Mereka boleh mencari dalam Yesaya 61:1–3 dan menyenaraikan di papan tulis perkara yang Juruselamat ditahbis untuk laksanakan (lihat juga Lukas 4:16–20). Bagaimanakah Juruselamat memenuhi aspek ini dalam misi-Nya? Bagaimanakah Dia memenuhi aspek-aspek ini dalam kehidupan kita sekarang? Idea berikut boleh membantu kelas atau kuorum anda meneruskan perbincangan tentang sebab-sebab Yesus Kristus harus menjadi pusat kehidupan kita.

  • Persidangan umum sering mempunyai pesanan yang bersaksi tentang Yesus Kristus. Anda boleh menjemput beberapa ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi perkara mereka pelajari tentang Juruselamat semasa persidangan umum. Galakkan mereka untuk berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat.

  • Tulisan suci boleh membantu para remaja lebih fahami mengapa hidup kita harus berpusat pada Juruselamat. Anda boleh menulis di papan tulis Mengapakah Hidup Saya Harus Berpusat pada Yesus Kristus? Minta para remaja untuk berkongsi pendapat mereka. Kemudian, anda boleh meminta mereka (secara individu atau berkumpulan) mencari tulisan suci di dalam “Sumber-sumber Berkaitan” untuk mencari jawapan tambahan. Jemput para remaja untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari dan mengapa ia bermakna bagi mereka.

  • Pertimbangkan untuk meminta ahli kelas menceritakan hari yang paling penting dalam hidup mereka. Apakah hari yang paling penting dalam sejarah? Galakkan para remaja untuk mencari berkat yang Elder Uchtdorf janjikan kepada mereka yang “melihat” Yesus Kristus. Mereka juga boleh berkongsi perkara yang mereka lakukan untuk menjadikan Juruselamat pusat hidup mereka. Anda boleh menggalakkan mereka untuk mempertimbangkan perkara yang mereka boleh lakukan untuk lebih mendekati Yesus Kristus dan menetapkan matlamat.

  • Jika seseorang bertanya mengapa kita mempercayai Yesus Kristus, apakah jawapan kita? Galakkan para remaja untuk berkongsi pemikiran mereka dan menulisnya di papan tulis. Anda juga boleh menjemput mereka untuk menyemak “Kristus yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (ChurchofJesusChrist.org). Galakkan mereka mencari kebenaran mudah yang mereka boleh kongsi untuk menjelaskan kepentingan Juruselamat bagi mereka. Mereka boleh menambahkan kebenaran yang mereka temui pada senarai di papan tulis dan membincangkan bagaimana mereka kongsi itu dengan kenalan mereka.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

“Setiap individu dalam kelas anda merupakan sumber kesaksian, pandangan dan pengalaman untuk menjalankan injil. Jemput mereka untuk berkongsi dan mengangkat satu sama lain” (Teaching in the Savior’s Way, 5).