Perjanjian Lama 2022
10–16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5: Kejatuhan Adam dan Hawa


“10–16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5: Kejatuhan Adam dan Hawa,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“10–16 Januari. Kejadian 3–4; Musa 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022

Adam dan Hawa berjalan bersama

Adam and Eve, oleh Douglas M. Fryer

10–16 Januari

Kejadian 3–4; Musa 4–5

Kejatuhan Adam dan Hawa

Semasa anda kaji Kejadian 3–4 dan Musa 4–5, pertimbangkan apa yang Tuhan cuba ajar anda. Catatkan kebenaran ini dan tanggapan rohani anda, dan renungkannya sepanjang minggu.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada mulanya, kisah Kejatuhan Adam dan Hawa mungkin kelihatan seperti tragedi. Adam dan Hawa diusir dari Taman Eden yang indah. Mereka diusir ke dunia di mana kesakitan, kesedihan, dan kematian selalu ada (lihat Kejadian 3:16–19). Dan mereka dipisahkan daripada Bapa Syurgawi mereka. Tetapi kerana kebenaran yang dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith dalam kitab Musa, kita tahu bahawa kisah Adam dan Hawa sebenarnya adalah tentang harapan—dan merupakan bahagian penting dari rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya.

Taman Eden itu sangat indah. Tetapi Adam dan Hawa memerlukan sesuatu yang lebih daripada persekitaran yang indah. Mereka memerlukan—dan kita semua memerlukan—peluang untuk berkembang. Meninggalkan Taman Eden adalah langkah pertama yang diperlukan untuk kembali kepada Tuhan dan akhirnya menjadi seperti Dia. Itu bererti menghadapi pertentangan, melakukan kesalahan, belajar untuk bertaubat, dan mempercayai Juruselamat, yang Korban tebusan-Nya membolehkan perkembangan dan “kebahagiaan penebusan kita” (Musa 5:11). Oleh itu, apabila anda membaca tentang Kejatuhan Adam dan Hawa, jangan fokus pada tragedi tetapi pada kemungkinan—bukan pada firdaus Adam dan Hawa yang hilang tetapi pada kemuliaan kita boleh terima disebabkan oleh pilihan mereka.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kejadian 3:1–7; Musa 4; 5:4–12

Kejatuhan adalah bahagian penting dari rancangan Tuhan untuk menebus anak-anak-Nya.

Kejatuhan Adam dan Hawa membawa kematian jasmani dan rohani ke dunia. Itu juga membawa kesukaran, kesedihan, dan dosa. Ini semua kelihatan seperti alasan untuk menyesali Kejatuhan. Tetapi Kejatuhan adalah sebahagian dari rancangan Bapa Syurgawi untuk menebus dan memuliakan anak-anak-Nya melalui “pengorbanan Anak Tunggal Bapa” (Musa 5:7). Semasa anda mengkaji Kejadian 3:1–7; Musa 4; 5:4–12, apakah kebenaran yang anda temui yang membantu anda memahami Kejatuhan dan bagaimana Korban tebusan Kristus mengatasinya? Soalan-soalan seperti ini boleh membantu:

  • Bagaimanakah Kejatuhan mempengaruhi Adam dan Hawa? Bagaimanakah ia mempengaruhi saya?

  • Mengapakah Adam dan Hawa mempersembahkan korban? Apakah maksud lambang pengorbanan itu? Apakah yang saya boleh pelajari dari kata-kata malaikat dalam ayat-ayat ini?

  • Mengapakah Adam dan Hawa “gembira” setelah Kejatuhan mereka? Apakah yang saya pelajari dari laporan ini mengenai rancangan Tuhan untuk menebus saya melalui Yesus Kristus?

Oleh kerana Kitab Mormon dan wahyu-wahyu zaman akhir yang lain, kita mempunyai perspektif yang unik mengenai Kejatuhan. Contohnya, pertimbangkan apa yang nabi Lehi ajarkan keluarganya tentang Adam dan Hawa dalam 2 Nefi 2:15–27. Bagaimanakah ajaran-ajaran Lehi menjelaskan apa yang berlaku di Taman Eden dan membantu kita memahami mengapakah ia penting?

Lihat juga 1 Korintus 15:20–22; Mosia 3:19; Alma 12:21–37; Ajaran dan Perjanjian 29:39–43; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:3; Dallin H. Oaks, “Rancangan Agung,” Liahona, Mei 2020, 93–96; Dallin H. Oaks, “Pertentangan dalam Segala Hal,” Liahona, Mei 2016, 114–17; Jeffrey R. Holland, “Di mana Keadilan, Kasih, dan Belas Kasihan Bertemu,” Liahona, Mei 2015, 104–6.

Hawa sedang memegang buah

Leaving Eden (Meninggalkan Eden), oleh Annie Henrie Nader

Kejadian 3:16; Musa 4:22

Apakah maksudnya bahawa Adam akan “berkuasa kepada” Hawa?

Petikan tulisan suci ini kadangkala disalah faham bahawa suami dipersolehkan untuk memperlakukan isterinya dengan tidak baik. Pada zaman kita, para nabi Tuhan telah mengajarkan bahawa walaupun seorang suami harus memimpin di rumah dengan kesolehan, dia harus melihat isterinya sebagai pasangan yang setaraf (lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” [ChurchofJesusChrist.org]). Elder Dale G. Renlund dan Sister Ruth Lybbert Renlund menjelaskan bahawa suami yang soleh “akan berusaha untuk melayani; dia akan mengakui kesalahan dan meminta keampunan; dia akan cepat memberikan pujian; dia akan mementingkan pilihan ahli keluarga; dia akan merasakan tanggungjawab yang besar untuk menyediakan ‘keperluan hidup dan perlindungan’ untuk keluarganya; dia akan memperlakukan isterinya dengan penuh penghormatan dan penghargaan. … Dia akan memberkati keluarganya” (The Melchizedek Priesthood: Understanding the Doctrine, Living the Principles [2018], 23).

Musa 5:4–9, 16–26

Tuhan akan menerima korban saya jika saya mempersembahkannya dengan hati yang rela dan patuh.

Adam dan Hawa mengetahui bahawa korban binatang melambangkan korban tebusan Kristus, dan mereka “memberitahukan segala hal kepada para anak-anak mereka” (Musa 5:12). Semasa anda mengkaji Musa 5:4–9, 16–26, pertimbangkan sikap dua anak lelaki mereka, Kain dan Habel, terhadap korban ini. Mengapakah Tuhan menerima korban Habel tetapi bukan korban Kain?

Apakah jenis korban yang Tuhan minta daripada anda? Adakah terdapat apa-apa dalam Musa 5:4–9, 16–26 yang mengubah cara anda berfikir tentang korban ini?

Lihat juga Mazmur 4:5; 2 Korintus 9:7; Omni 1:26; 3 Nefi 9:19–20; Moroni 7:6–11; Ajaran dan Perjanjian 97:8; Jeffrey R. Holland, “Lihatlah Anak Domba Tuhan,” Liahona, Mei 2019, 44–46.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kejadian 3; Musa 4.

Musa 4:1–4.Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan, Yesus Kristus, dan Setan dari ayat-ayat ini? Mengapakah hak pilihan sangat penting bagi rancangan Tuhan sehingga Setan ingin memusnahkannya?

Musa 5:5–9.Apakah yang Tuhan perintahkan kepada Adam dan Hawa untuk membantu mereka memikirkan tentang Juruselamat? Apakah yang Tuhan telah berikan kepada kita untuk membantu kita memikirkan Juruselamat?

Musa 5:16–34.Apakah maksudnya menjadi “penjaga adik” kita? Bagaimanakah kita boleh saling menjaga satu sama lain sebagai satu keluarga?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Memilh Yang Benar,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 82.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Gunakan bantuan pembelajaran tulisan suci. Semasa anda mengkaji tulisan suci, guna nota kaki dan kajian lain membantu mendapatkan pandangan tambahan.

malaikat melawat Adam dan Hawa

Similitude, oleh Walter Rane