Perjanjian Lama 2022
Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak


“Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-Kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-Kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Waktu Menyanyi: 2022

kanak-kanak melakukan aksi semasa menyanyi di gereja

Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak

Kepada Presidensi Sekolah Primer dan Pemimpin Muzik,

Lagu-lagu Sekolah Primer merupakan cara berkesan untuk membantu kanak-kanak belajar tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran injil Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak menyanyi mengenai asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.

Carilah bantuan Roh apabila anda membuat persiapan untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman mereka di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer. Kanak-kanak dan keluarga mereka akan diberkati oleh usaha tekun anda.

Kami mengasihi anda dan memberi kesyukuran atas pelayanan berdedikasi anda untuk memperkukuhkan dan melindungi kanak-kanak kita yang dikasihi.

Presidensi Umum Sekolah Primer

Arahan untuk Waktu Menyanyi

5 minit (presidensi Sekolah Primer): Doa pembuka, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan

20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi

Presiden Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu-lagu bagi setiap bulan untuk menegaskan asas-asas yang dipelajari oleh kanak-kanak dalam kelas-kelas dan di rumah. Sebuah senarai lagu yang menegaskan asas-asas ini termasuk dalam panduan ini. Lagu-lagu ini juga dicadangkan dalam panduan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Apabila anda mengajar lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita dan asas ajaran dari lagu yang anda ajar. Anda mungkin perlu kaji semula panduan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer yang kanak-kanak pelajari dalam kelas-kelas mereka. Ini akan membantu anda menjadi peka kepada cerita dan asas yang mereka pelajari supaya anda boleh mempertimbangkan cara untuk menyokong pembelajaran mereka dengan muzik.

Semasa waktu menyanyi, anda juga boleh mengkaji semula lagu yang mereka pelajari sebelumnya dan lagu yang mereka suka nyanyikan. Apabila anda mengkaji semula, jemput kanak-kanak untuk berkongsi pemikiran dan perasaan mereka tentang kebenaran yang terdapat dalam lagu-lagu itu.

Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik bagi Sekolah Primer. Lagu rohani dari nyanyian rohani dan lagu dari Friend atau Liahona adalah juga sesuai. Sekali-sekala kanak-kanak boleh menyanyi lagu patriotik atau perayaan yang sesuai untuk hari Ahad dan untuk usia kanak-kanak. Penggunaan muzik lain dalam Sekolah Primer harus mendapat persetujuan lembaga uskup (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.3.4, ChurchofJesusChrist.org).

Gambaran Keseluruhan Sekolah Primer

Pada setiap minggu, Sekolah Primer termasuk:

Waktu menyanyi:25minit

Peralihan:5minit

Kelas-kelas:20minit

Pemimpin bagi Sekolah Primer yang lebih besar boleh membahagikan kanak-kanak ke dalam dua kumpulan di mana satu kumpulan pergi ke kelas Sekolah Primer dan kumpulan kedua menghadiri waktu menyanyi. Kemudian dua kumpulan tersebut akan bertukar tempat. Jika ini berlaku, pemimpin Sekolah Primer perlu mengubahsuai masa yang ternyata di atas untuk menyesuaikan bagi keadaan mereka.

Muzik Cadangan untuk Waktu Menyanyi

Januari

  • “Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2–3

  • Ku Tahu Bapa Hidup,” Buku Nyanyian Anak-Anak,8

  • “Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47

Februari

  • “Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59 (rangkap 3)

  • “Dia Mengutus PuteraNya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21

  • “Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108

Mac

  • Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74

  • “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu,” Buku Nyanyian Anak-Anak,52

  • “B’rilah,’ Kata Riam,” Buku Nyanyian Anak-anak,116.

April

  • Penebus Israel,” Nyanyian Rohani,no.5

  • Benarkah Tuhan Telah Bangkit?Buku Nyanyian Anak-Anak,45

  • Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68–69

Mei

  • Aku Jalan Dengan Yesus” (music.ChurchofJesusChrist.org)

  • “Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak,66

  • “Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak,99

Jun

  • “Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-Anak,85

  • Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6–7

  • “Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40–41

Julai

  • “Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak,55

  • Ku Tahu Bapa Hidup,” Buku Nyanyian Anak-Anak,8

  • “Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak,99

Ogos

  • Penebusku Hidup,” Nyanyian Rohani, no. 52

  • “Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42–43

  • “Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya,” Buku Nyanyian Anak-anak,70

September

  • Kebaikan Mulai Dari Aku,” Buku Nyanyian Anak-Anak,83

  • Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68–69

  • Aku Jalan Dengan Yesus” (music.ChurchofJesusChrist.org)

Oktober

  • “Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42–43

  • Ku Ingin Menjalankan Misi,” Buku Nyanyian Anak-anak,91

  • “K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak,98

November

  • “Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59 (rangkap 7)

  • Kami Bersyukur bagi Nabi,” Nyanyian Rohani, no.8

  • Injil Kan Ku Hayati,” Buku Nyanyian Anak-Anak,72

Disember

  • “Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47

  • Sejak Kecil Ku Mencari Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak,67

  • Nun Jauh Dalam Palungan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 26–27

tiga kanak-kanak memegang gambar Yesus di depan bilik gereja

Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran

Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak merasakan pengaruh Roh Kudus semasa mereka mempelajari kebenaran injil. Idea-idea berikut boleh mengilhami anda semasa anda merancang cara-cara untuk mengajar asas-asas injil yang terdapat dalam lagu rohani dan lagu-lagu Sekolah Primer.

Baca ayat suci berkaitan. Dalam Buku Nyanyian Anak-Anak dan Nyanyian Rohani, rujukan tulisan suci yang berkaitan disertakan dengan kebanyakan lagu dan nyanyian rohani. Bantu kanak-kanak membaca beberapa dari ayat-ayat ini, dan beritahu bagaimana ayat-ayat suci berkaitan dengan lagu itu. Anda juga boleh menyenaraikan beberapa rujukan ayat suci pada papan tulis dan menjemput kanak-kanak untuk sesuaikan setiap rujukan dengan lagu atau rangkap pada lagu.

Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dengan beberapa kata kunci yang hilang. Kemudian minta kanak-kanak untuk nyanyikan lagu, mendengar kata-kata yang mengisi tempat kosong itu. Apabila mereka mengisi setiap tempat kosong, bincangkan asas-asas injil yang mereka pelajari dari kata-kata yang hilang itu.

Gunakan petikan daripada para pemimpin Gereja. Jemputlah kanak-kanak untuk mendengar sebuah petikan daripada seorang pemimpin Gereja yang mengajar asas injil sama dengan lagu Sekolah Primer. Minta mereka untuk mengangkat tangan apabila mereka dengar sesuatu yang membantu mereka memahami kebenaran yang mereka nyanyikan. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah dengar.

Bersaksi. Berikan kesaksian yang singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak memahami bahawa menyanyi adalah satu cara mereka memberi kesaksian dan merasai Roh.

Berdiri sebagai seorang saksi. Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran berdiri dan berkongsi apa yang mereka pelajari dari lagu yang mereka nyanyikan atau perasaan mereka berkenaan kebenaran yang diajarkan dalam lagu. Tanya tentang perasaan mereka semasa menyanyikan lagu itu, dan bantu mereka mengenali pengaruh Roh Kudus.

Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk membantu anda mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan atau frasa yang penting dalam lagu itu. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Contohnya, jika anda mengajar lagu “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47), anda boleh letakkan gambar di sekeliling bilik yang merupakan perkataan penting dari lagu itu (seperti malaikat, salji, dan bintang). Minta kanak-kanak mengumpul dan memegang gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul sambil anda menyanyikan lagu itu bersama mereka.

Kongsikan pengajaran berobjek. Anda boleh menggunakan sebuah objek untuk mengilhami perbincangan tentang satu lagu. Contohnya, lagu “Sejak Kecil Ku Mencari Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak,67) bercakap tentang mencari Tuhan. Anda boleh sembunyikan gambar Juruselamat di dalam bilik dan minta seseorang mencarinya. Setelah kanak-kanak itu menjumpai gambar itu, bincangkan perkara yang dia lakukan untuk mencarinya. Ini membawa kepada perbincangan hal-hal yang disebutkan dalam lagu tentang apa yang kita boleh lakukan untuk mencari Tuhan.

Menggalakkan perkongsian pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang diajari dalam lagu dengan pengalaman yang mereka alami berkenaan asas-asas itu. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak,99), anda boleh minta kanak-kanak mengangkat tangan mereka jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka untuk berfikir tentang perasaan yang mereka rasai apabila melihat sebuah bait suci.

Tanya soalan. Terdapat banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyikan lagu-lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk memikirkan soalan-soalan yang dijawab oleh lagu itu. Ini boleh mewujudkan suatu perbincangan tentang kebenaran yang diajar dalam lagu itu.

Mendengar jawapan. Minta kanak-kanak untuk mendengar jawapan bagi soalan-soalan. Contohnya, lagu “Dia Mengutus PuteraNya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21) mengandungi soalan dan jawapan. Anda boleh tanyakan soalan-soalan itu dan minta mereka mendengar jawapan apabila mereka bernyanyi.

Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer dan Nyanyian Rohani

Kanak-kanak belajar lagu dengan mendengar dan menyanyi berulang kali. Selalu nyanyikan seni kata lagu baru kepada kanak-kanak—jangan hanya membaca atau menyebutnya. Ini membantu kanak-kanak mengaitkan melodi dengan kata-kata itu. Selepas sebuah lagu telah diajarkan, ulangkaji lagu itu dengan pelbagai cara seronok sepanjang tahun. Di bawah adalah beberapa idea untuk membantu kanak-kanak belajar dan mengulang kaji lagu-lagu.

Mencipta poster. Paparkan poster dengan kata-kata dari setiap rangkap atau gambar yang menjelaskan kata-kata itu. Semasa kanak-kanak menyanyi, tutup beberapa kata atau gambar sehingga mereka dapat menyanyi semua rangkap tanpa melihat poster. Anda juga boleh meminta kanak-kanak untuk membantu anda mencipta poster.

Tunjukkan nada suara Untuk membantu kanak-kanak mempelajari melodi lagu, angkat tangan secara mendatar, dan sambil anda menyanyi kata-kata, tinggikan tangan untuk menunjukkan nada suara tinggi dan turunkan tangan untuk menunjukkan nada suara rendah.

Meniru kata-kata. Jemput kanak-kanak untuk menyanyi kembali apa yang anda nyanyikan. Nyanyikan kepada kanak-kanak satu frasa pendek atau satu baris, dan kemudian suruh mereka menyanyi kembali kepada anda.

Gunakan variasi. Nyanyikan lagu-lagu dengan pelbagai cara, misalnya bisikan, berdengung, tepuk tangan mengikut rentak, irama berlainan, atau menyanyi sambil duduk atau berdiri. Anda juga boleh mencipta sebuah dadu dari kertas dan tuliskan cara-cara menyanyi pada setiap permukaan dadu. Jemput seorang kanak-kanak untuk melontar dadu untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak akan menyanyi lagu itu.

Nyanyi secara berkumpulan. Berikan setiap kelas atau individu satu frasa untuk dinyanyikan sambil berdiri, dan kemudian minta mereka bertukar frasa sehingga setiap kelas atau individu telah berpeluang menyanyikan setiap frasa itu.

Gunakan gerakan tangan. Minta kanak-kanak untuk memikirkan gerakan tangan untuk membantu mereka mengingati kata-kata dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyikan “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11), anda boleh menjemput kanak-kanak untuk memeluk badan, menunduk kepala, dan menyentuh dada ketika mereka menyanyikan ayat-ayat yang berkaitan dalam lagu itu.

Perempuan menyanyi, lelaki menyanyi: Lukiskan gambar seorang lelaki dan perempuan, tampal atau lekat gambar-gambar pada batang kayu yang berasingan. Ketika mengulang kaji satu lagu, angkat salah satu gambar itu untuk menunjukkan siapa yang harus menyanyikan bahagian lagu itu.

Melontar ke dalam bakul. Letakkan bakul yang bernombor atau bekas lain di hadapan bilik—sediakan bekas menurut bilangan rangkap-rangkap sebuah lagu. Jemput seorang kanak-kanak untuk melontarkan beg kekacang atau kertas ronyok ke dalam atau berhampiran bekas yang bernombor. Minta kanak-kanak menyanyikan rangkap menurut nombor bekas yang sama.

Padankan gambar kepada frasa. Tuliskan setiap baris lagu pada helaian kertas berbeza, dan carikan gambar yang menjelaskan setiap baris. Letakkan gambar pada satu bahagian dalam bilik dan helaian kertas pada bahagian bilik lain. Nyanyikan lagu dan minta kanak-kanak untuk padankan gambar dengan kata-kata itu.

dua kanak-kanak menyanyi di gereja

Garis panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen

Di bawah arahan uskup, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke empat setiap tahun. Sebagai presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, cuba bertemu pada awal tahun dengan penasihat lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk memulakan perbincangan rancangan pembentangan tersebut. Apabila anda telah melengkapkan rancangan itu, sila dapatkan kelulusan bagi rancangan itu.

Pembentangan itu seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari dari Perjanjian Lama di rumah dan dalam Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyikan sepanjang tahun. Pertimbangkan dengan penuh doa asas-asas dan lagu-lagu injil yang menyokong pembelajaran mereka. Sepanjang tahun, simpankan nota ucapan kanak-kanak dan pengalaman peribadi untuk kegunaan yang mungkin dalam pembentangan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ayat suci, cerita, dan kesaksian dalam pembentangan. Apabila anda merancangkan pembentangan, fikirkan cara membantu jemaah untuk tumpukan kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat serta ajaran Mereka.

Unit-unit gereja dengan bilangan kanak-kanak yang kecil boleh memikirkan cara-cara di mana ahli keluarga dapat menyertai bersama dengan kanak-kanak mereka. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.

Sambil anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:

  • Latihan-latihan tidak harus mengambil masa dari masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.

  • Visual, kostum, dan pembentangan media adalah tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.

Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.2.1.2, ChurchofJesusChrist.org.