“27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3: ‘Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“27 Disember–2 Januari. Musa 1; Abraham 3,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
27 Disember–2 Januari
Musa 1; Abraham 3
“Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”
Semasa anda membaca apa yang Tuhan katakan kepada Musa dan Abraham, renungkan apa yang Dia mungkin katakan kepada anda juga.
Mencatat Tanggapan Anda
Alkitab bermula dengan kata-kata “pada mulanya, ketika Tuhan mula menciptakan alam semesta” (Kejadian 1:1). Tetapi apa yang ada sebelum “mulanya” ini? Dan mengapakah Tuhan menciptakan semua ini? Melalui Nabi Joseph Smith, Tuhan telah menjelaskan soalan-soalan ini.
Sebagai contoh, Dia memberi kita catatan tentang penglihatan di mana Abraham melihat kewujudan kita sebagai roh “sebelum dunia ada” (lihat Abraham 3:22–28). Tuhan juga memberikan kita penterjemahan atau penyemakan yang diilhamkan tentang enam bab pertama Kejadian, yang dipanggil kitab Musa—yang tidak bermula dengan “pada mulanya.” Sebaliknya, ia bermula dengan pengalaman yang Musa miliki yang menyediakan beberapa konteks untuk kisah Penciptaan yang terkenal. Bersama-sama, tulisan suci zaman akhir ini adalah tempat yang baik untuk bermula kajian kita tentang Perjanjian Lama kerana mereka menjawab beberapa soalan asas yang dapat membantu pembacaan kita: Siapakah Tuhan? Siapakah kita? Apakah pekerjaan Tuhan. Dan apakah peranan kita dalamnya? Bab-bab pembukaan Kejadian dapat dilihat sebagai jawapan Tuhan kepada permintaan Musa: “Berbelas kasihanlah kepada hamba-Mu, Ya Tuhan, dan beritahulah aku mengenai bumi ini, dan para penduduknya, dan juga semestanya” (Musa 1:36).
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Sebagai anak Tuhan, saya mempunyai takdir ilahi.
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajarkan, “Sebilangan besar kekeliruan yang kita alami dalam hidup ini berpunca daripada tidak memahami siapakah diri kita” (“The Reflection in the Water” [Church Educational System fireside for young adults, Nov. 1, 2009], ChurchofJesusChrist.org). Bapa Syurgawi mengetahui hal ini, dan begitu juga dengan Setan. Pesanan pertama Tuhan kepada Musa merangkumi kebenaran “engkaulah anak-Ku” dan “engkau memiliki suatu kemiripan dengan Anak Tunggal-Ku” (Musa 1:4, 6). Di sebaliknya, Setan memanggil Musa hanya sebagai “anak manusia” (Musa 1:12). Bagaimana kehidupan dan keputusan anda akan jadi berbeza jika anda menganggap diri anda seperti yang Setan mahukan, sebagai “anak manusia”? Bagaimanakah dengan mengetahui dan mengingati bahawa anda adalah anak Tuhan memberkati hidup anda?
Apakah ayat atau frasa dalam Musa 1 yang memberi anda rasa nilai ilahi anda?
Saya boleh menahan pengaruh Setan.
Seperti yang Musa 1 tunjukkan dengan jelas, pengalaman rohani yang kuat tidak membebaskan kita dari godaan. Malah, salah satu taktik Setan adalah menggoda kita untuk meragui pengalaman tersebut atau apa yang kita pelajari darinya. Semasa anda membaca tentang tindak balas Musa kepada Setan di ayat 12–26, apakah yang anda pelajari yang dapat membantu anda kekal setia kepada kesaksian yang anda telah terima? Apakah yang membantu anda menahan godaan Setan yang lain? (lihat, sebagai contoh, ayat 15 dan 18).
Berdasarkan apa yang anda pelajari, anda dapat membuat rancangan untuk menahan godaan. Contohnya, anda boleh melengkapkan penyataan “Apabila saya tergoda untuk , Saya akan .”
Lihat juga Matius 4:1–11; Helaman 5:12; Gary E. Stevenson, “Janganlah Memperdayakanku,” Liahona, Nov. 2019, 93–96.
Pekerjaan dan kemuliaan Tuhan adalah untuk membantu saya memperoleh kehidupan abadi.
Setelah melihat penglihatan ciptaan Tuhan, Musa membuat permintaan kepada Tuhan: “Beritahulah aku … mengapakah hal-hal ini sedemikian” (Musa 1:30). Apakah yang mengagumkan anda mengenai jawapan Tuhan di Musa 1:31–39?
Abraham juga mempunyai pengalaman penglihatan, tercatat dalam Abraham 3. Apakah yang anda temui dalam ayat 22–26 yang dapat membantu menjawab permintaan Musa?
Pertimbangkan untuk menyenaraikan kebenaran lain yang Musa dan Abraham pelajari dalam penglihatan mereka: kebenaran tentang Tuhan, tentang diri mereka, dan tentang tujuan penciptaan Tuhan. Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi cara anda melihat diri anda dan dunia di sekitar anda?
Aadakah terdapat orang lain selain Abraham “dipilih sebelum [mereka] dilahirkan”?
“Di dunia roh pra-fana, Tuhan melantik roh-roh tertentu untuk memenuhi misi tertentu semasa kehidupan fana mereka. Ini dipanggil pra-pentahbisan. … Ajaran pra-pentahbisan berkaitan dengan semua ahli Gereja, bukan hanya untuk Juruselamat dan para nabi-Nya” (Gospel Topics, “Foreordination,” topics.ChurchofJesusChrist.org).
Bagaimana kita memperoleh kitab Musa dan Abraham?
Kitab Musa adalah bahagian pertama penterjemahan Alkitab daripada Joseph Smith yang diilhami. Kitab Abraham diungkapkan kepada Joseph Smith semasa dia bekerja dengan skrol kuno orang Mesir. Kitab-kitab ini, yang terdapat hari ini dalam Mutiara yang Sangat Berharga, menyediakan banyak maklumat mengenai Musa, Abraham, dan para nabi lain yang tidak ditemui dalam Perjanjian Lama.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Musa 1:2–6; Abraham 3:11–12.Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk mencari frasa dalam lagu “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2) yang berkaitan dengan kebenaran yang diajarkan dalam tulisan suci ini.
-
Musa 1:4, 30–39.Adakah keluarga anda akan menikmati mencari beberapa “hasil kerja tangan [Tuhan]”? (ayat 4). Mungkin anda boleh membaca ayat-ayat ini di taman atau di bawah bintang pada waktu malam. Anda kemudian boleh membincangkan mengapa Tuhan menciptakan dunia dan bagaimana kita mengambil bahagian dalam “pekerjaan dan kemuliaan[-Nya]” (ayat 39).
-
Musa 1:18.Apakah nasihat yang kita boleh kongsi untuk saling membantu “menilai di antara” Tuhan dan Setan? (Lihat juga Moroni 7:12–18; Ajaran dan Perjanjian 50:23–24.)
-
Abraham 3:24–26.Anda boleh memberikan ahli keluarga tugas yang seronok tetapi mencabar yang membolehkan mereka membuktikan bahawa mereka boleh mengikuti arahan, seperti melipat kapal terbang kertas atau mengikuti resipi. Bagaimanakah aktiviti ini serupa dengan tujuan kehidupan fana kita seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2–3