“21–27 November. Yunus; Mikha: ‘[Dia] Suka Menunjukkan [Belas kasihan],’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“21–27 November. Yunus; Mikha,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
21–27 November
Yunus; Mikha
“[Dia] Suka Menunjukkan [Belas kasihan]”
Apabila anda mencatat tanggapan anda, fikirkan tentang cara asas-asas dalam Yunus dan Mikha berkaitan dengan perkara yang anda telah pelajari dalam tulisan suci.
Catat Tanggapan Anda
Yunus sedang menaiki kapal menuju ke Tarsis. Tiada masalah dengan pelayaran ke Tarsis, kecuali tempat ini terletak jauh dari Niniwe, yang Yunus seharusnya pergi untuk menyampaikan pesanan Tuhan. Oleh itu, apabila kapal itu berdepan dengan ribut yang kencang, Yunus menyedari bahawa itu adalah disebabkan keingkaran dia. Atas desakan Yunus, rakan pelautnya membawanya ke tengah laut untuk menghentikan ribut. Kejadian itu menampakkan seolah-olah Yunus dan pelayanannya sudah berakhir. Namun, Tuhan tidak berputus asa dengan Yunus—sama seperti Dia tidak berputus asa dengan orang Niniwe dan sama seperti Dia tidak berputus asa dengan kita. Seperti yang Mikha telah ajarkan, Tuhan tidak suka menghukum kita, tetapi “[dia] suka menunjukkan [belas kasihan]”. Apabila kita berpaling kepada-Nya, “[Dia] akan mengasihani kami lagi. [Dia] akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut” (Mikha 7:18–19).
Untuk gambaran keseluruhan tentang kitab Yunus dan Mikha, lihat “Yunus” dan “Mikha” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Tuhan mengasihi semua yang berpaling kepada-Nya.
Kitab Yunus menunjukkan, antara lain, betapa Tuhan menunjukkan belas kasihan-Nya apabila kita bertaubat. Apabila anda membaca Yunus, cari contoh belas kasihan-Nya. Renungkan pengalaman anda menerima belas kasihan dalam hidup anda. Apakah yang anda pelajari, yang boleh membantu anda menjadi lebih berbelas kasihan terhadap orang lain?
Apabila menyaksikan belas kasihan Tuhan, kita sering diilhami dengan perasaan kasih dan rasa kesyukuran. Walau bagaimanapun, Yunus “tidak suka” dan “naik marah” (Yunus 4:1) apabila Tuhan menunjukkan belas kasihan kepada orang Niniwe, iaitu musuh kepada orang Israel. Mengapakah Yunus mempunyai perasaan sebegitu? Pernahkah anda mengalami perasaan yang serupa? Apakah yang anda rasa Tuhan sedang cuba untuk membantu agar Yunus faham dalam bab 4?
Renungkan ajaran-ajaran ini dalam Mikha 7:18–19. Bagaimanakah kebenaran ini boleh membantu Yunus mengubah sikapnya tentang Tuhan dan orang Niniwe?
Lihat juga Lukas 15:11–32.
Semua anak Tuhan perlu mendengar injil.
Niniwe merupakan sebahagian daripada empayar Assyria, musuh kepada orang Israel yang terkenal dengan keganasan dan kekejamannya. Bagi Yunus, orang Niniwe yang bersedia untuk menerima firman Tuhan dan bertaubat mungkin kelihatan tidak realistik. Namun, seperti yang Presiden Dallin H. Oaks telah mengajar: “Kita tidak patut menetapkan diri kita sebagai hakim kepada siapa yang bersedia dan siapa tidak. Tuhan tahu hati semua anak-Nya, dan jika kita berdoa untuk ilham, Dia akan membantu kita cari orang yang Dia tahu akan “berada dalam keadaan sedia untuk mendengar firman” (Alma 32:6). (Alma 32:6)” (“Berkongsi Injil yang Dipulihkan”, Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 58–59). Apakah yang anda pelajari daripada Yunus 3 yang mengilhami anda untuk berkongsi injil walaupun dengan mereka yang kelihatan belum bersedia untuk berubah?
Ia mungkin membantu untuk membandingkan sikap Yunus (lihat Yunus 1; 3–4) dan perasaan Alma serta anak lelakinya Mosia (lihat Mosia 28:1–5; Alma 17:23–25).
Lihat juga 3 Nefi 18:32.
Yesus Kristus telah memetik tulisan Mikha.
Memang sudah diketahui umum yang Juruselamat memetik firman Yesaya dan Mazmur. Tahukah anda yang Dia turut memetik firman Mikha beberapa kali? Pertimbangkan contoh yang berikut dan renungkan sebab petikan ini mungkin penting bagi Juruselamat. Mengapakah petikan ini penting bagi anda?
Mikha 4:11–13 (lihat 3 Nefi 20:18–20). Tuhan telah mengibaratkan pengumpulan zaman akhir kepada penuaian gandum (lihat juga Alma 26:5–7; Ajaran dan Perjanjian 11:3–4). Apakah yang perbandingan ini tunjukkan kepada anda tentang pengumpulan orang Israel?
Mikha 5:8–15 (lihat 3 Nefi 21:12–21). Apakah yang dicadangkan dalam ayat-ayat ini kepada anda tentang umat Tuhan (“Yakub yang selebihnya”) pada hari-hari terakhir?
Mikha 7:5–7 (lihat Matius 10:35–36). Menurut ayat-ayat ini, mengapakah ia penting untuk “menantikan Tuhan” terlebih dahulu? Mengapakah nasihat ini penting pada hari ini?
“Apakah yang Tuhan hendakkan daripada engkau?”
Mikha menjemput kita membayangkan keadaan untuk “persembahkan kepada Tuhan … apabila datang menyembah Tuhan” (Mikha 6:6). Apakah yang dicadangkan dalam ayat 6–8 kepada anda tentang perkara yang penting bagi Tuhan apabila Dia menilai hidup anda?
Lihat juga Matius 7:21–23; 25:31–40. Renlund, “Berlaku adil, Berbelas Kasihan, dan Merendahkan Hati di Hadapan Tuhan Oleh Elder Dale G. Renlund,” Ensign atau Liahona, Nov. 2020, 109–12.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Yunus 1–4.Anak-anak anda mungkin seronok beraksi mengisahkan cerita Yunus, seperti berpura-pura untuk melarikan diri, membuat bunyi seperti lautan yang bergelora atau berpura-pura ditelan oleh ikan yang besar. Tanya ahli keluarga perkara yang dipelajari oleh mereka daripada pengalaman Yunus. Untuk contoh pengajaran daripada Yunus, lihat ayat 7 “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-anak, 58).
-
Yunus 3.Apakah yang Yunus telah pelajari tentang berkongsi injil? Siapakah yang kita kenali, yang akan diberkati dengan mendengar pesanan injil Yesus Kristus yang dipulihkan?
-
Mikha 4:1–5.Menurut ayat-ayat ini, apakah yang akan membawa kedamaian dan kesejahteraan kepada umat Tuhan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu menggenapi nubuat ini di dalam rumah kita?
-
Mikha 5:2.Anda juga boleh memaparkan gambar Yesus semasa kecil dengan ibu-Nya (lihat Buku Seni Injil, no.33) di salah satu sisi bilik dan gambar Golongan Bijaksana di sisi yang lain. Baca kedua-dua ayat Mikha 5:2 dan Matius 2:1–6. Bagaimanakah nubuat Mikha membantu Golongan Bijaksana mencari Yesus? Ahli keluarga boleh memindahkan gambar Golongan Bijaksana ke sebelah gambar Yesus.
Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu yang dicadangkan: “Ku Pergi ke Mana Kauinginkan”, Nyanyian Rohani, no.128.