“11 Disember. Adakah Saya Mengutamakan Hal Tuhan dalam Hidup Saya? Hagai; Zakharia 1–3; 7–14,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“11 Disember. Adakah Saya Mengutamakan Hal Tuhan dalam Hidup Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
11 Disember
Adakah Saya Mengutamakan Hal Tuhan dalam Hidup Saya?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah yang dibincangkan oleh lembaga uskup dalam pertemuan majlis remaja bahagian kita? Apakah tindakan yang boleh kita ambil berdasarkan perbincangan itu?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menjangkau orang lain seperti Kristus apabila kita melihat keperluan dan tidak tahu apa yang harus dikatakan?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah perkara yang kita temui dalam injil Yesus Kristus yang membawa kita kebahagiaan? Bagaimanakah kita boleh berkongsi kebahagiaan itu dengan orang lain?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang kita lakukan untuk mencari nama nenek moyang kita yang memerlukan tatacara bait suci? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu orang lain mencari nama nenek moyang mereka?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Hidup dipenuhi dengan hal-hal penting untuk dilakukan. Jika kita tidak berhati-hati, kesibukan hidup boleh menyebabkan kita melupakan tujuan hidup. Kita tahu Juruselamat dan injil-Nya harus menjadi keutamaan tertinggi kita, tetapi hal lain boleh mengalih perhatian kita dengan mudah. Mungkin itulah sebabnya tulisan suci menasihati kia agar “Buatlah rancanganmu dengan teliti” (Amsal 4:26), “Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu” (Hagai 1:5) dan “Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus” (2 Korintus 13:5).
Orang Israel yang hidup pada zaman nabi Hagai memerlukan jemputan seperti ini. Dalam usaha keras mereka untuk membina semula Yerusalem, mereka telah menangguhkan pembinaan semula rumah Tuhan. Pertimbangkan bagaimana amaran Tuhan dalam Hagai 1 berguna untuk kita pada hari ini. Bagaimanakah anda akan mengilhami ahli kelas agar menilai komitmen mereka untuk mengutamakan hal Tuhan dalam hidup mereka? Anda boleh menyemak pesanan Elder Dale G. Renlund “Komitmen Kukuh Kepada Yesus Kristus” (Liahona, Nov. 2019, 22–25).
Belajar Bersama
Anda boleh memulakan perbincangan dengan menulis frasa daripada Hagai 1:6 di papan tulis. Apakah yang kita boleh pelajari dari idea-idea ini—menanam benih tetapi tidak pernah menuai, makan tetapi tidak pernah kenyang atau memperoleh wang tetapi dimasukkan dalam beg yang berlubang—tentang menghabiskan masa pada hal-hal yang bukan Tuhan mahu kita lakukan? Meskipun Tuhan tidak meminta kita menumpukan usaha untuk membina bait suci, apakah yang Dia minta kita tumpukan? Bagaimanakah kita boleh mengutamakan hal-hal itu dalam hidup kita? Aktiviti berikut boleh membantu para remaja menilai komitmen mereka untuk mengutamakan hal Tuhan dalam hidup mereka.
-
Mengambil sakramen merupakan peluang mingguan yang sangat baik untuk menilai komitmen kita kepada Yesus Kristus. Bagaimanakah kita boleh gunakan sakramen untuk mempertimbangkan jika kita sedang menjadi lebih seperti Juruselamat? Para remaja boleh berkongsi bagaimana mereka melakukan perkara ini. Mereka juga boleh membuat senarai soalan yang mereka boleh tanyakan diri mereka semasa sakramen. Jemput mereka untuk merenungkan satu atau beberapa tulisan suci, pesanan atau sumber lain di “Sumber-sumber Berkaitan” semasa mereka menyediakan senarai mereka.
-
Elder Terence M. Vinson, dalam pesanannya “Pengikut Juruselamat yang Sejati” (Ensign atau Liahona, Nov. 2019, 9–11) telah berkongsi nasihat yang boleh membantu para remaja “Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu” (Hagai 1:5). Anda boleh menjemput mereka untuk membaca petikan ucapan ini secara individu atau berkumpulan dan mencari maksud menumpukan hidup kita kepada Juruselamat. Mereka boleh berkongsi sesuatu yang mereka terilham untuk lakukan demi memperkuatkan komitmen mereka kepada Yesus Kristus.
-
Ramai kita sibuk berbuat baik. Tetapi ia tidak semestinya perkara yang terbaik.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Joshua 24:14–15; Matius 6:19–34; 22:36–40; Markus 10:17–22; 1 Korintus 11:23–28; 2 Korintus 13:5; Kolose 3:1–2 (Kita harus mengutamakan hal Tuhan dalam hidup kita)
-
Scott D. Whiting, “Menjadi Seperti Dia,” Liahona, Nov. 2020, 12–15