Perjanjian Lama 2022
10–16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5: Kejatuhan Adam dan Hawa


“10-16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5: Kejatuhan Adam dan Hawa,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“10-16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Adam dan Hawa berjalan bersama

Adam and Eve, (Adam dan Hawa) oleh Douglas M. Fryer

10-16 Januari

Kejadian 3–4; Musa 4–5

Kejatuhan Adam dan Hawa

Fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar semasa anda mengkaji Kejadian 3–4 dan Musa 4–5. Beri perhatian kepada bisikan dan tanggapan yang anda terima; ia akan membawa kepada idea ajaran baharu.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Adam dan Hawa (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan minta kanak-kanak untuk berdiri dan berkongsi sesuatu yang mereka lihat dalam gambar atau ingat tentang cerita tersebut

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kejadian 3; Musa 4

Adam dan Hawa mengikuti rancangan Bapa Syurgawi.

Bantu kanak-kanak untuk memahami apa yang berlaku di Taman Eden dan bagaimana ia membantu memenuhi rancangan keselamatan Tuhan. Apakah berkat yang kita terima kerana pilihan yang dibuat oleh Adam dan Hawa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk memahami bahawa pilihan Adam dan Hawa untuk memakan buah tersebut adalah sebahagian dari rancangan Bapa Syurgawi.

  • Berikan setiap kanak-kanak sekeping gambar yang mewakili sesuatu dari cerita Adam dan Hawa (seperti pokok, ular, taman atau Yesus Kristus). Minta mereka untuk mengangkat gambar pada masa yang betul semasa anda menceritakan cerita tersebut dan membaca dari Musa 4. Halaman aktiviti minggu ini juga dapat membantu.

    Hawa memegang buah

    Leaving Eden, (Meninggalkan Eden) oleh Annie Henrie Nader

Musa 4:1–4

Saya boleh memilih yang benar.

Dalam Musa 4:3, kita pelajari bahawa Setan “berusaha untuk menghancurkan hak pilihan manusia, yang Aku, Tuhan Raja, telah berikan kepadanya.” Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak menghargai kurnia memilih yang benar dan salah?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bercakap dengan kanak-kanak mengenai beberapa pilihan yang anda buat hari ini, dan bantu mereka memikirkan pilihan yang mereka telah buat. Baca kepada mereka dari Musa 4:3: “Hak pilihan manusia, yang Aku, Tuhan Raja, telah berikan kepadanya.” Jelaskan bahawa ayat ini mengajar kita bahawa Tuhan telah memberi kita keupayaan untuk membuat pilihan. Ungkapkan kesyukuran anda kerana anda dapat memilih yang benar, dan bersaksi bahawa kanak-kanak juga dapat memilih untuk melakukan apa yang benar.

  • Kongsi beberapa contoh mudah tentang membuat pilihan yang benar atau yang salah, dan minta kanak-kanak nyatakan jika pilihan itu benar atau salah (mereka boleh berdiri, mengangkat tanda, atau mengangkat tangan). Kongsi kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi akan menolong kita memilih yang benar, dan menjemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka juga.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan pilihan baik yang mereka dapat buat untuk mengikuti Yesus Kristus. Nyanyikan bersama lagu tentang membuat pilihan yang baik, seperti “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 82). Beritahu kanak-kanak tentang masa ketika anda membuat pilihan yang baik, dan bincangkan bagaimana perasaan anda kerana pilihan anda.

Musa 5:4, 8

Saya boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi.

Apakah kanak-kanak yang anda ajar perlu tahu tentang doa? Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang dapat membantu mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Musa 5:4 kepada kanak-kanak. Bantu mereka memahami bahawa ketika Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden, mereka tidak dapat lagi bersama dengan Bapa Syurgawi, tetapi mereka dapat berdoa kepada-Nya. Jelaskan bahawa kita berdoa kepada Bapa Syurgawi dalam nama Putera-Nya, Yesus Kristus (lihat Musa 5:8). Apakah beberapa hal yang kita ucapkan kepada Bapa Syurgawi dalam doa kita?

  • Minta kanak-kanak untuk tunjukkan anda gerakan yang mereka lakukan ketika mereka sedang berdoa. Anda juga boleh menunjukkan gambar seseorang berdoa (lihat Buku Seni Injil, no. 111–12) untuk mengajar kanak-kanak bahawa menundukkan kepala kita, melipat tangan, dan menutup mata membantu kita takzim dalam doa kita.

  • Kongsi pengalaman peribadi tentang doa atau kesaksian anda tentang doa. Nyanyi bersama kanak-kanak lagu mengenai doa seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6–7).

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kejadian 3; Musa 4; 5:10–11

Kejatuhan Adam dan Hawa adalah sebahagian dari rancangan Tuhan.

Sekiranya Adam dan Hawa tinggal di Taman Eden, mereka tidak akan mempunyai anak dan tidak dapat berkembang menjadi seperti Bapa Syurgawi. Kita berterima kasih atas pilihan mereka untuk mengambil buah kerana pilihan ini memungkinkan kehidupan fana dan peluang kita untuk kehidupan abadi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bekerjasama untuk menceritakan cerita Kejatuhan Adam dan Hawa dalam kata-kata mereka sendiri. Kongsi ayat dari Kejadian 3 untuk membantu mereka.

  • Bantu kanak-kanak cari dalam Musa 4:22–25, 29; 5:10–11 bagi kesan-kesan Adam dan Hawa memakan buah itu (lihat juga 2 Nefi 2:19–25). Mengapakah pilihan mereka merupakan suatu berkat kepada kita? Bagaimanakah Juruselamat membantu kita mengatasi dosa dan kematian?

Musa 4:1–4

Saya mempunyai kuasa untuk memilih.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu betapa berharga kurnia untuk memilih yang benar dan salah? Bagaimanakah cerita Adam dan Hawa membantu mereka menghargai kurnia ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pertimbangkan pengajaran berobjek yang mudah seperti ilustrasi tentang kepentingan membuat pilihan kita sendiri: Jemput kanak-kanak untuk warnakan halaman aktiviti minggu ini, tetapi hanya berikan mereka satu warna sahaja. Mengapakah ia lebih baik untuk mempunyai pilihan dalam keadaan ini? Baca bersama Musa 4:1–4 dan bincangkan mengapa pilihan penting dalam rancangan Tuhan.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman peribadi yang mereka ada tentang memilih yang benar dan salah. Mari kita bincangkan kesan yang mungkin untuk setiap pilihan.

Musa 5:4–15

Kerana Yesus Kristus, saya boleh bertaubat dan hidup bersama Tuhan lagi.

Bapa Syurgawi mengutus Yesus Kristus untuk menyelamatkan kita dari kesan Kejatuhan. Melalui Korban tebusan-Nya, Yesus memungkinkannya untuk kita dibangkitkan selepas kematian dan mengampuni kesalahan kita ketika kita bertaubat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan dua tajuk di papan tulis: Kerana Adam dan Hawa dan Kerana Yesus Kristus. Bantu kanak-kanak mengenal pasti kesan Kejatuhan semasa anda membaca Musa 4:25; 6:48; Roma 5:12; 2 Nefi 2:22–23. Minta mereka untuk mencatat apa yang mereka pelajari di bawah tajuk pertama. Kemudian bantu mereka mengenal pasti bagaimana Yesus Kristus mengatasi dosa dan kematian semasa anda membaca bersama Musa 5:8–11, 14–15; 6:59; Alma 11:42. Minta mereka mencatat apa yang mereka pelajari di bawah tajuk kedua. Mengapakah kita bersyukur kepada Yesus Kristus?

  • Tunjukkan video tentang Korban tebusan Juruselamat. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus Kristus.

  • Beberapa hari sebelumnya, minta beberapa kanak-kanak untuk memilih satu tulisan suci atau lagu tentang Korban tebusan Juruselamat untuk dikongsi dalam kelas. Galakkan mereka untuk berbincang mengapa mereka menyukainya. Nyanyikan satu atau lebih lagu bersama.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi halaman aktiviti minggu ini dengan keluarga mereka dan berbincang tentang berkat yang kita miliki kerana Kejatuhan Adam dan Hawa.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari ilham anda sendiri. Jangan melihat panduan ini sebagai arahan yang anda wajib ikut semasa mengajar. Tetapi, gunakannya sebagai idea-idea untuk memulakan ilham anda sendiri semasa anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)