Perjanjian Lama 2022
27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3: “Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”


“27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3: ‘Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku,’” Ikutlah Aku—Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

gambar bintang-bintang di angkasa

27 Disember–2 Januari

Musa 1; Abraham 3

“Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”

Semasa anda membaca apa yang Tuhan firmankan kepada Musa dan Abraham, fikirkan apa yang Dia akan firman kepada kanak-kanak yang anda ajar. Bagaimanakah anda akan membantu mereka merasa kasih-Nya terhadap mereka?

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kadangkala lagu dapat membantu kanak-kanak mengingati apa yang mereka pelajari. Mainkan atau menyenandungkan lagu “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2), dan biar kanak-kanak meneka lagu itu. Bantu kanak-kanak memikirkan cara ibu bapa dan orang lain “pimpin [mereka], bimbing [mereka]” dan “tunjuk [mereka] jalan-Nya.”

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Musa 1:1–4, 6

Saya anak Tuhan.

Apakah yang anda pelajari dari Musa 1:1–4, 6 tentang hubungan anda dan Bapa Syurgawi? Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak untuk pelajari makna menjadi anak Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak apa yang Tuhan firman kepada Musa: “Engkaulah anak-Ku” (Musa 1:4). Jemput seorang kanak-kanak untuk tampil ke depan, dan minta kanak-kanak tersebut mengulangi kata anda, “[Nama kanak-kanak], anda adalah anak Tuhan.” Ulangi ayat tersebut kepada setiap kanak-kanak di kelas.

  • Tunjukkan beberapa gambar kanak-kanak, dan tanyakan kepada kelas jika kanak-kanak ini adalah anak-anak Tuhan. Tekankan bahawa setiap orang adalah anak-anak Tuhan. Minta kanak-kanak bergilir-gilir melihat cermin, dan bersaksi bahawa mereka juga anak-anak Tuhan.

  • Nyanyikan “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2) bersama dengan kanak-kanak. Minta mereka untuk mewarnakan halaman aktiviti minggu ini, dan gunakannya untuk kaji semula kebenaran yang diajarkan.

    Yesus Kristus di antara bintang-bintang

    Christ and the Creation, (Kristus dan Penciptaan) oleh Robert T. Barrett

Abraham 3:22–28

Saya tinggal bersama Bapa Syurgawi sebelum saya dilahirkan.

Mengetahui tentang kehidupan pra-fana dapat mengilhami kita untuk membuat pilihan berdasarkan kebenaran abadi. Semasa anda mengkaji Abraham 3:22–28, pertimbangkan bagaimana anda akan mengajar kanak-kanak tentang identiti abadi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Mengapakah Bapa Syurgawi mengutus kita ke bumi? Bantu kanak-kanak menemui jawapan semasa anda membacakan Abraham 3:25.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang rancangan Tuhan bagi kita (seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” [Buku Nyanyian Anak-Anak, 86]). Bantu mereka memahami kebenaran abadi yang diajarkan dalam lirik.

Musa 1:39

Bapa Syurgawi ingin saya kembali untuk hidup bersama-Nya.

Apakah kebenaran dalam Musa 1:39 yang telah memberkati hidup anda? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak mengalami berkat-berkat tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan frasa “inilah pekerjaan-Ku” dan “kehidupan abadi” dalam Musa 1:39, dan bantu kanak-kanak mengulangi frasa tersebut. Beritahu kanak-kanak tentang pekerjaan yang anda lakukan setiap hari. Ajarkan kepada mereka bahawa pekerjaan Bapa Syurgawi adalah untuk membantu kita memperoleh kehidupan abadi, yang bermaksud menjadi seperti Dia dan hidup bersama-sama dengan-Nya lagi.

  • Jemput ibu bapa untuk datang ke kelas dan bercerita tentang bagaimana perasaan mereka ketika anak pulang ke rumah setelah berada di luar rumah (misalnya, di sekolah atau dalam misi), atau kongsi perasaan yang anda pernah alami semasa pengalaman ini. Gunakan contoh ini untuk mengajar kanak-kanak betapa Bapa Syurgawi ingin kita kembali kepada-Nya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Musa 1:4, 30, 37–39; Abraham 3:22–28

Saya adalah anak Tuhan, dan Dia ingin membantu saya kembali kepada-Nya.

Musa 1:4, 37–39 dan Abraham 3:22–28 mengajar kebenaran berharga tentang hubungan kita dengan Tuhan serta tujuan Dia mengutus kita ke bumi. Renungkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak mempelajari kebenaran ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama kanak-kanak Musa 1:4, 37–39 dan Abraham 3:24–25. Berikan mereka kesempatan untuk bertanya soalan dan berkongsi kata-kata atau frasa kegemaran dari ayat-ayat ini. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang Bapa Syurgawi? Tentang diri kita?

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar beberapa ciptaan Bapa Syurgawi. Baca Musa 1:30, dan jelaskan bahawa Musa menanyakan Tuhan tentang tujuan semua penciptaan ini. Bantu kanak-kanak untuk menyelidiki dalam ayat 39 untuk mencari jawapan Tuhan. Bersaksi bahawa tujuan Tuhan adalah untuk membantu setiap kanak-kanak memperoleh kehidupan abadi.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan situasi di mana mereka perlu pilih untuk melakukan atau tidak melakukan “segala hal apa pun yang Tuhan Raja mereka perintahkan” (Abraham 3:25). Minta mereka berlatih atau berbincang cara bertindak balas atas situasi-situasi tersebut. Bagaimanakah Juruselamat membantu kita ketika kita membuat pilihan yang salah?

Musa 1:12–26

Saya boleh menolak godaan Setan.

Semasa anda mengkaji Musa 1:12–26, cari hal-hal yang Musa lakukan untuk menolak Setan. Bagaimanakah teladan Musa membantu kanak-kanak ketika mereka menghadapi godaan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan pengalaman Musa dalam Musa 1:12–26 dalam perkataan anda sendiri, atau minta seorang kanak-kanak untuk melakukannya. Jemput kanak-kanak untuk menyelidiki ayat-ayat ini untuk mempelajari bagaimana Musa berjaya mengatasi Setan. (Jika mereka perlukan bantuan, tunjukkan mereka ayat 13, 15, 18, 20–22, 26.)

  • Bawa sekotak alat (atau gambar alat), dan labelkan setiap alat dengan cara kita dapat menahan godaan (seperti berdoa, menyanyikan lagu rohani, membaca tulisan suci, atau melayani orang lain). Minta setiap kanak-kanak memilih alat dan bincangkan tentang situasi ketika tindakan yang ditulis pada label alat itu dapat membantu kita menahan godaan. Baca bersama ayat 25–26, dan bersaksi bahawa Tuhan akan membantu kita ketika kita menghadapi godaan.

Abraham 3:22–28

Saya tinggal bersama Bapa Syurgawi sebelum saya dilahirkan.

Ayat-ayat yang menggambarkan penglihatan Abraham tentang kehidupan pra-fana ini dapat membantu kanak-kanak menjawab soalan “Dari mana saya berasal?” dan “Mengapa saya di sini?” Bagaimanakah anda boleh membantu mereka mencari jawapan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Di papan tulis, tuliskan soalan yang berkaitan dengan Abraham 3:22–28, seperti Apakah yang telah berlaku dalam hidup kita sebelum dilahirkan? Siapakah yang berada di sana? Mengapakah bumi diciptakan? Jemput kanak-kanak untuk membaca ayat-ayat ini untuk mencari jawapan.

  • Sekiranya terdapat bayi yang baru lahir di bahagian, jemput ibu bapa untuk membawanya ke kelas dan kongsi perasaan mereka ketika menyambut anak ini ke dunia. (Anda juga boleh menunjukkan gambar bayi yang baru lahir.) Bincang dengan kanak-kanak tentang di mana roh bayi ini berada sebelum dia datang ke bumi. Mengapakah ia penting untuk bayi ini mengetahui bahawa dia adalah anak Tuhan?

  • Nyanyikan lagu tentang rancangan Tuhan bagi kita, seperti “Ku Tahu Bapa Hidup” atau “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 8, 86). Jemput kanak-kanak melukis gambar yang sesuai dengan perkataan. Biarkan mereka menggunakan gambar mereka untuk saling mengajar kebenaran dari lagu-lagu tersebut.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Pertimbangkan bagaimana menjadikan pembelajaran yang berlaku di kelas Sekolah Primer anda mendorong, menyokong, atau memperkuat pembelajaran kanak-kanak di rumah. Sebagai contoh, anda boleh menjemput kanak-kanak untuk berkongsi halaman aktiviti minggu ini bersama keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak belajar dalam banyak cara. Kanak-kanak suka belajar melalui pengalaman yang baru dan berbeza. Gunakan aktiviti yang membantu mereka bergerak, menggunakan semua deria mereka, dan mencuba perkara-perkara baru. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)