Perjanjian Lama 2022
27 November. Bagaimanakah Saya Boleh Berkongsi Injil? Yunus; Mikha


“27 November. Bagaimanakah Saya Boleh Berkongsi Injil? Yunus; Mikha,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“27 November. Bagaimanakah Saya Boleh Berkongsi Injil?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

remaja puteri sedang berbual

27 November

Bagaimanakah Saya Boleh Berkongsi Injil?

Yunus; Mikha

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Bagaimanakah kita lebih mendekati Juruselamat? Bagaimanakah kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Dia?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang terlintas dalam fikiran kita sejak akhir-akhir ini? Bagaimanakah kita boleh membantu individu-individu ini?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjawab soalan rakan kita tentang Gereja?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah beberapa cara untuk kita berhubung dengan ahli keluarga lain, seperti datuk dan nenek dan sepupu?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Mungkin terdapat ahli kelas atau kuorum anda yang sering mencari jalan untuk berkongsi injil. Anda juga boleh berbuat demikian! Walau bagaimanapun, bagi ramai orang, berkongsi injil adalah sukar malah menakutkan. Mujurlah kita semua boleh menjadi lebih mahir dalam berkongsi iman kita terhadap Yesus Kristus. Anda mungkin tidak mendengar suara Tuhan secara fizikal, menyuruh anda melakukan sesuatu seperti “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu, dan kecamlah penduduknya”, sebagaimana yang dialami oleh Yunus (Yunus 1:2). Namun, bisikan suara Roh Kudus boleh mendorong anda untuk “pergi kepada” ahli keluarga dan rakan tertentu yang sedia mendengar kesaksian anda. Bersikap terbuka tentang pengajaran pengalaman Yunus semasa anda mengkaji dan mempersiapkan diri untuk berkongsi perkara yang anda pelajari kepada ahli kelas. Anda juga boleh membaca pesanan Elder D. Todd Christofferson “Berkongsi Pesanan Pemulihan dan Kebangkitan” apabila anda bersedia untuk mengajar (Liahona, Mei 2020, 110–13).

remaja putera sedang belajar tulisan suci

Roh Kudus boleh mendorong kita untuk berkongsi injil dengan mereka yang telah bersedia untuk mendengar kesaksian kita.

Belajar Bersama

Untuk membantu ahli kelas berkongsi tanggapan dari pengkajian mereka tentang Yunus pada minggu ini, anda boleh tunjukkan gambar Yunus (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jemput mereka untuk membincangkan perkara yang mereka pelajari tentang berkongsi injil daripada pengalaman Yunus. Anda boleh menjemput mereka untuk menyemak Yunus 1 dan 3 dan bertanya: Apakah yang kita pelajari tentang berkongsi injil kepada orang-orang yang belum bersedia untuk berubah? Apakah yang kita pelajari tentang kesediaan Tuhan untuk mengampuni mereka yang bertaubat? Untuk mengilhami ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi injil, gunakan satu atau beberapa aktiviti berikut atau aktiviti anda sendiri.

  • Untuk idea berkongsi injil Juruselamat dengan orang lain, kelas atau kuorum anda boleh menyemak laporan dalam tulisan suci berikut: Yohanes 4:3–26; Kisah Rasul-Rasul 16:25–33; Alma 19:14–18, 28–31. Anda boleh membincangkan soalan seperti: Sejauh manakah orang-orang dalam laporan ini bersedia untuk mendengar pesanan injil? Bagaimanakah pesanan itu telah dikongsi? Pada pendapat anda, mengapakah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus ingin kita berkongsi injil? Anda boleh berbincang dalam kelas atau kuorum mengenai perkara yang laporan ini ajarkan tentang cara berkongsi injil pada hari ini.

  • Membaca tentang teladan orang lain boleh menggalakkan para remaja untuk berbuat yang sama. Elder D. Todd Christofferson telah berkongsi beberapa contoh dalam pesanannya “Berkongsi Pesanan Pemulihan dan Kebangkitan.” Dalam pesanan ini, Elder Christofferson mengajar bahawa tiga perkara diperlukan untuk menjadikan jemputan kita lebih menarik: kasih kita, teladan kita dan penggunaan Kitab Mormon. Bincangkan contoh perkongsian injil dalam pesanan ini dan jemput ahli kelas untuk berkongsi contoh lain, termasuk pengalaman peribadi mereka. Bagaimanakah pengalaman ini menunjukkan tiga perkara yang Elder Christofferson ajarkan?

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas fahami bahawa berkongsi injil boleh dilakukan secara semula jadi dan tidak menakutkan? Anda boleh minta para remaja untuk fikirkan cara mereka boleh berkongsi injil dengan kenalan mereka. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjemput mereka supaya datang dan lihat? Apakah peluang mereka untuk datang dan membantu? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka berhasrat untuk datang dan kekal? Bagaimanakah kita boleh menjadikan perkongsian injil sebahagian daripada kehidupan harian kita?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

“Orang-orang lebih cenderung untuk membuat perubahan yang bermakna dalam kehidupan mereka apabila perubahan tersebut datang dari pelaksanaan hak pilihan mereka sendiri. Apabila anda menyampaikan jemputan untuk bertindak, hormatilah hak pilihan mereka yang anda ajar” (Teaching in the Savior’s Way, 35).