Perjanjian Lama 2022
17–23 Januari. Kejadian 5, Musa 6: “Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu”


“17–23 Januari. Kejadian 5, Musa 6: ‘Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“17–23 Januari. Kejadian 5, Musa 6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022

Adam dan Hawa di luar Taman Eden

Better than Paradise (Lebih Baik Dari Firdaus), oleh Kendal Ray Johnson

17–23 Januari

Kejadian 5, Musa 6

“Mengajarkan Hal-hal Ini dengan Bebas kepada Anak-anakmu”

Semasa anda membaca dan merenung Kejadian 5 dan Musa 6, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Apakah pesanan berharga yang anda temui bagi anda dan keluarga?

Mencatat Tanggapan Anda

Kebanyakan Kejadian 5 adalah senarai generasi antara Adam dan Hawa dan Nuh. Kita membaca banyak nama, tetapi kami tidak belajar banyak tentang mereka. Kemudian kami membaca tentang Henokh, enam generasi daripada Adam, yang digambarkan dengan kata-kata yang menarik tetapi tidak dapat dijelaskan ini: “Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Tuhan, dia menghilang kerana diambil oleh Tuhan.” (Kejadian 5:24). Sudah tentunya ada kisah di sebalik itu. Tetapi tanpa penjelasan lebih lanjut, senarai generasi diteruskan.

Nasib baik, Musa 6 mengungkapkan maklumat kisah Henokh—dan ini adalah kisah yang hebat. Kita belajar tentang kerendahan hati Henokh, perasaan tidak yakinnya, potensi yang Tuhan lihat dalam dirinya, dan pekerjaan hebat yang dia laksanakan sebagai nabi Tuhan. Kita juga mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai keluarga Adam dan Hawa ketika ia berkembang dari generasi ke generasi. Kita membaca tentang “penguasaan yang besar” Setan tetapi juga tentang ibu bapa yang mengajar anak-anak “segala jalan Tuhan”dan tentang “para pengkhutbah kebenaran” yang “berbicara dan bernubuat” (Musa 6:15, 21, 23). Yang paling berharga adalah hal-hal yang kita pelajari tentang ajaran para ibu bapa dan pengkhutbah ini ajarkan: iman, pertaubatan, pembaptisan, dan penerimaan Roh Kudus (lihat Musa 6:50–52). Ajaran itu, seperti imamat yang mengiringinya, “ada pada permulaan [dan] juga akan ada pada akhir dunia ini” (Musa 6:7).

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Musa 6:26–36

Seorang nabi ialah seorang pelihat.

Semasa anda mengkaji Musa 6:26–36, apakah yang anda pelajari tentang mata, kegelapan, dan melihat? Pada zaman Henokh, siapakah yang tidak boleh “melihat jauh”? Mengapakah orang-orang ini tidak dapat melihat kebenaran? Apakah yang Henokh dapat lihat? Apakah yang telah membina iman anda bahawa para nabi zaman moden adalah pelihat? (lihat ayat 36; Panduan Tulisan suci, “Pelihat,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

Musa 6:26–47

Tuhan memanggil kita untuk melakukan pekerjaan-Nya walaupun kita mempunyai kekurangan.

Ia bukan luar biasa untuk dipenuhi perasaan dengan apa yang Tuhan memanggil kita untuk lakukan. Bahkan Henokh merasa demikian ketika Tuhan memanggilnya untuk menjadi nabi. Semasa anda membaca Musa 6:26–36, cari mengapa Henokh dipenuhi perasaan dan apa yang Tuhan katakan untuk memberinya keberanian. Dalam ayat 37–47, cari cara Tuhan menyokong Henokh dan memberi kuasa kepadanya untuk melakukan pekerjaan-Nya (lihat juga Musa 7:13). Anda boleh bandingkan pengalaman Henokh dengan pengalaman para nabi lain yang merasa kekurangan, seperti Musa (lihat Keluaran 4:10–16), Yeremia (lihat Yeremia 1:4–10), Nefi (lihat 2 Nefi 33:1–4), dan Moroni (lihat Eter 12:23–29). Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda pelajari dari tulisan suci ini mengenai pekerjaan yang Dia telah berikan untuk anda lakukan?

Lihat juga Yakub 4:6–8.

Musa 6:48–68

Ajaran Kristus adalah pusat kepada rancangan keselamatan Tuhan.

Oleh kerana kita mempunyai kitab Musa, kita tahu bahawa Tuhan telah mengajar anak-anak-Nya bagaimana untuk mencari keampunan dan penebusan sejak permulaan. Dalam tulisan suci, ajaran-ajaran ini kadangkala dipanggil ajaran Kristus (lihat 2 Nefi 31:13–21). Semasa anda mengkaji Musa 6:48–68, cari apa yang kita mesti tahu dan lakukan untuk ditebus. Anda mungkin mendapati yang ia membantu untuk menulis ringkasan anda sendiri tentang apa yang Henokh ajarkan. Mengapakah ia penting untuk mengetahui bahawa kebenaran ini telah diajarkan sejak zaman Adam dan Hawa? Apakah yang anda rasa didorong untuk lakukan setelah mempelajari ajaran-ajaran ini?

Musa 6:51–62

“Mengajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada anak-anakmu.”

Adam dan Hawa diajar kebenaran-kebenaran berharga dari Injil Yesus Kristus. Tetapi firman Tuhan dalam Musa 6:27–28 menjelaskan bahawa pada generasi sebelum Henokh, banyak orang tidak lagi mematuhi kebenaran itu. Tuhan mahu Henokh memulihkan kebenaran yang telah hilang—bersama dengan perintah yang awalnya telah diberikan kepada Adam: “Mengajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada anak-anakmu” (Musa 6:58). Semasa anda membaca Musa 6:51–62, apakah yang anda telah pelajari tentang Yesus Kristus? Apakah yang anda temui yang sangat berharga bagi generasi muda yang sedang meningkat? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu menyampaikan kebenaran ini kepada generasi akan datang?

keluarga sedang belajar tulisan suci

Ibu bapa harus mengajar Injil kepada anak-anak mereka.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kejadian 5; Musa 6:5–25, 46.Membaca tentang “kitab kenangan” yang keluarga Adam dan Hawa simpan mungkin boleh mengilhami keluarga anda untuk membuat kitab kenangan anda sendiri. Bincangkan sebagai sebuah keluarga apa yang anda ingin sertakan. Mungkin anda mempunyai gambar, cerita, atau dokumen dari sejarah keluarga anda. Anda boleh memilih untuk memasukkan perkara yang berlaku dalam keluarga anda sekarang. Apakah yang generasi masa depan akan temui yang berharga? Anda juga boleh membincangkan bagaimana frasa “melalui roh ilham” (Musa 6:5) dan “cara yang diberikan oleh jari Tuhan” (Musa 6:46) boleh membimbing usaha anda. Pertimbangkan untuk menyimpan maklumat dari kitab kenangan anda pada FamilySearch.org.

Musa 6:53–62.Bagaimanakah kita akan menjawab soalan Adam yang terdapat dalam Musa 6:53? Apakah jawapan yang kita temui dalam ayat 57–62?

Musa 6:59.Apakah maksudnya untuk “dilahirkan lagi ke dalam kerajaan syurga”? Apakah yang kita boleh lakukan untuk terus dilahirkan semula sepanjang hidup kita? Untuk bantuan, lihat Alma 5:7–14, 26; Panduan Tulisan suci, “Dilahirkan Semula, Dilahirkan oleh Tuhanscriptures.ChurchofJesusChrist.org; David A. Bednar, “Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu” (Liahona, Mei 2016, 59–62).

Musa 6:61.Apakah yang kita pelajari mengenai Roh Kudus dari ayat ini?

Musa 6:63.Apakah beberapa hal yang “memberikan kesaksian tentang [Kristus]”? (lihat juga 2 Nefi 11:4). Pertimbangkan untuk menjemput ahli keluarga untuk berkongsi sesuatu yang mereka lihat “di langit atas” atau “di bumi” yang membantu mereka belajar tentang Yesus Kristus. Contohnya, bagaimana pokok, batu, atau matahari mengingatkan kita tentang Juruselamat? Apakah yang diajarkan oleh tajuk “air yang memberikan hidup” dan “roti yang memberikan hidup” kepada kita tentang Dia? (Yohanes 4:10–14; 6:35).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ku Pergi ke Mana Kau Inginkan,” Nyanyian Rohani, no. 128.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari lambang-lambang. Dalam tulisan suci, objek atau peristiwa sering dapat mewakili atau melambangkan kebenaran rohani. Lambang-lambang ini dapat memperkayakan pemahaman anda tentang ajaran. Contohnya, apa yang anda pelajari dari simbol mata dan tanah liat Musa 6:35?

Adam dan Hawa bersama anak-anak

Adam and Eve Teaching Their Children(Adam dan Hawa Mengajar Anak-anak Mereka), oleh Del Parson