Perjanjian Lama 2022
24–30 Januari. Musa 7: “Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion”


“24–30 Januari. Musa 7: ‘Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“24–30 Januari. Musa 7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
orang ramai bergaul dengan penuh kasih

Love One Another, (Saling Mengasihi) oleh Emma Donaldson Taylor

24–30 Januari

Musa 7

“Tuhan Menyebut Umat-Nya Sion”

Mulakan persediaan anda dengan membaca Musa 7. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami bab ini, dan idea berikut boleh memberi anda idea untuk mengajarnya kepada kanak-kanak.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Luangkan beberapa minit untuk meminta kanak-kanak kaji semula apa yang mereka tahu tentang nabi Henokh—termasuklah apa yang mereka pelajari dari pengajaran minggu lepas. Jika berguna, tunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Musa 7:18

Tuhan ingin kita saling mengasihi.

Ayat ini menggambarkan perwatakan orang-orang di Sion. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak untuk membentuk perwatakan ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi cerita rakyat Henokh, atau minta kanak-kanak untuk menceritakannya dalam kata-kata mereka sendiri menggunakan gambar Henokh dalam panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Anda juga boleh menyanyi bersama kanak-kanak rangkap kedua “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58) untuk kaji semula kisah.

  • Bantu kanak-kanak untuk memikirkan gerakan berkaitan dengan frasa “satu hati dan satu fikiran” (Musa 7:18). Jelaskan bahawa frasa ini bermaksud rakyat Henokh saling mengasihi dan berbuat baik kepada satu sama lain. Jemput mereka untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk melukis cara mereka boleh menunjukkan kasih.

  • Nyanyikan lagu tentang saling mengasihi, seperti “Kasih dalam Keluarga” (Nyanyian Rohani, no. 134). Bawa gambar yang menggambarkan frasa utama dalam lagu untuk membantu kanak-kanak mempelajari perkataan. Minta kanak-kanak untuk berkongsi cara mereka boleh menunjukkan kasih terhadap satu sama lain di Sekolah Primer dan rumah mereka. Kemudian minta mereka untuk bertindak atas idea mereka.

Imej
seorang budak perempuan berkongsi buah dengan seorang wanita berusia

Kita harus berusaha menjadi “satu hati dan satu fikiran ” (Musa 7:18).

Musa 7:28–33

Tuhan mengambil berat terhadap anak-anak-Nya.

Anda boleh membantu kanak-kanak pelajari bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sangat mengambil berat tentang kita dan tindakan kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan hal-hal yang membuat Bapa Syurgawi gembira. Baca Musa 7:28 bersama kanak-kanak, dan jelaskan bahawa Bapa Syurgawi sedih kerana orang-orang sangat jahat (lihat ayat 32–33).

  • Minta kanak-kanak melukis wajah ceria di sebelah kertas dan sebelah lagi wajah sedih. Namakan beberapa tindakan yang baik, seperti berdoa, dan beberapa kelakuan yang negatif, seperti berbohong, dan minta kanak-kanak untuk mengangkat “wajah ceria” atau “wajah sedih” untuk menunjukkan perasaan Bapa Syurgawi tentang setiap pilihan.

  • Jemput kanak-kanak untuk bermain, mereka perlu melakonkan apa yang mereka boleh lakukan untuk membuat Bapa Syurgawi gembira. Minta kanak-kanak lain meneka apa yang mereka sedang lakukan. Kongsi dengan setiap kanak-kanak sesuatu yang anda pernah lihat mereka lakukan untuk membuat Bapa Syurgawi gembira.

Musa 7:59–67

Yesus akan kembali ke bumi.

Dalam penglihatannya, Henokh nampak zaman akhir, termasuk Kedatangan Kedua Juruselamat. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menantikan Kedatangan Kedua?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membayangkan seorang tetamu istimewa akan mengunjungi mereka. Apakah yang mereka akan lakukan untuk kunjungan tersebut? Kongsi firman Tuhan kepada Henokh dalam Musa 7:60: “Aku [akan] datang pada zaman akhir.” Apakah beberapa cara kita boleh bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus?

  • Tunjukkan gambar tentang masa-masa Juruselamat muncul kepada orang ramai (lihat Buku Seni Injil, no. 60, 82, 83, dan 84). Apakah yang orang-orang dalam gambar ini sedang lakukan? Bagaimanakah perasaan mereka ketika mereka bertemu Yesus? Minta kanak-kanak berkongsi bagaimana perasaan mereka melihat Yesus apabila Dia datang lagi.

  • Nyanyikan lagu tentang Kedatangan Kedua Juruselamat, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46), dan tanyakan kepada kanak-kanak apakah pendapat mereka tentang keadaan ketika Yesus datang lagi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Musa 7:18–21, 62–63, 68–69

Kita boleh bersatu seperti orang-orang di Sion.

Semasa anda membaca tentang Sion, renungkan teladan bersatu yang anda pernah lihat. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak menjadi lebih bersatu seperti rakyat Henokh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk melihat perkataan yang menggambarkan rakyat Henokh, yang juga dikenali sebagai Sion, semasa mereka membaca Musa 7:18. Tuliskan perkataan-perkataan ini sebagai tajuk di atas papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk menulis, di bawah setiap tajuk, hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk menjadi seperti rakyat Henokh. Selepas mereka berkongsi, tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka boleh menjadikan rumah mereka seperti Sion. Mereka boleh mencari beberapa idea dalam 4 Nefi 1:15–18.

  • Minta kanak-kanak menghitung berapa kali perkataan “Sion” muncul dalam Musa 7:18–21, 62–63, 68–69. Setiap kali perkataan itu muncul, bantu kanak-kanak mengenal pasti apa yang ayat tersebut gambarkan tentang Sion (lihat Panduan Tulisan Suci, “Sion,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti orang-orang yang digambarkan dalam ayat-ayat ini?

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh menjadi “satu hati dan satu fikiran” (lihat Musa 7:18).

Musa 7:28–37

Tuhan menangis untuk anak-anak-Nya.

Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak menyedari bahawa Tuhan mengambil berat terhadap kita dan tindakan kita?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak apakah sebab-sebab Tuhan menangis (lihat Musa 7:28–31). Jemput kanak-kanak untuk mencari Musa 7:32–33, 37 untuk jawapan. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang perasaan Tuhan terhadap anak-anak-Nya? Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan mengasihi kita? Kongsi kesaksian anda tentang kasih Tuhan kepada kita.

  • Edarkan beg kacang atau bola kepada seorang kanak-kanak. Minta dia untuk melengkapkan frasa “Saya boleh membuat Tuhan gembira dengan …” dan kemudian edarkan objek kepada kanak-kanak yang lain. Ulangkan sehingga setiap kanak-kanak mendapat giliran.

Musa 7:60–67

Yesus Kristus akan datang lagi pada hari-hari terakhir.

Semasa anda membaca tentang Kedatangan Kedua dalam Musa 7:60–67, fikirkan cara untuk mengajarkan ia kepada kanak-kanak dalam cara yang menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Musa 7:60–67, dan bantu kanak-kanak mengenal pasti hal-hal yang Tuhan firmankan akan berlaku di hari-hari terakhir. Tanyakan mereka apakah acara yang mereka nantikan dan mengapa.

  • Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang masa mereka menantikan kunjungan atau kepulangan seseorang. Bagaimanakah perasaan mereka? Apakah yang mereka akan lakukan untuk bersedia? Bagaimanakah kita bersedia untuk bertemu Yesus semula?

  • Tunjukkan satu gambar Kedatangan Kedua Juruselamat (contohnya, lihat Buku Seni Injil, no. 66). Minta kanak-kanak melukis gambar Kedatangan Kedua, berdasarkan apa yang mereka baca dalam Musa 7:60–67.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak-kanak dan keluarga mereka untuk terus belajar dari Perjanjian Lama di rumah? Contohnya, kanak-kanak boleh berkongsi hasil lukisan atau warna mereka di Sekolah Primer sebagai sebahagian pengajaran malam keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi aktif. “Semasa anda mengajar kanak-kanak, biarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, dan mencipta. Perkara-perkara ini adalah lebih dari aktiviti yang menyeronokkan—mereka penting untuk pelajaran” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak