Perjanjian Lama 2022
14–20 November. Amos; Obaja: “Kembalilah kepada Tuhan, Maka Kamu Akan Hidup”


“14–20 November. Amos; Obaja: ‘Kembalilah kepada Tuhan, maka kamu akan hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“14–20 November. Amos; Obaja,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

wajah Yesus diterangi lilin di bilik gelap

Bread of Life, (Roti Hidup) oleh Chris Young

14–20 November

Amos; Obaja

“Kembalilah kepada Tuhan, Maka Kamu Akan Hidup.”

Semasa anda tumpukan mengajar kebenaran dalam cara yang mudah, anda memberi Roh Kudus peluang untuk bersaksi kepada kanak-kanak. Gunakan aktiviti dalam panduan ini—atau aktiviti sendiri—untuk membantu anda mengajarkan asas Injil dengan cara yang mudah.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari baru-baru ini di rumah atau di gereja. Contohnya, tanya jika mereka ada tulisan suci kegemaran atau ada pesanan yang mereka boleh kongsi dengan kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Amos 3:7; 7:14–15

Nabi adalah utusan Yesus Kristus.

Salah satu perkara terpenting kanak-kanak boleh tahu tentang nabi ialah mereka adalah utusan Yesus Kristus. Idea-idea berikut dapat membantu anda mengajar mereka kebenaran ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bisikan kepada salah seorang kanak-kanak pesanan untuk kelas (seperti minta kelas berdiri dengan sebelah kaki atau berpusing dalam bulatan), dan minta dia sampaikan pesanan kepada kanak-kanak yang lain. Ulangi aktiviti ini, pilih beberapa kanak-kanak lain menjadi utusan. Bantu mereka fahami bagaimana utusan dalam aktiviti ini seperti seorang nabi, yang menyampaikan pesanan Tuhan kepada kita. Kongsi beberapa contoh pesanan terbaru dari nabi hidup yang telah membantu anda menjadi lebih dekat dengan Yesus Kristus.

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk berdiri di depan bilik dan berlakon menjadi nabi Amos. Semasa anda berkongsi beberapa fakta tentang Amos dari Amos 7:14–15, berikan kanak-kanak gambar atau alat yang sesuai dengan setiap fakta, seperti gambar domba, buah, dan Tuhan. Jelaskan bahawa Amos adalah seorang gembala yang Tuhan panggil untuk menjadi utusan-Nya. Kemudian tunjukkan gambar Tuhan dan nabi hidup, dan jelaskan bahawa Tuhan terus memanggil utusan hari ini. Baca Amos 3:7 dengan lantang, dan minta kanak-kanak menunjukkan gambar yang sesuai ketika mereka mendengar perkataan “Tuhan” dan “nabi.” Kongsi kesaksian anda bahawa sama seperti zaman Amos, Yesus Kristus berbicara kepada kita melalui para nabi-Nya.

  • Kongsi cerita dari majalah Gereja baru-baru ini tentang nabi hidup atau tentang pengalaman yang dilalui oleh ahli Gereja ketika mereka mengikuti nasihat nabi.

  • Nyanyikan atau mainkan lagu tentang nabi, seperti “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59), ketika kanak-kanak membuat aktiviti di halaman aktiviti minggu ini. Tunjukkan kanak-kanak frasa dalam lagu yang mengajarkan bagaimana para nabi memimpin jalan kepada Yesus Kristus.

Amos 5:14

Jika saya mencari kebaikan, Tuhan akan menyertai saya.

Amos menjemput orang Israel untuk “berbuat baik, dan jangan berbuat jahat” dan berjanji bahawa jika mereka melakukannya, “Tuhan … akan sungguh-sungguh menyertai kamu.” Bagaimana anda akan membantu kanak-kanak bertindak atas jemputan ini dan menerima janji ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan beberapa gambar kanak-kanak melakukan perkara yang baik, seperti membantu orang lain atau mengambil sakramen. Minta kanak-kanak bergilir menggambarkan salah satu gambar sementara kanak-kanak lain meneka gambar tersebut. Baca Amos 5:14, dan bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka akan “berbuat baik” setiap hari.

  • Jemput mereka melukis gambar diri mereka melakukan sesuatu yang baik. Baca Amos 5:14, dan tekankan janji Tuhan bahawa Dia akan menyertai kita ketika kita berbuat baik. Jemput kanak-kanak untuk tambah kepada lukisan mereka gambar Yesus sedang berdiri bersama mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

para Rasul zaman moden bersalaman antara satu sama lain pada persidangan umum

Tuhan mengungkapkan kebenaran kepada para nabi-Nya.

Amos 3:7

Nabi adalah utusan Yesus Kristus.

Amos 3:7 adalah petikan tulisan suci yang bagus untuk membantu kanak-kanak tahu bahawa ketika kita mendengar nabi, kita sedang mendengar utusan Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menghafal semua atau sebahagian dari Amos 3:7. Contohnya, beri mereka beberapa minit untuk membaca ayat tersebut beberapa kali sementara anda menulis sebahagian perkataan lain di papan tulis. Jemputlah kanak-kanak menutup tulisan suci mereka dan menyebut ayat itu, menggunakan petunjuk di papan tulis. Kemudian padam beberapa perkataan dalam satu masa sehingga kanak-kanak dapat mengulang keseluruhan ayat tanpa petunjuk. Apakah yang ayat ini ajarkan kepada kita tentang para nabi? Bagaimanakah nabi hidup kita membantu kita tahu kehendak Juruselamat?

  • Tulis beberapa soalan tentang nabi di sehelai kertas, seperti berikut: Mengapakah kita mempunyai nabi? Apakah tugas nabi? Mengapakah anda mengikuti nabi? Apakah yang nabi ajarkan? Minta kanak-kanak berpasangan, dan minta satu kanak-kanak dari setiap pasangan memilih soalan dan minta pasangannya untuk menjawab. Jika kanak-kanak perlukan bantuan untuk menjawab soalan, mereka boleh lihat “Nabi” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Setelah pasangan menjawab soalan, kanak-kanak boleh bertukar peranan dan memilih soalan lain.

  • Kongsikan kepada kanak-kanak beberapa fakta tentang seorang nabi Perjanjian Lama yang mereka telah pelajari tahun ini (seperti Nuh, Musa, atau Yesaya). Minta mereka meneka nabi mana yang anda gambarkan. Ulangi ini untuk nabi lain.

Amos 5:4–15

Jika saya berusaha melakukan kebaikan, Tuhan akan menyertai saya.

Kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk memilih antara yang benar dan yang salah. Pertimbangkan bagaimana anda akan mengilhami mereka untuk “berbuat baik, dan janganlah berbuat jahat” (ayat 14).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak mencari Amos 5:4–15, mencari perkataan “cari.” Apakah yang Tuhan mahu kita cari, dan apakah janji Dia kepada mereka yang melakukannya? Bagaimanakah kita mencari Tuhan?

  • Bantu kanak-kanak menghafal ayat terakhir dari Fasal-Fasal Kepercayaan ayat ketiga belas. Bagaimanakah kita dapat “mencari hal-hal sebegini”?

Amos 8:11–12

Pemulihan injil telah menamatkan kebuluran kemurtadan.

Memahami apa yang Amos ajarkan tentang kemurtadan dapat membantu kanak-kanak bersyukur untuk Pemulihan injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Amos 8:11–12, dan bincangkan tentang apa yang berlaku ketika orang-orang tidak mempunyai firman Tuhan. Bantu kanak-kanak mendefinisikan perkataan kemurtadan dan kebuluran, menggunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) atau kamus. Bagaimanakah kemurtadan seperti kebuluran?

  • Untuk membantu kanak-kanak fahami Kemurtadan Besar, kaji semula bersama “Selepas Perjanjian Baru” (dalam Cerita-Cerita Perjanjian Baru, 167–70). Kemudian bincangkan soalan seperti: Mengapakah terdapat Kemurtadan? Apakah yang terjadi hasil dari Kemurtadan? Mengapakah Tuhan memulihkan injil-Nya? (lihat juga “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Galakkan kanak-kanak menulis soalan ini dan jawapan mereka dan berkongsi dengan keluarga mereka.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Berikan kanak-kanak masa untuk fikirkan sesuatu yang mereka pelajari hari ini yang mereka ingin kongsi dengan ahli keluarga. Galakkan mereka untuk memutuskan kepada siapa dan bagaimana mereka akan berkongsi.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memberi jemputan yang menghormati hak pilihan. Tanyakan soalan yang membantu kanak-kanak fikirkan cara peribadi untuk menerapkan apa yang mereka telah pelajari. Contohnya, anda boleh bertanya, “Apakah satu hal yang anda rasa anda harus lakukan berdasarkan perbincangan kita hari ini?”