“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
Suatu Pola untuk Mengajar
Dalam sumber ini, anda akan mendapati pola tiga langkah berikut diulangi dalam setiap panduan: jemput perkongsian, mengajar ajaran, dan menggalakkan pembelajaran di rumah. Dalam banyak kes, semasa anda mengajar, elemen-elemen pola ini mungkin bertindih atau berlaku dalam susunan yang berbeza. Contohnya, pertimbangkan bahawa perkongsian adalah satu peluang untuk mengajar ajaran-ajaran, dan mengajar ajaran-ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi. Begitu juga, menggalakkan pembelajaran di rumah boleh berlaku sepanjang perbincangan kelas. Izinkan pelarasan pada pola ini untuk berlaku secara semula jadi, ikutkan bisikan Roh untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang anda ajari.
Jemput Perkongsian
Sebagai sebahagian dari kelas, jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka, pandangan, dan pengalaman tentang asas-asas yang anda ajari. Ulasan-ulasan mereka mungkin termasuk pengalaman yang mereka miliki sewaktu mempelajari di rumah. Anda juga boleh menyemak kembali apa yang mereka telah pelajari minggu lepas dan bertanya bagaimana ia telah mempengaruhi kehidupan mereka.
Mengajar Ajaran
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda lebih memahami ajaran yang akan anda ajarkan kepada kanak-kanak. Pertimbangkan ayat tulisan suci, penyataan, pengalaman, soalan, dan sumber lain yang anda boleh kongsi untuk membantu kanak-kanak memahami dan bertindak atas asas injil yang mereka pelajari. Bantu mereka mengenali pengaruh Roh Kudus semasa Roh bersaksi tentang kebenaran. Carilah cara kreatif dan mengilhamkan untuk membantu mereka menjadi teruja tentang apa yang mereka pelajari.
Untuk idea-idea tentang bagaimana menggunakan muzik untuk mengajar ajaran, lihat bahagian “Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran” dan “Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer” dalam “Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Persembahan Muzik Sakramen Kanak-kanak” di belakang buku panduan ini.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Kerana rumah adalah pusat pembelajaran injil, salah satu objektif anda sebagai pengajar Sekolah Primer adalah untuk menggalakkan pembelajaran di rumah. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak berkongsi bersama keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas? Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk terus belajar dari Perjanjian Lama di rumah?
Untuk idea-idea tentang bagaimana menggunakan muzik untuk mengajar ajaran, lihat bahagian “Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran” dan “Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer” dalam “Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Persembahan Muzik Sakramen Kanak-kanak” di belakang buku panduan ini.