“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer
Persediaan untuk Mengajar dalam Sekolah Primer
Pembelajaran peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Ini ternyata bagi anda dan kanak-kanak yang anda ajar. Apabila anda bersedia untuk mengajar, mulakan dengan memperoleh pengalaman peribadi dalam tulisan suci. Persediaan anda yang paling penting akan berlaku apabila anda membaca tulisan suci dan mencari ilham Roh Kudus.
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga juga merupakan bahagian penting dalam pembelajaran peribadi dan persediaan anda untuk mengajar. Ia akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam berkenaan asas-asas ajaran yang didapati dalam tulisan suci.
Ketika anda membuat persediaan, idea dan tanggapan akan datang berkenaan kanak-kanak yang anda ajari. Anda akan menerima pemahaman berkenaan bagaimana asas-asas yang didapati dalam tulisan suci dapat memberkati kehidupan mereka. Anda akan dibimbing untuk mengilhami mereka menerokai asas-asas tersebut apabila mereka belajar dari tulisan suci dengan sendiri dan bersama keluarga mereka.
Idea-idea Pengajaran
Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan panduan pengajaran dalam sumber ini. Idea-idea ini bukan sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebagai cadangan-cadangan untuk memperoleh ilham sendiri. Anda kenali kanak-kanak ini—dan anda akan kenali mereka dengan lebih baik semasa berinteraksi dengan mereka dalam kelas. Tuhan juga mengenali mereka, dan Dia akan mengilhami anda cara yang terbaik untuk mengajar dan memberkati mereka
Terdapat banyak sumber lain yang anda boleh gunakan semasa persiapan, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut berkenaan berikut dan sumber-sumber lain, lihat “Sumber-sumber Tambahan Untuk Mengajar Kanak-kanak” dalam sumber ini.
Beberapa Perkara untuk Diingati
-
Setiap kali anda bertemu dengan kanak-kanak, pertimbangkan cara anda dapat membantu mereka merasakan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta mengenali pengaruh Roh Kudus.
-
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajar anak-anak mereka. Sebagai pengajar, anda punyai tanggungjawab yang penting untuk menyokong, menggalak, dan membantu pembelajaran injil di rumah. Peka terhadap kanak-kanak di mana ibu bapanya tidak mengajarkan injil di dalam rumah mereka. Libatkan semua kanak-kanak dalam perbincangan injil tanpa mengira keadaan dalam keluarga mereka.
-
Memahami ajaran-ajaran dalam Perjanjian Lama adalah lebih mudah bagi kanak-kanak apabila mereka ketahui beberapa konteks sejarah bagi ajaran-ajaran tersebut. Anda boleh mencari konteks sejarah dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Cerita-cerita Perjanjian Lama.
-
Pengulangan merupakan sesuatu yang baik. Kanak-kanak belajar kebenaran injil dengan lebih berkesan apabila kebenaran itu diajar dengan berulang melalui pelbagai aktiviti. Jika anda mendapati satu aktiviti pembelajaran amat berkesan bagi kanak-kanak, pertimbangkan untuk mengulangnya, terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil. Anda juga mungkin dapat mengulang aktiviti dari pelajaran sebelumnya.
-
Bapa Syurgawi mahu anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda, termasuklah mesyuarat majlis pengajar. Dalam mesyuarat ini, anda boleh berbincang dengan pengajar lain mengenai sebarang cabaran yang anda mungkin hadapi. Anda juga boleh membincangkan dan mengamalkan asas-asas pengajaran seperti Kristus.
-
Jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil dan memerlukan bantuan tambahan, lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam sumber ini.
-
Sumber ini merangkumi panduan untuk setiap minggu sepanjang tahun. Pada hari Ahad ketika Sekolah Primer tidak dijalankan kerana persidangan umum, persidangan pancang, atau sebab-sebab lain, keluarga meneruskan pembacaan Perjanjian Lama di rumah mengikut jadual yang dirangkakan. Janganlah risau tentang ajaran yang tertinggal; ajarkan panduan mingguan yang dijadualkan.