Perjanjian Lama 2022
Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak


“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Yesus memegang anak kecil

Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengajar anak-anak-Nya dalam cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini dengan kuasa imamat-Nya yang kudus. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, sewaktu anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus untuk membantu anda berjaya (lihat 2 Nefi 33:1).

Mereka yang diamanahkan untuk penjagaan anda ialah anak-anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk membantu mereka dengan cara yang terbaik. Melalui Roh Kudus, Tuhan akan membimbing ketika anda bersedia dan semasa anda mengajar. Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang anda harus katakan dan lakukan (lihat 2 Nefi 32:5).

Tujuan penting ajaran dan pembelajaran injil adalah untuk mendalamkan penukaran hati kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Matlamat anda sebagai seorang pengajar adalah untuk membantu orang yang anda ajar untuk melakukan semua yang mereka boleh untuk menjadi lebih bertukar hati—sebuah usaha yang melangkau jauh dari masa kelas. Jemputlah orang yang anda ajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran tentang Yesus Kristus dan injil-Nya serta bertindak atas apa yang mereka pelajari. Menggalakkan mereka untuk membuat kajian secara individu dan dengan keluarga di luar kelas sebagai sumber utama pembelajaran injil mereka. Apabila mereka bertindak dalam iman dengan mengkaji sebagai individu dan dengan keluarga, mereka akan mengundang Roh ke dalam hidup mereka dan Roh akan membawa penukaran hati yang sejati. Segala yang anda lakukan sebagai seorang pengajar harus tertuju kepada objektif kudus ini.

Hanya ajar ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan seperti yang terdapat di dalam tulisan suci dan kata-kata para nabi zaman akhir. Ajaran tulen—kebenaran abadi dan tidak berubah yang diajar oleh Tuhan dan hamba-Nya—menjemput Roh dan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan.

Panggilan untuk mengajar adalah amanah kudus, dan ia adalah perkara biasa untuk merasa terkejut pada masa-masa tertentu. Tetapi ingatlah bahawa Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda, dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini pekerjaan Tuhan, dan semasa anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2), Dia akan memperbesar keupayaan, kurnia, dan bakat anda, dan pelayanan anda akan memberkati kehidupan orang yang anda ajar.