“Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak
Sumber-sumber ini boleh didapati dalam aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga
Anda boleh menyesuaikan aktiviti dari Ikutah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk kegunaan di kelas Sekolah Primer anda. Jangan risau sekiranya kanak-kanak telah melakukan aktiviti ini dengan keluarga di rumah; aktiviti yang berulang membantu mereka belajar. Kanak-kanak mungkin akan memberitahu anda bagaimana mereka lakukan aktiviti tersebut bersama keluarga mereka dan apa yang mereka telah pelajari.
Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak
Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain daripada penggunaan versi cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh dapatkan rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan di dalam aplikasi Sacred Music dan Gospel Media.
Untuk idea, lihat bahagian “Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran” dan “Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer” dalam “Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Persembahan Muzik Sakramen Kanak-kanak” di dalam buku panduan ini.
Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu
Banyak topik yang disampaikan dalam Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu: Buku Panduan Nurseri adalah serupa dengan apa yang anda ajar dalam Sekolah Primer. Terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk merujuk buku panduan nurseri untuk lagu, kisah, aktiviti dan kraf tambahan.
Majalah Friend
Majalah Friend menyediakan kisah dan aktiviti yang boleh menyokong asas yang anda ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Cerita-cerita Perjanjian Lama
Cerita-cerita Perjanjian Lama boleh membantu kanak-kanak belajar ajaran dan cerita yang didapati dalam Perjanjian Lama. Anda juga boleh mendapatkan video cerita-cerita ini dalam aplikasi Gospel Library dan di MediaLibrary.ChurchofJesusChrist.org.
Buku Warna Cerita-cerita Tulisan Suci—Perjanjian Lama
Sumber ini mengandungi halaman aktiviti mewarna yang direka untuk memperkayakan pembelajaran kanak-kanak dari Perjanjian Lama.
Video dan Seni
Karya seni, video, dan media lain dapat membantu mereka yang anda ajar memahami ajaran dan membayangkan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci tersebut. Layari Gospel Media di MediaLibrary.ChurchofJesusChrist.org untuk melihat koleksi sumber media Gereja. Gospel Media juga tersedia dalam aplikasi mudah alih. Banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas terdapat di Buku Seni Injil.
Teaching in the Savior’s Way
Teaching in the Savior’s Way dapat membantu anda mempelajari dan menerapkan asas-asas pengajaran yang serupa dengan Kristus. Asas-asas ini dibincangkan dan diamalkan dalam mesyuarat majlis pengajar.