Perjanjian Lama 2022
21–27 November. Yunus; Mikha: “Engkau Suka Menunjukkan Kasih-Mu yang Abadi Kepada Kami”


“21–27 November. Yunus; Mikha: ‘Engkau Suka Menunjukkan Kasih-Mu yang Abadi Kepada Kami,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“21–27 November. Yunus; Mikha,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

lelaki merangkak di pantai dan ikan paus di lautan di belakangnya

Jonah on the Beach at Nineveh, (Yunus di Persisiran Niniwe) oleh DanielA. Lewis

21–27 November

Yunus; Mikha

“Engkau Suka Menunjukkan Kasih-Mu yang Abadi Kepada Kami”

Carikan asas-asas penting dalam Yunus dan Mikha yang akan memberkati kanak-kanak yang anda ajar. Renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak mempelajari asas-asas ini. Idea dalam rangka panduan ini boleh membantu.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk bantu kanak-kanak ingat cerita Yunus atau kebenaran lain yang mereka pelajari di rumah, nyanyikan bersama, seperti ayat 7 “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59).

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yunus 1:4–17; 3:3–5

Tuhan memberkati saya ketika saya mematuhi-Nya.

Ketika Tuhan meminta Yunus untuk berkhutbah kepada orang Niniwe, Yunus tidak mematuhinya. Bantu kanak-kanak memahami bahawa kita diberkati ketika kita mematuhi Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar cerita Yunus, dan jemput kanak-kanak untuk menceritakan apa yang mereka tahu tentangnya (lihat “Nabi Yunus” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama; halaman aktiviti minggu ini; atau rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tanyakan soalan seperti: Apakah yang terjadi ketika Yunus tidak mematuhi Tuhan? (lihat Yunus 1:4–17). Apakah yang berlaku ketika dia patuh? (lihat Yunus 3:3–5). Kongsi kesaksian anda tentang Tuhan akan memberkati kita ketika kita mematuhi-Nya.

  • Nyanyikan bersama lagu tentang mematuhi Tuhan, seperti “Ku Segera Patuh” (Buku Nyanyian Anak-Anak,71). Bincangkan tentang betapa baiknya jika Yunus patuh pada kali pertama. Bantu kanak-kanak fikirkan hal yang Tuhan mahu mereka lakukan dan lakonkan bagaimana mereka dapat segera patuh.

para penginjil mengajar seorang lelaki

Bapa Syurgawi mahu semua orang mendengar injil.

Yunus3

Injil adalah untuk semua orang.

Orang-orang Niniwe bertaubat ketika Yunus menyampaikan pesanan Tuhan kepada mereka. Apakah peluang yang kanak-kanak miliki untuk berkongsi injil?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lakonkan sebahagian dari Yunus 3:3–8 bersama kanak-kanak, seperti berjalan di kota Niniwe, berkongsi pesanan Tuhan, dan menulis perintah raja kepada rakyatnya. Tunjukkan gambar penginjil (lihat Buku Seni Injil, no. 109, 110). Apakah yang para penginjil lakukan? Bagaimanakah Yunus seperti seorang penginjil? Bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka dapat berkongsi injil kepada orang lain, seperti berkongsi fasal-fasal kepercayaan atau berkongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus.

  • Ceritakan pengalaman ketika anda berkongsi injil Yesus Kristus. Atau, beberapa hari sebelum kelas, jemput seseorang untuk hadiri kelas anda dan beritahu kanak-kanak tentang pengalaman ketika dia berkongsi injil atau ketika seseorang kongsi injil kepadanya. Galakkan orang itu untuk menunjukkan gambar, jika boleh. Bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka boleh menjadi penginjil sekarang.

Mikha 5:2

Yesus Kristus dilahirkan di Betlehem.

Mikha menubuatkan bahawa “penguasa di Israel” akan lahir di Betlehem. Anda dapat membantu kanak-kanak ketahui bahawa kelahiran Yesus Kristus memenuhi nubuat ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar-gambar peristiwa sekitar kelahiran Yesus Kristus (lihat Buku Seni Injil, no. 28, 29, 30, 31). Jemput kanak-kanak bercakap tentang peristiwa yang berlaku dalam setiap gambar. Bacakan Mikha 5:2, dan jemput kanak-kanak berdiri ketika mereka terdengar perkataan “Betlehem.” Bersaksi bahawa kelahiran Yesus sangat penting sehingga para nabi tahu tentangnya sebelum Dia dilahirkan.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar kelahiran Yesus. Semasa mereka tunjukkan lukisan mereka, minta mereka berkongsi sebab mereka bersyukur untuk Yesus Kristus.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yunus 1:10–12; 2:1–4,9; 3:1–5

Pertaubatan termasuk mengakui dosa-dosa saya dan meminta keampunan.

Teladan Yunus dapat mengilhami kanak-kanak untuk berpaling kepada Tuhan ketika mereka telah melakukan dosa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu anak-anak membuat senarai di papan tulis mengenai beberapa unsur asas pertaubatan (lihat Panduan Tulisan Suci, “Bertaubat, Pertaubatan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Kaji semula cerita Yunus bersama, dan jemput kanak-kanak untuk mengenal pasti bukti bahawa Yunus bertaubat (lihat, contohnya, Yunus 1:10–12; 2:1–4,9; 3:1–5). Bagaimanakah kita tunjukkan kepada Tuhan bahawa kita ikhlas bertaubat?

Yunus 2:7–10; 3:10; 4:2; Mikha 7:18–19

Tuhan berbelas kasihan kepada mereka yang berpaling kepada-Nya.

Ketika kanak-kanak fahami bahawa Tuhan berbelas kasihan dan baik, mereka akan berpaling kepada-Nya ketika mereka perlukan belas kasihan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari definisi perkataan belas kasihan dalam kamus atau dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Mengapakah Yunus memerlukan belas kasihan? Mengapakah orang Niniwe memerlukan belas kasihan? (lihat Yunus 1:1–3). Minta kanak-kanak bayangkan mereka menemu ramah Yunus. Apakah bukti Yunus bahawa Tuhan berbelas kasihan? (Lihat, contohnya, Yunus 2:7–10; 3:10; 4:2). Bagaimanakah Tuhan telah menunjukkan belas kasihan kepada kita?

  • Minta kanak-kanak untuk membuat senarai di papan tulis tentang hal-hal yang mereka “senangi”, contohnya hobi, berkat-berkat daripada Tuhan, dan sebagainya. Jemput mereka membaca Mikha 7:18–19 untuk mencari satu hal yang Tuhan senangi. Apakah kebenaran-kebenaran yang dapat membantu seseorang yang takut untuk bertaubat?

  • Bantu kanak-kanak memikirkan contoh ketika Juruselamat menunjukkan belas kasihan kepada orang lain, seperti Markus 2:3–12; Lukas 23:33–34; dan Yohanes 8:1–11. Tunjukkan gambar-gambar peristiwa ini, jika boleh. Bantu kanak-kanak memikirkan peluang yang mereka ada untuk berbelas kasihan dan menjadi baik kepada orang lain.

Mikha 6:8

Tuhan mahu saya berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan-Nya.

Mikha 6:8 menyediakan pola untuk hidup dengan soleh. Bagaimanakah anda dapat bantu kanak-kanak menemui dan menjalani ajaran-ajaran dalam ayat ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Mikha 6:8, dan bantu kanak-kanak fahami maksud frasa ini: “berlaku adil,” “mengamalkan kasih,” dan “dengan rendah hati hidup bersatu dengan Tuhan kita.” Jemput kanak-kanak lukiskan diri mereka melakukan sesuatu yang berkaitan dengan salah satu frasa tersebut.

  • Tuliskan pada papan tulis “Apakah perkara yang dituntut oleh Tuhan daripada kita?” Jemput mereka mencari jawapan dalam Mikha 6:8. Bagaimana mematuhi perintah Tuhan membantu kita memenuhi syarat Tuhan dalam ayat ini?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Tuliskan pada jalur kertas bagi setiap kanak-kanak salah satu frasa daripada tulisan suci yang anda telah bincangkan sebagai kelas. Jemput kanak-kanak untuk cuba hafal frasa tersebut dan minta seorang ahli keluarga untuk berkongsi pendapat mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri perhatian kepada kanak-kanak. Bagaimanakah penerimaan kanak-kanak di dalam kelas terhadap aktiviti pembelajaran? Sekiranya mereka kelihatan gelisah, mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba aktiviti lain. Sebaliknya, jika anda melihat kanak-kanak terlibat dalam aktiviti, jangan tertekan kerana anda belum menghabiskan semua bahan pelajaran.