“3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5: ‘Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi.’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
3–9 Januari
Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5
“Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi”
Walaupun anda pernah membaca tentang Penciptaan sebelum ini, terdapat lebih banyak yang boleh dipelajari dari tulisan suci. Berdoa untuk mendapat bimbingan dari Roh Kudus untuk membantu anda mencari pemahaman baru.
Mencatat Tanggapan Anda
Kerana dunia di sekitar kita sangat indah dan megah, sukar untuk membayangkan bumi ketika ia “belum berbentuk dan masih kacau-bilau,” “kosong dan tidak berpenduduk” (Kejadian 1:2; Abraham 4:2). Satu perkara yang kisah Penciptaan ajarkan kepada kita adalah bahawa Tuhan dapat mencipta sesuatu yang luar biasa daripada sesuatu yang tidak tersusun. Itu berguna untuk diingati ketika kehidupan kelihatan huru-hara. Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus adalah Pencipta, dan karya kreatif mereka untuk kita belum selesai. Mereka boleh menjadikan cahaya bersinar pada saat-saat gelap dalam hidup kita. Mereka boleh membantu kita mencari kestabilan di tengah-tengah kesukaran. Mereka boleh memerintah unsur-unsur, dan jika kita mematuhi firman Mereka seperti yang unsur-unsur itu lakukan, Mereka dapat mengubah kita menjadi ciptaan indah yang kita seharusnya jadi. Itulah sebahagian dari ertinya diciptakan seperti Tuhan, menyerupai Tuhan (lihat Kejadian 1:26). Kita berpotensi untuk menjadi seperti Dia: mencapai permuliaan, dimuliakan, dan menjadi makhluk selestial.
Untuk gambaran keseluruhan kitab Kejadian, lihat “Kejadian” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Kejadian 1:1–25; Musa 2:1–25; Abraham 4:1–25
Di bawah arahan Bapa Syurgawi, Yesus Kristus menciptakan bumi.
Elder D. Todd Christofferson berkata, “Tidak kira butiran yang termasuk dalam proses penciptaan, kita tahu bahawa ianya tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi telah diarah oleh Bapa Tuhan dan dilaksanakan oleh Yesus Kristus” (“Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga,” Liahona, Mei 2015, 51). Walaupun banyak yang kita tidak ketahui tentang bagaimana dunia ini diciptakan, renungkan apa yang anda pelajari tentang Penciptaan dari apa yang Tuhan ungkapkan dalam Kejadian 1:1–25; Musa 2:1–25; dan Abraham 4:1–25. Apakah persamaan yang anda perhatikan dalam laporan ini? Apakah perbezaan yang anda perhatikan? Apakah pendapat anda tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus semasa anda membaca mengenai Penciptaan?
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 101:32–34.
Kejadian 1:27–28; 2:18–25; Musa 3:18, 21–25; Abraham 5:14–19
Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.
“Adam dan Hawa disatukan dalam perkahwinan untuk selamanya dan keabadian dengan kuasa imamat kekal” (Russell M. Nelson, “Lessons from Eve,” Ensign, Nov. 1987, 87). Mengapakah kebenaran ini penting untuk diketahui? Renungkan ini semasa anda membaca Kejadian 1:27–28; 2:18–25; Musa 3:18, 21–25; dan Abraham 5:14–19. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkahwinan dalam rancangan Tuhan, baca dan renungkan sumber yang disenaraikan di bawah. Apakah yang sumber ini mendorong anda untuk lakukan bagi memperbaiki perkahwinan anda atau untuk bersedia bagi perkahwinan di masa depan?
Lihat juga Matius 19:4–6; 1 Korintus 11:11; Linda K. Burton, “Kita Akan Maju Bersama-sama,” Liahona, Mei 2015, 29–32; “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org.
Kejadian 2:2–3; Musa 3:2–3; Abraham 5:2–3
Tuhan memberkati dan menguduskan hari Sabat.
Tuhan menjadikan hari Sabat hari yang kudus, dan Dia meminta kita untuk menguduskannya. Elder David A. Bednar taught, “Sabat adalah masa Tuhan, satu masa kudus yang ditetapkan untuk menyembah-Nya dan untuk menerima dan mengingati janji-janji sangat baik dan berharga-Nya” (“Janji-janji yang Sangat Baik dan Berharga,” Liahona, Nov. 2017, 92). Bagaimanakah anda boleh menggunakan penyataan ini dan Kejadian 2:2–3; Musa 3:2–3; atau Abraham 5:2–3 untuk menjelaskan kepada seseorang mengapa anda memilih untuk menghormati hari Sabat? Bagaimanakah Tuhan telah memberkati anda kerana anda telah mematuhi hari Sabat?
Lihat juga Yesaya 58:13–14; Ajaran dan Perjanjian 59:9–13.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Kejadian 1:1–25; Musa 2:1–25; Abraham 4:1–25.Bagaimanakah anda dapat menjadikan pembelajaran tentang Penciptaan menyeronokkan bagi keluarga anda? Anda boleh membawa keluarga anda keluar mencari hal-hal yang dicipta dalam setiap tempoh Penciptaan, seperti bintang, pokok, atau haiwan. Anda juga boleh menunjukkan gambar apa yang dicipta dalam setiap tempoh dan menjemput ahli keluarga untuk menyusun gambar-gambar tersebut setelah membaca salah satu laporan Penciptaan bersama. Apakah yang ciptaan ini ajarkan kita ini mengenai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
-
Kejadian 1; Musa 2; Abraham 4.Salah satu pendekatan bagi kisah Penciptaan adalah untuk menjemput ahli keluarga anda untuk mencari berapa kali dalam Kejadian 1 atau Musa 2 Tuhan memanggil apa yang dia telah ciptakan “baik.” Apakah yang ini cadangkan tentang bagaimana kita harus memperlakukan ciptaan Tuhan—termasuk diri kita sendiri? Apakah yang kita pelajari dari cara peristiwa ini dikatakan dalam Abraham 4?
-
Kejadian 1:26–27; Musa 2:26–27; Abraham 4:26–27.Mengapakah penting untuk mengetahui bahawa kita diciptakan menyerupai Tuhan? Bagaimanakah ia mempengaruhi perasaan kita terhadap diri kita, orang lain, dan Tuhan?
Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda boleh baca bersama Musa 2:27 dan bermain permainan mudah: Tunjukkan gambar yang menggambarkan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, seperti gambar 90 dalam Buku Seni Injil (2009), dan minta ahli keluarga bergilir-gilir menunjuk bahagian tubuh Bapa Syurgawi atau Yesus. Kemudian ahli keluarga yang lain boleh menunjuk bahagian yang sama pada badan mereka.
-
Kejadian 1:28; Musa 2:28; Abraham 4:28.“Perintah Tuhan bagi anak-anak-Nya untuk beranak-pinak dan bertambah di dunia masih berkuat kuasa.” (“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Ahli keluarga boleh lakonkan bagaimana untuk menjelaskan kepercayaan kita tentang perintah ini kepada mereka yang tidak mengetahui kebenaran ini atau yang mempercayai perkara yang berbeza.
-
Kejadian 1:28; Musa 2:28; Abraham 4:28.Apakah maksudnya untuk “dan memiliki kekuasaan … ke atas setiap makhluk hidup yang bergerak di atas bumi”? (Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 59:16–21). Bagaimanakah keluarga kita dapat memenuhi tanggungjawab kita untuk menjaga bumi?
Untuk idea-idea lanjut mengenai mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Tuhan Kasih Padaku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 16.