Perjanjian Lama 2022
Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya


“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya,” Ikutlah Aku—Untukk Sekolah Primer: 2022

kanak-kanak berkerusi roda dengan seorang wanita di gereja

Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya

Pemimpin Sekolah Primer bertanggungjawab untuk mengajar injil Yesus Kristus kepada semua kanak-kanak, termasuk mereka yang kurang upaya. Di Sekolah Primer, setiap kanak-kanak harus dialu-alu, dikasihi, dipelihara dan disertakan. Suasana ini memudahkan semua kanak-kanak memahami kasih Bapa di Syurga dan Yesus Kristus dan merasa dan mengenal pengaruh Roh Kudus. Idea-idea berikut dapat membantu anda memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

  • Belajar tentang keperluan khas kanak-kanak itu. Cara terbaik adalah untuk bercakap dengan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Cari cara terbaik kanak-kanak itu dapat belajar dan strategi yang paling berkesan. Anda juga perlu berunding dengan pemimpin dan pengajar Sekolah Primer lain yang mempunyai pengalaman dan pendapat boleh dikongsi.

  • Ciptakan suasana yang positif supaya setiap kanak-kanak merasa selamat dan dikasihi. Ketahui nama semua kanak-kanak dalam kelas, dan bantu mereka berasa diterima, dikasihi dan disertakan. Kanak-kanak yang kurang upaya sering dikritik, maka cari peluang untuk memuji mereka atas kelakuan positif.

  • Membuat penyelarasan supaya semua boleh terlibat. Perubahan kecil boleh dilakukan pada aktiviti supaya memastikan semua kanak-kanak boleh belajar, termasuk kanak-kanak yang terbatas secara fizikal atau kesusahan dalam pembelajaran. Misalnya, jika satu aktiviti mencadangkan penggunaan gambar, anda boleh menyanyi sebuah lagu berkaitan untuk melibatkan kanak-kanak dengan kecacatan penglihatan.

  • Mempunyai rutin dan struktur kelas yang konsisten. Satu cara untuk melaksanakan ini adalah dengan mencipta poster yang menunjukkan panduan jadual aliran kelas. Jadual anda boleh termasuk doa, masa mengajar dan masa aktiviti. Ini boleh mengurangkan perasaan ketidakpastian, yang mungkin meningkatkan kebimbangan dalam sesetengah kanak-kanak.

  • Gunakan objek visual. Kanak-kanak dengan kesusahan pembelajaran atau cabaran perilaku akan bermanfaat dari objek visual, seperti gambar orang berkelakuan sesuai seperti mengangkat satu tangan sebelum menjawab soalan.

  • Memahami kenapa perilaku yang mencabar terjadi. Belajar tentang kecacatan atau keadaan yang mempengaruhi kanak-kanak untuk bertindak dengan tidak sesuai. Ambil perhatian dengan teliti apabila perilaku yang mencabar berlaku. Pertimbangkan dengan doa cara untuk mengubahsuai situasi supaya dapat menyokong kanak-kanak dengan lebih baik.