“13 November. Bagaimanakah Saya Boleh Menerima Curahan Roh Tuhan? Hosea 1–6; 10–14; Yoel,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“13 November. Bagaimanakah Saya Boleh Menerima Curahan Roh Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
13 November
Bagaimanakah Saya Boleh Menerima Curahan Roh Tuhan?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita terilham untuk lakukan demi membantu mereka?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjadi cahaya kepada ahli keluarga atau rakan yang tidak berkongsi kepercayaan kita?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan lebih banyak kasih dan sokongan kepada keluarga kita serta membawa perbezaan positif di rumah kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Kita sememangnya hidup pada zaman yang penuh ketidakpastian dan ketakutan. Nabi Yoel di Perjanjian Lama telah menggambarkan zaman kita—“hari Tuhan”—sebagai “Hari itu gelap dan mendung” dan “alangkah dahsyatnya” (Yoel 2:1–2, 11). Tetapi ini tidak bermakna bahawa zaman kita tidak ada harapan. Pertimbangkan janji Elder Dieter F. Uchtdorf: “Walaupun kadangkala kita rasa dipenuhi oleh cubaan hidup atau dikelilingi oleh masalah emosi, kasih Tuhan dan berkat injil Yesus Kristus yang dipulihkan akan bawa sesuatu yang tak boleh dibayangkan” (“Tuhan Akan Lakukan Sesuatu yang Tak Dapat Dibayangkan,” Liahona, Nov. 2020, 52).
Jadi, apabila anda mendapati zaman kita penuh kegelapan dan mendung, ingatlah Tuhan juga telah menjanjikan—bahkan berkat—yang tidak dapat dibayangkan: “Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang: anak lelaki dan anak perempuan kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku” (Yoel 2:28; lihat juga Joseph Smith—Sejarah 1:41). Perhatikan janji khusus Roh Tuhan akan dicurahkan kepada anak lelaki dan anak perempuan. Mengapakah anda merasakan penting bagi ahli kelas untuk memahami perkara ini? Renungkan soalan ini semasa anda membaca Yoel 2 dan pesanan Elder Uchtdorf dalam persediaan anda untuk mengajar.
Belajar Bersama
Untuk membantu ahli kelas lebih memahami tentang Yoel 2:28–29, anda boleh meletakkan sebuah objek dalam mangkuk dan minta seseorang untuk menuangkan air ke dalam mangkuk tersebut. Bagaimanakah ini boleh membantu kita fahami maksud Tuhan “mencurahkan roh-Nya kepada semua orang”? Bagaimanakah nubuat dalam Yoel 2:28–29 dipenuhi? Berikut ialah beberapa idea yang boleh membantu para remaja agar lebih memahami tentang cara Tuhan mencurahkan Roh-Nya pada zaman ini.
-
Tulisan suci mencatat banyak contoh kejadian Tuhan mencurahkan Roh-Nya kepada umat-Nya. Menyemak beberapa ayat ini boleh membantu para remaja lebih memahami cara menerima curahan Roh Tuhan dalam hidup mereka. Pertimbangkan untuk melukis sebuah jag besar sedang menuang air di papan tulis, dan minta mereka untuk membaca satu atau beberapa petikan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” secara individu atau berkumpulan. Mereka boleh menulis di sebelah jag air tersebut perkara yang orang-orang dalam tulisan suci lakukan supaya Tuhan boleh mencurahkan Roh-Nya dan berkat-berkat yang menyusul. Bilakah kita merasa Roh telah menghiburkan, membimbing, atau menguduskan kita?
-
Anda boleh menulis ayat Elder Dieter F. Uchtdorf di papan tulis: “Tuhan mempunyai sesuatu yang tak dapat dibayangkan untuk anda secara peribadi dan Gereja secara kolektif—sebuah pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban” (“Tuhan Akan Lakukan Sesuatu yang Tak Dapat Dibayangkan,” 53). Pertimbangkan untuk meminta para remaja membaca pesanan Elder Uchtdorf untuk tahu tentang berkat tidak dapat dibayangkan yang Tuhan berikan kepada orang-orang dalam tulisan suci setelah menghadapi percubaan dan kesukaran. Apakah yang Elder Uchtdorf ajarkan untuk kita lakukan supaya kita boleh membuat keputusan yang baik semasa kita menghadapi percubaan dan kesukaran? Jemput para remaja untuk membuat senarai perkara yang “tidak dapat dibayangkan”, yang Tuhan ada untuk kita. Jemput ahli kelas untuk merenungkan perkara yang mereka sedia untuk lakukan bagi menerima berkat ini.
-
Pertimbangkan untuk memainkan video “President Nelson: Hear Him—Personal Revelation” (ChurchofJesusChrist.org). Minta para remaja mendengarkan pandangan bagaimana Roh berbicara kepada kita dan cara Dia memberkati kehidupan kita. Mereka juga boleh menyemak pesanan Presiden Russell M. Nelson “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita” (Liahona, Mei 2018, 93–96). Minta mereka untuk mencari jawapan bagi soalan : Bagaimanakah Presiden Nelson mencari dan menerima dorongan Roh? Apakah yang kita belajar daripada Joseph Smith tentang kesediaan Tuhan untuk berfirman kepada anak-anak-Nya? Apakah yang Presiden Nelson menggesa kita untuk lakukan? Beritahu para remaja tentang pengalaman anda merasakan Tuhan telah mencurahkan Roh-Nya. Jemput mereka untuk merenungkan pengalaman mereka dan jika mereka merasa selesa, kongsikan pengalaman tersebut.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.