Perjanjian Lama 2022
3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5: “Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi”


“3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5: ‘Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“3–9 Januari. Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
gambar bumi dan bulan

3–9 Januari

Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5

“Pada Permulaannya Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi”

Semasa anda mengkaji Kejadian 1–2, Musa 2–3, dan Abraham 4–5, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar, dan renungkan kebenaran yang anda boleh bantu mereka untuk fahami dari bab-bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus ciptakan yang mereka syukuri. Menunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat memberi mereka idea.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Musa 2

Yesus mencipta bumi.

Mengetahui tentang Penciptaan dapat membantu kanak-kanak merasakan kasih Tuhan dan meningkatkan penghargaan mereka terhadap dunia ini. Bagaimana anda dapat menjadikan pembelajaran tentang Penciptaan ini berilham?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar hal-hal yang melambangkan masa berbeza dalam Penciptaan (seperti yang digambarkan dalam Musa 2, dan bantu kanak-kanak untuk fikirkan gerakan untuk setiap gambar. Sebagai contoh, mereka dapat menunjukkan buku lima untuk mewakili tanah kering atau melambaikan tangan seperti ombak air (lihat Musa 2:9–10). Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus Kristus mencipta segala ini kerana Dia dan Bapa Syurgawi mengasihi kita.

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang hal-hal yang Yesus Kristus telah ciptakan untuk kita, seperti “Dunia Yang Indah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 123). Minta kanak-kanak untuk melukis gambar-gambar penciptaan yang digambarkan dalam lagu.

    Imej
    selimut kuilt yang menggambarkan pelbagai peringkat penciptaan

    Creation, (Penciptaan) oleh Joan Hibbert Durtschi

Musa 2:26–27

Saya dicipta menurut rupa Tuhan.

Ketika kanak-kanak memahami bahawa mereka dicipta menurut rupa Tuhan, mereka boleh membentuk ketakziman dan penghormatan terhadap tubuh badan mereka dan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mengulangi “Aku, Tuhan, menciptakan manusia menurut rupa-Ku sendiri” beberapa kali (Musa 2:27). Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi mencipta tubuh badan kita menurut rupa-Nya. Jemput kanak-kanak untuk menunjukkan bahagian tubuh badan mereka semasa anda menamakannya atau nyanyikan sebuah lagu tentang tibuh badan kita, seperti “Kepala, Bahu, Lutut, dan Kakiku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 129).

  • Jemput kanak-kanak untuk melakonkan hal-hal yang mereka boleh lakukan dengan tubuh badan mereka, sementara kanak-kanak yang lain meneka apa yang mereka sedang lakukan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi mengapa mereka bersyukur untuk badan mereka.

  • Lukis satu gambar badan di atas kertas, dan buat teka-teki dengan memotongnya menjadi beberapa bahagian. Edarkan bahagian tersebut, dan minta kanak-kanak bekerjasama untuk menyatukannya untuk membentuk gambar badan. Minta kanak-kanak untuk berkongsi hal-hal yang mereka boleh lakukan dengan setiap bahagian badan mereka. Kongsi kesaksian anda bahawa tubuh badan kita dicipta menurut rupa Tuhan.

Musa 3:2–3

Hari Sabat adalah hari kudus.

Kanak-kanak yang membentuk kebiasaan menguduskan hari Sabat ketika mereka masih kecil cenderung untuk mematuhi perintah ini ketika hidup menjadi lebih sibuk dan lebih menuntut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Musa 3:2–3, dan minta kanak-kanak untuk dengarkan apa yang Tuhan lakukan pada hari ketujuh. Bawa gambar (atau buat lukisan mudah) tentang hal-hal yang kita lakukan pada hari Ahad untuk menjadikannya hari kudus dan hal-hal yang kita lakukan pada hari-hari lain. Minta kanak-kanak menyusun gambar menjadi dua timbunan, satu untuk hari Ahad dan satu untuk hari-hari lain. Bersaksi tentang mengapa ia penting untuk menguduskan hari Sabat.

  • Beberapa hari sebelum kelas, jemput salah seorang kanak-kanak dan ibu bapanya untuk datang dengan bersedia untuk berkongsi hal-hal yang mereka lakukan dalam keluarga mereka untuk menguduskan hari Sabat. Jemput kanak-kanak lain untuk berkongsi apa yang keluarga mereka lakukan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Musa 2

Yesus Kristus mencipta bumi di bawah arahan Bapa Syurgawi.

Anda boleh mengguna Musa 2 untuk membantu kanak-kanak melihat penciptaan dunia adalah sebahagian dari rancangan Tuhan. Semasa anda membaca bab-bab ini, apakah idea yang terlintas di fikiran yang dapat membantu menguatkan kesaksian kanak-kanak tentang Penciptaan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan masa ketika mereka membuat sesuatu dengan mengikuti arahan orang lain. Sebagai contoh, mungkin mereka telah menyiapkan resipi bersama ibu bapa atau saudara membimbing mereka. Tulis Siapakah yang mencipta bumi? di papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk mencari jawapan dalam Musa 2:1. Bersaksi bahawa Yesus Kristus mencipta bumi di bawah arahan Bapa Syurgawi.

  • Tugaskan setiap kanak-kanak ayat dalam Musa 2 berkaitan dengan salah satu dari hari penciptaan, dan minta mereka melukis gambar tentang hal-hal yang Bapa Syurgawi dan Yesus ciptakan pada hari itu. Minta kanak-kanak memegang lukisan mereka dan berdiri mengikut urutan hari-hari Penciptaan, dan kemudian jemput setiap mereka untuk mengajar kanak-kanak yang lain tentang apa yang berlaku pada hari yang mereka ditugaskan. Apakah yang kita pelajari tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dari cerita Penciptaan?

Musa 2:26–27

Adam dan Hawa dicipta menurut rupa Tuhan.

Dunia akan mengajar kanak-kanak banyak ajaran salah tentang badan mereka. Ajaran dalam Musa 2:26–27 adalah motivasi yang sangat berkuasa untuk menghormati dan menjaga tubuh badan kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Musa 2:26–27. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang badan kita?

  • Lukiskan bentuk badan di papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk memilih bahagian badan dan tulis di sebelahnya mengapa mereka bersyukur untuknya. Ungkapkan kesyukuran anda terhadap tubuh badan anda, dan bersaksi bahawa kita dicipta menurut rupa Tuhan.

Kejadian 2:2–3

Hari Sabat adalah hari kudus.

Kanak-kanak mungkin perlu jelaskan kepada kawan mereka mengapa mereka memperlakukan hari Ahad berbeza dari hari-hari yang lain. Kejadian 2:2–3 mengajar mengapa hari Sabat adalah hari kudus. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak lebih memahami dan menjelaskan ajaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bagaimanakah menguduskan hari Sabat menunjukkan kasih dan rasa hormat kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Bantu kanak-kanak lakonkan di mana mereka menerangkan kepada seorang kawan mengapa mereka memilih untuk melakukan hal-hal yang menghormati Bapa Syurgawi dan Yesus pada hari Ahad. Cadangkan mereka untuk gunakan Kejadian 2:2–3 dalam penerangan mereka.

  • Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk menulis senarai seberapa banyak hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk menguduskan hari Sabat. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi senarai mereka, dan galakkan mereka untuk menambah cadangan orang lain ke dalam senarai mereka sendiri. Cadangkan kanak-kanak untuk membawa senarai tersebut ke rumah dan rujuk senarai tersebut jika mereka perlukan idea untuk hari Sabat.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak untuk memikirkan bagaimana mereka boleh melakukan aktiviti yang serupa bersama keluarga mereka. Anda boleh menulis nota untuk membantu mengingatkan mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak untuk menunjukkan kreativiti mereka. Apabila kanak-kanak membina, melukis, atau mewarna sesuatu yang berkaitan dengan kisah atau asas yang dipelajari, mereka sering boleh ingat dengan lebih baik. Galakkan kanak-kanak untuk menggunakan ciptaan mereka untuk mengajar keluarga mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25.)

Cetak