Perjanjian Lama 2022
24–30 Januari. Musa 7: “Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion”


“24–30 Januari. Musa 7: ‘Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“24–30 Januari. Musa 7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

banyak orang berinteraksi dengan penuh kasih

Love One Another, (Kasihi Sesama) oleh Emma Donaldson Taylor

24–30 Januari

Musa 7

“Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion”

Semasa anda membaca dan merenung Musa 7, catatkan tanggapan rohani anda. Dengan melakukan ini, anda menunjukkan bahawa anda menghargai bimbingan Tuhan dan anda ingin menerima lebih banyak bimbingan-Nya.

Mencatat Tanggapan Anda

Sepanjang sejarah, orang telah berusaha mencapai apa yang Henokh dan orang-orangnya telah capai: membina masyarakat yang ideal di mana tiada kemiskinan atau keganasan. Sebagai umat Tuhan, kita berkongsi keinginan ini. Kita gelarnya membina Sion, dan ia termasuk—tambahan kepada menjaga orang miskin dan menggalakkan kedamaian—membuat perjanjian, tinggal bersama dalam kesolehan, dan menjadi satu dengan satu sama lain dan dengan Yesus Kristus, “Raja Sion” (Musa 7:53). Oleh kerana pekerjaan penubuhan Sion diteruskan di zaman kita, ia sangat berguna untuk bertanya, Bagaimana Henokh dan orang-orangnya melakukannya? Bagaimanakah mereka menjadi “satu hati dan satu fikiran” (Musa 7:18) walaupun terdapat kejahatan di sekeliling mereka? Antara banyak maklumat yang Musa 7 berikan kita tentang Sion, yang sangat berharga bagi para Orang Suci Zaman Akhir mungkin adalah ini: Sion bukan hanya sebuah kota—ia adalah keadaan hati dan roh. Sion, seperti yang Tuhan ajarkan, adalah “yang suci hatinya” (Ajaran dan Perjanjian 97:21). Jadi cara terbaik untuk membina Sion adalah bermula di hati dan rumah kita sendiri.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Musa 7:16–21, 27, 53, 62–69

Usaha Henokh adalah pola untuk membina Sion dalam kehidupan kita sendiri.

Oleh kerana Musa 7 adalah catatan bagaimana para pengikut Tuhan berjaya membina Sion, ia boleh memberi petunjuk dan mengilhami kita hari ini semasa kita berusaha untuk melakukan perkara yang sama. Pertimbangkan untuk menggunakan jadual seperti ini untuk mencatat apa yang anda pelajari tentang Sion Musa 7:16–21, 27, 53, 62–69.

Ayat

Apakah yang anda pelajari tentang Sion?

Apakah yang ini cadangkan tentang usaha anda untuk membina Sion?

Ayat

7:18

Apakah yang anda pelajari tentang Sion?

Orang Sion adalah “satu hati dan satu fikiran.”

Apakah yang ini cadangkan tentang usaha anda untuk membina Sion?

Kita perlu bersatu sebagai sebuah keluarga dan sebagai sebuah Gereja.

Ayat

7:21

Apakah yang anda pelajari tentang Sion?

“Dalam peredaran waktu, [Sion] diangkat ke dalam syurga.”

Apakah yang ini cadangkan tentang usaha anda untuk membina Sion?

Membina Sion adalah proses yang beransur-ansur.

Ayat

Apakah yang anda pelajari tentang Sion?

Apakah yang ini cadangkan tentang usaha anda untuk membina Sion?

Ayat

Apakah yang anda pelajari tentang Sion?

Apakah yang ini cadangkan tentang usaha anda untuk membina Sion?

Musa 7:18–19, 53

Umat Tuhan harus berusaha untuk menjadi “satu hati dan satu fikiran.”

Musa 7:18–19 menyenaraikan ciri-ciri penting orang-orang yang Tuhan panggil sebagai Sion. Bagi pendapat anda, mengapakah ciri-ciri ini diperlukan untuk membina Sion? Bagaimanakah Sion, seperti yang digambarkan dalam bab ini, berbeza dari kumpulan atau organisasi bersatu yang lain di dunia? Semasa anda merenungkan soalan ini, anda boleh memikirkan firman Yesus Kristus dalam ayat 53: “Akulah Mesias, Raja Sion.” Apakah maksudnya untuk mempunyai Yesus Kristus sebagai Raja kita? Bagaimanakah Dia membantu kita mengembangkan ciri-ciri Sion?

Lihat juga Filipi 2:1–5; 4 Nefi 1:15–18; Ajaran dan Perjanjian 97:21; 105:5.

orang saling memberi salam

Kita harus berusaha untuk menjadi “satu hati dan satu fikiran” (Musa 7:18).

Musa 7:21, 23–24, 27, 69

Apakah yang berlaku dengan kota Henokh?

Ungkapan “diangkat ke” (Musa 7:21, 23), “diangkat” (Musa 7:24), “diangkat oleh” (Musa 7:27), dan “lenyap” (Musa 7:69) merujuk kepada Sion dan orang-orang Henokh menjadi makhluk diangkat dan diangkat ke syurga. Makhluk diangkat adalah “diangkat sehingga mereka tidak mengalami rasa sakit atau kematian”sebagai manusia fana. (Panduan Tulisan suci, “Makhluk Diangkat,” “Sion,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; lihat juga 3 Nefi 28:4–9, 15–18, 39–40).

Musa 7:28–69

Tuhan menangis untuk anak-anak-Nya.

Sebilangan orang melihat Tuhan sebagai makhluk yang jauh yang tidak terpengaruh secara emosi dengan apa yang berlaku kepada kita. Tetapi Henokh nampak satu penglihatan di mana Tuhan menangis untuk anak-anak-Nya. Semasa membaca Musa 7:28–40, carikan sebab-sebab Tuhan menangis. Dalam penglihatan Henokh yang lain, yang digambarkan dalam Musa 7:41–69, apakah bukti yang anda temui bahawa Tuhan “penuh belas kasihan dan baik hati selamanya”? (Musa 7:30; lihat ayat 43, 47, dan 62 untuk contoh).

Musa 7:62

Pada hari-hari terakhir Tuhan akan mengumpulkan umat pilihan-Nya.

Ayat 62 menggambarkan peristiwa hari-hari terakhir. Pertimbangkan maksud ungkapan seperti ini: “kesolehan akan Aku turunkan dari syurga,” “kebenaran akan Aku keluarkan dari bumi,” “kesolehan dan kebenaran akan Aku sebabkan untuk meliputi bumi bagaikan dengan air bah.” Apakah yang ungkapan ini ajarkan kepada anda tentang pekerjaan Tuhan di akhir zaman?

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Musa 7:18–19.Untuk membantu ahli keluarga membayangkan maksud menjadi “satu hati,” anda boleh membuat hati kertas dan memotongnya menjadi kepingan teka-teki, cukup bagi setiap ahli keluarga untuk memiliki satu keping. Ahli keluarga boleh menulis nama mereka pada kepingan sendiri dan kemudian bekerjasama untuk menyatukan hati. Semasa melengkapkan keping-keping tersebut, anda boleh membincangkan perkara yang anda suka tentang setiap ahli keluarga.

Musa 7:28–31, 35.Apakah yang kita belajar mengenai Tuhan dari ayat-ayat ini?

Musa 7:32.Mengapakah Tuhan memberi kita hak pilihan? Apakah yang kita boleh katakan kepada seseorang yang merasakan bahawa perintah-perintah Tuhan membatasi hak pilihan kita? Membaca 2 Nefi 2:25–27 mungkin menambah perbincangan ini.

Musa 7:59–67.Semasa keluarga anda membaca Musa 7:59–67, cuba tandakan atau perhatikan perkara yang Tuhan firmankan kepada Henokh mengenai hari-hari terakhir—contohnya, Tuhan akan “ untuk mengumpulkan umat pilihan[-Nya]” (ayat 62) dan bahawa akan ada “kesengsaraan-kesengsaraan yang hebat di kalangan yang jahat” (ayat 66). Bagaimanakah kita dapat memiliki iman dan harapan walaupun terdapat kejahatan pada hari-hari terakhir? Sebagai sebahagian daripada perbincangan ini, pertimbangkan untuk membaca kata-kata ini daripada Elder Ronald A. Rasband: “Ingatlah, saudara dan saudari. Ya, kita hidup di zaman sukar, tetapi semasa kita berada di jalan perjanjian, kita tidak perlu takut. Saya memberkati anda semasa anda melakukan sedemikian, anda tidak akan terganggu oleh zaman yang kita hidup atau masalah-masalah yang datang kepada anda. Saya memberkati anda untuk memilih untuk berdiri di tempat kudus dan janganlah bergerak. Saya memberkati anda untuk percaya kepada janji-janji Yesus Kristus, bahawa Dia hidup dan Dia sedang memerhatikan kita, menjaga kita dan berdiri di sisi kita” (“Janganlah Susah Hati,” Liahona, Nov. 2018, 21).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kasih dalam Keluarga,” Nyanyian Rohani, no. 134.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jadilah peka dalam pemerhatian. Apabila anda memberi perhatian kepada apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak anda, anda akan mendapati peluang pengajaran yang bagus. Komen dan pertanyaan anak-anak anda sepanjang hari juga boleh menjadi peluang untuk mengajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 16.)

Lukisan Henokh dan orang-orang memandang ke arah cahaya

City of Zion Translated (Kota Zion Diangkat ke Syurga), oleh Del Parson