Perjanjian Lama 2022
31 Januari–6 Februari. Kejadian 6–11; Musa 8: “Nuh Menemui Rahmat Di Mata Tuhan”


“31 Januari–6 Februari. Kejadian 6–11; Musa 8: ‘Nuh Menemui Rahmat Di Mata Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“31 Januari–6 Februari. Kejadian 6–11; Musa 8,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
Nuh, keluarga Nuh, haiwan, bahtera, dan pelangi

Ilustrasi Nuh meninggalkan bahtera, oleh Sam Lawlor

31 Januari–6 Februari

Kejadian 6–11; Musa 8

“Nuh Menemui Rahmat Di Mata Tuhan”

Belajar mengenai haiwan di bahtera Nuh dan Menara Babel yang tinggi boleh menjadi menyeronokkan bagi kanak-kanak. Tetapi ingatlah bahawa cerita-cerita ini bertujuan untuk mengajar kebenaran abadi. Dengan penuh doa, pertimbangkan kebenaran yang Tuhan ingin kanak-kanak pelajari.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sebelum anda mula mengajar cerita dalam Kejadian 6–11 dan Musa 8 kepada kanak-kanak, berikan mereka peluang untuk mengajar sesama mereka tentang apa yang mereka tahu tentang Nuh dan Bahtera atau Menara Babel.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kejadian 6:14–22; 7–8; Musa 8:16–30

Mengikuti nabi akan memberkati saya dan keluarga saya.

Sewaktu kanak-kanak belajar untuk mengikuti nabi, mereka akan diberkati dan dijaga secara rohani, sama seperti keluarga Nuh yang selamat dari Air Bah.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata-kata anda sendiri, ceritakan cerita Nuh dan bahtera (lihat “Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58, rangkap 3). Bantu kanak-kanak melakonkan sebahagian cerita—misalnya, berpura-pura menggunakan alat untuk membina bahtera atau berjalan seperti binatang memasuki bahtera.

  • Baca kepada kanak-kanak Musa 8:19–20, tekankan perintah Tuhan kepada Nuh. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Nuh adalah seorang nabi dan keluarganya terselamat dari Air Bah kerana mereka mengikutinya. Tanyakan kanak-kanak jika mereka tahu siapa nabi kita sekarang. Tunjukkan gambar nabi, dan bantu kanak-kanak mengulangi namanya.

  • Bawa ke kelas gambar atau objek yang mewakili ajaran nabi sekarang, seperti tulisan suci atau gambar bait suci. Minta kanak-kanak untuk bergilir memilih satu item dan ceritakan apa yang mereka tahu tentangnya. Jelaskan kepada mereka lambang setiap item. Galakkan mereka untuk melukis gambar diri mereka mematuhi ajaran nabi. Kongsi kesaksian anda tentang berkat mengikuti nabi.

Kejadian 9:15–16

Tuhan akan mentaati janji-Nya kepada kita.

Ia penting bagi kanak-kanak untuk mengetahui bahawa Tuhan menepati janji-janji-Nya, terutama ketika mereka bersiap untuk membuat perjanjian dengan-Nya ketika mereka dibaptiskan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis pelangi. Baca kepada mereka Kejadian 9:15–16, dan minta mereka untuk mendengar perkataan mengingat. Jemput mereka untuk mengangkat pelangi mereka ketika mereka dengar perkataan tersebut. Jelaskan bahawa pelangi merupakan peringatan akan janji Tuhan kepada kita.

  • Bercakap kepada kanak-kanak mengenai beberapa janji Tuhan—misalnya, kita dapat kembali kepada Bapa Syurgawi jika kita mengikuti Yesus Kristus atau Tuhan akan menghantar Roh Kudus untuk menghibur kita. Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan sentiasa mematuhi janji-janji-Nya.

  • Gunakan gambar untuk memberitahu kanak-kanak mengenai perjanjian yang kita buat dengan Tuhan, seperti gambar kanak-kanak yang dibaptiskan, sakramen, dan bait suci (lihat Buku Seni Injil, no. 104, 108120).

Kejadian 11:1–9

Satu-satunya cara untuk mencapai syurga adalah dengan mengikuti Yesus Kristus.

Orang Babel menyangka mereka dapat mencapai syurga dengan membina menara dan bukannya dengan menjalankan injil Yesus Kristus. Bagaimana anda dapat menolong kanak-kanak memahami bahawa mengikuti Juruselamat adalah satu-satunya jalan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan cerita Menara Babel dalam kata-kata anda sendiri. Galakkan kanak-kanak untuk membantu anda dengan berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita tersebut.

    Imej
    ilustrasi menara Babel.

    ilustrasi Menara Babel, oleh David Green

  • Minta kanak-kanak untuk membina menara dari blok atau objek lain. Kemudian tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Juruselamat, dan tanya mereka yang manakah cara untuk kembali kepada Bapa Syurgawi—membina menara atau dengan mengikuti Yesus Kristus? Jemput kanak-kanak untuk menceritakan tentang hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk mengikuti Juruselamat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kejadian 6:14–22; 7–8; Musa 8:16–30

Mengikuti nabi akan memberkati saya dan keluarga saya.

Kanak-kanak membesar di dunia yang jahat, serupa dengan dunia zaman Nuh. Pengalaman Nuh boleh memberi mereka keyakinan bahawa mereka boleh menemui keselamatan rohani semasa mereka mengikuti nabi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk memilih ayat dari Kejadian 6:14–22; 7–8 yang mereka boleh lukiskan. Gunakan lukisan mereka untuk mengajar mereka tentang cerita Nuh. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari cerita tersebut.

  • Tunjukkan gambar Nuh (lihat Buku Seni Injil, no. 7–8) dan gambar nabi kini. Bantu kanak-kanak mencari Musa 8:16, 19–20, 23–24 untuk mencari ajaran Nuh yang masih pemimpin Gereja kita ajarkan sekarang. Bagaimanakah kita diberkati ketika kita mematuhi ajaran-ajaran ini?

  • Kongsi sesuatu yang nabi kini ajarkan baru-baru ini. Minta kanak-kanak menulis sesuatu yang nabi ajarkan di atas sehelai kertas, dan bantu mereka menyusun helaian itu menjadi bentuk bahtera. Bagaimana ajaran-ajaran ini seperti bahtera yang Nuh telah bina?

Kejadian 9:15–17

Kita perlu mengingati perjanjian kita.

Ketika kita dibaptiskan, kita membuat perjanjian dengan Tuhan untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Dalam Kejadian 9:15–17, pelangi dikenal pasti sebagai peringatan akan perjanjian Tuhan. Ayat-ayat ini boleh mengilhami kanak-kanak untuk mencari cara untuk mengingati perjanjian mereka dengan Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak sesuatu yang mengingatkan anda tentang sesuatu yang penting dalam hidup anda, seperti cincin perkahwinan, gambar, atau jurnal. Minta kanak-kanak untuk berkongsi contoh mereka sendiri. Baca bersama Kejadian 9:15–17 (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 9:21–25 [dalam Panduan Tulisan Suci]). Apakah yang Bapa Syurgawi ingin kita fikirkan ketika kita melihat pelangi?

  • Ingatkan kanak-kanak tentang perjanjian yang mereka buat semasa mereka dibaptiskan dan yang mereka perbaharui setiap kali mereka mengambil sakramen (lihat Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Minta kanak-kanak untuk melukis atau mencipta sesuatu yang mengingatkan mereka tentang perjanjian mereka.

Kejadian 11:1–9

Satu-satunya cara untuk mencapai syurga adalah dengan mengikuti Yesus Kristus.

Walaupun orang-orang hari ini mungkin tidak berusaha membina menara untuk sampai ke syurga, banyak yang berusaha mencari kedamaian dan kebahagiaan dengan mengikuti jalan lain selain dari jalan yang telah Yesus Kristus tetapkan. Bagaimanakah anda boleh menggunakan cerita Menara Babel untuk mengajar tentang asas ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang cerita Menara Babel (lihat Kejadian 11:1–9). Menurut Helaman 6:28, mengapa orang-orang di Babel membina menara tersebut? Mengapakah membina menara ini adalah cara salah untuk mencapai syurga? Apakah nasihat yang kita akan berikan kepada orang-orang di Babel?

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari 2 Nefi 31:20–21 dan Helaman 3:28 untuk mencari jalan benar untuk mencapai syurga. Kongsi kesaksian anda tentang Juruselamat Yesus Kristus.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk fikirkan cara mereka akan mengajar keluarga mereka tentang cerita yang mereka pelajari di Sekolah Primer. Contohnya, mereka boleh guna lukisan yang mereka lukis atau aktiviti halaman minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memahami kanak-kanak yang anda ajar. Semasa anda mengajar kanak-kanak, beri perhatian kepada soalan mereka, komen mereka, dan cerita atau asas yang bermakna bagi mereka. Mengetahui hal-hal ini akan membantu anda tumpukan pada keperluan mereka.

Cetak