Perjanjian Lama 2022
17–23 Januari. Kejadian 5, Musa 6: “Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu”


“17–23 Januari. Kejadian 5; Musa 6: ‘Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“17–23 Januari. Kejadian 5; Musa 6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
Adam dan Hawa di luar Taman Eden

Better than Paradise, (Lebih Indah dari Firdaus) oleh Kendal Ray Johnson

17-23 Januari

Kejadian 5; Musa 6

“Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu”

Persediaan anda untuk mengajar bermula semasa anda mengkaji Kejadian 5 dan Musa 6. Semasa anda melakukannya, dengarkan tanggapan daripada bisikan Roh Kudus tentang keperluan kanak-kanak.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Di atas jalur kertas, tuliskan beberapa kata kunci yang dapat membantu kanak-kanak mengingat sesuatu yang mereka pelajari di rumah minggu ini atau dalam pelajaran Sekolah Primer sebelum ini. Minta kanak-kanak secara bergilir memilih perkataan secara rawak. Setelah perkataan dipilih, jemput mana-mana kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari berkaitan dengan perkataan itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Musa 6:27, 31–34

Tuhan boleh membantu saya melakukan hal-hal sukar.

Ketika Henokh dipanggil untuk mengkhutbahkan injil, dia khuatir dia akan gagal. Tetapi Tuhan membantu dia melakukan hal-hal besar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi tentang masa ketika mereka diminta untuk melakukan sesuatu yang sukar atau menakutkan bagi mereka. Kongsi cerita Henokh dipanggil untuk menjadi nabi, ditemui dalam Musa 6:27, 31–34. Tekankan bahawa walaupun Henokh belum bersedia untuk menjadi nabi, Tuhan berjanji untuk membantunya. Bantu kanak-kanak untuk fahami beberapa cara Tuhan membantu kita ketika kita diminta untuk melakukan hal-hal sukar.

  • Kongsi beberapa contoh tulisan suci ketika Tuhan telah membantu orang melakukan hal-hal sukar—contohnya, Nuh membina bahtera, Daud melawan Goliat, Amon mempertahankan ternakan raja, atau Samuel si bangsa Laman berkhutbah. (Untuk gambar dan rujukan tulisan suci, lihat Buku Seni Injil, no. 7, 19, 7881.) Kongsi satu pengalaman ketika Tuhan telah membantu anda melakukan sesuatu yang sukar.

Musa 6:52

Injil mengajar saya cara untuk kembali kepada Bapa Syurgawi.

Tuhan mengajar Adam hal-hal yang kita perlu lakukan untuk kembali kepada-Nya—beriman, bertaubat, dibaptiskan, dan menerima kurnia Roh Kudus. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk pelajari lebih tentang hal-hal ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Cari atau lukis gambar untuk mewakili iman, pertaubatan, pembaptisan, dan kurnia Roh Kudus (lihat halaman aktiviti minggu ini). Letakkan gambar selari menuju kepada gambar Yesus Kristus. Baca Musa 6:52 kepada kanak-kanak, dan minta mereka untuk berdiri di sebelah gambar yang betul ketika mereka dengar perkataan yang gambar tersebut lambangkan (dalam ayat ini, perkataan “percaya” digunakan untuk “iman”).

  • Nyanyikan lagu-lagu yang mengajarkan asas-asas dalam Musa 6:52, seperti “Iman,” “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan)” (rangkap 2), “Waktu Aku Dibaptis,” dan “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50, 52, 53, 55). Bantu kanak-kanak memahami bahawa melakukan hal-hal yang diajarkan dalam lagu akan membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi.

Musa 6:58

Bapa Syurgawi ingin para ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka.

Sejak zaman Adam dan Hawa, ibu bapa telah diperintahkan untuk mengajarkan injil kepada anak-anak mereka. Bagaimanakah anda boleh galakkan kanak-kanak untuk mendengar dan mengikuti ajaran-ajaran soleh ibu bapa mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Musa 6:58 kepada kanak-kanak, dan tunjukkan gambar keluarga Adam dan Hawa dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga Bantu kanak-kanak untuk mengulang ayat “mengajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada anak-anakmu.” Jelaskan bahawa Tuhan mahu semua ibu bapa mengikuti teladan Adam dan Hawa dengan mengajar anak-anak mereka mengenai Yesus Kristus dan injil-Nya. Tanya kanak-kanak apa yang mereka dapat lakukan ketika ibu bapa atau orang lain mengajar mereka injil.

  • Bantu kanak-kanak memadankan gambar diri mereka kepada ibu bapa mereka atau gambar anak haiwan kepada jenis haiwan dewasa mereka. Bagaimanakah ibu bapa membantu anak-anak mereka? Apakah yang ibu bapa ajarkan kepada anak-anak mereka? Minta kanak-kanak melukis gambar keluarga mereka ketika ibu bapa mengajar anak-anak, seperti membaca tulisan suci bersama, berdoa bersama, atau makan bersama.

    Imej
    keluarga sedang belajar tulisan suci

    Ibu bapa harus mengajarkan injil kepada anak-anak mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Musa 6:26–34

Tuhan boleh membantu saya melakukan hal-hal yang sukar.

Meskipun Henokh merasa tidak layak, Tuhan membantu dia memenuhi panggilannya sebagai nabi. Tuhan juga dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk melakukan hal-hal sukar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Musa 6:26–34 bersama kanak-kanak. Mengapakah Henokh merasa dirinya tidak dapat mengkhutbahkan injil? (lihat Musa 6:31). Bagaimanakah Tuhan membantu Henokh? (lihat Musa 6:32–34; 7:13).

  • Jemput kanak-kanak untuk menyebut beberapa hal sukar yang kadang-kadang dilakukan oleh umur sebaya mereka (seperti menyelesaikan tugas untuk sekolah, berbuat baik kepada seseorang yang tidak baik, atau mengakui kesalahan ketika mereka telah membuat kesalahan). Bantu kanak-kanak mencari frasa dalam Musa 6:32–34 yang boleh membantu mereka. Minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman ketika Tuhan telah membantu mereka melakukan sesuatu yang sukar. Kongsi pengalaman anda sendiri juga.

Musa 6:50–62

Iman, pertaubatan, pembaptisan, dan menerima Roh Kudus membantu saya untuk kembali kepada Tuhan.

Adam dan Henokh mengajar bangsa mereka asas dan tatacara pertama injil: iman, bertaubat, pembaptisan, dan menerima kurnia Roh Kudus (lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4). Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak memahami kepentingan asas-asas dan ajaran ini dalam kehidupan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca Musa 6:52, 57 untuk mencari asas dan tatacara injil yang disebut dalam ayat keempat Fasal-Fasal Kepercayaan.

  • Tuliskan Fasal-Fasal Kepercayaan ayat empat di papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk membacanya. Kemudian padamkan satu atau dua perkataan, dan minta kanak-kanak untuk membacanya semula, mengisi perkataan yang hilang berdasarkan memori mereka. Ulangi proses ini sehingga kanak-kanak mempelajari tentang ayat tersebut.

  • Jemput kanak-kanak untuk menulis ucapan singkat tentang iman, pertaubatan, pembaptisan, atau menerima kurnia Roh Kudus—sesuatu yang mereka dapat berkongsi dengan keluarga mereka. Setiap ucapan boleh merangkumi tulisan suci, pengalaman, dan kesaksian. Ucapan tersebut juga boleh menjelaskan bagaimana asas tersebut membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi.

Musa 6:57–58

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka.

Tuhan amanahkan ibu bapa untuk menjadi pengajar utama injil dalam keluarga mereka. Bagaimanakah anda boleh galakkan kanak-kanak untuk menyokong ibu bapa mereka dalam peranan ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak-kanak untuk membaca Musa 6:58. Apakah perintah yang Bapa Syurgawi berikan kepada ibu bapa dalam ayat ini? Tunjukkan gambar Adam dan Hawa sedang mengajar anak-anak mereka (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan minta kanak-kanak untuk bincangkan apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut. Galakkan mereka untuk bercakap tentang kebenaran penting injil yang mereka pelajari dari keluarga mereka.

  • Bantu kanak-kanak untuk menulis nota penghargaan untuk ibu bapa mereka atau merancang cara mudah untuk menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa mereka. Nyanyikan satu lagu tentang keluarga, seperti “Kasih Yang Diucapkan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 102). Bagaimanakah kita boleh membantu ibu bapa untuk mencipta suasana penuh kasih dalam rumah kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak untuk teruskan pembelajaran di luar kelas? Anda boleh galakkan mereka untuk mengingati kisah Henokh ketika mereka menghadapi masa sukar dalam minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggunakan halaman aktiviti. Sambil kanak-kanak mewarna halaman aktiviti, kaji semula asas dari pelajaran itu. Baca perkataan di halaman tersebut untuk kanak-kanak jika perlu.

Cetak