Perjanjian Lama 2022
14–20 Februari. Kejadian 18–23 “Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”


“14–20 Februari. Kejadian 18–23: ‘Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“14–20 Februari. Kejadian 18–23,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Sara mendukung bayi Ishak

Sarah and Isaac, (Sara dan Ishak) oleh Scott Snow

14-20 Februari

Kejadian 18–23

“Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”

Semasa anda berusaha memenuhi keperluan kanak-kanak yang anda ajar, pertimbangkan idea untuk kanak-kanak yang lebih besar dan lebih kecil dalam panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi hal yang mereka sudah ketahui tentang Kejadian 18–23, tunjukkan gambar satu atau lebih peristiwa dari bab-bab ini, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apa sahaja yang mereka ingat mengenai cerita itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kejadian 18:9–14; 21:1–7

Saya boleh mempercayai Tuhan dalam memenuhi janji-janji-Nya.

Walaupun Tuhan telah berjanji bahawa Sara dan Abraham akan memiliki seorang anak, semasa mereka semakin tua, janji itu kelihatan seperti mustahil untuk dipenuhi. Bagaimana anda dapat menggunakan cerita ini untuk membantu kanak-kanak beriman bahawa Tuhan akan selalu memenuhi janji-janji-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan janji Tuhan kepada Abraham dan Sara bahawa mereka akan mempunyai anak dan tentang Tuhan memenuhi janjinya (lihat Kejadian 17:15–19; 18:9–14; 21:1–7). Atau jemput pasangan dalam bahagian untuk berlakon sebagai Abraham dan Sara dan ceritakan cerita mereka. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Abraham dan Sara sudah terlalu tua untuk mempunyai anak. Tanyakan mereka soalan dari Kejadian 18:14, “Adakah sesuatu yang terlalu sukar bagi Tuhan?” Bersaksi bahawa Tuhan boleh memenuhi janji-janji-Nya, walaupun jika ia kelihatan mustahil.

  • Berjanji kepada kanak-kanak sesuatu yang anda akan tunaikan di akhir kelas (contohnya, anda akan mengizinkan mereka mewarna). Sepanjang kelas, ingatkan mereka tentang janji anda dan kemudian penuhinya. Jelaskan bahawa Tuhan selalu memenuhi janji-janji-Nya.

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi masa ketika mereka harus menunggu sesuatu yang benar-benar mereka mahukan. Bersama dengan kanak-kanak, nyanyikan satu lagu yang bersaksi tentang janji Tuhan, seperti “Patuhi P’rintah” (Nyanyian Rohani, 149). Bantu kanak-kanak untuk mengenal pasti hal-hal yang Tuhan janjikan kita sekiranya kita setia.

  • Tunjukkan gambar pembaptisan atau sakramen (lihat Buku Seni Injil, no. 103, 104, 107108). Bantu kanak-kanak untuk mempelajari tentang janji-janji yang kita buat dengan Tuhan, dan apakah janji Tuhan kepada kita, ketika kita dibaptiskan dan mengambil sakramen.

Kejadian 22:1–14

Abraham mematuhi Tuhan.

Ia sangat sukar bagi Abraham untuk mengikuti perintah untuk mengorbankan anak lelakinya. Renungkan bagaimana anda dapat menggunakan cerita ini dengan sesuai untuk menggalakkan kanak-kanak mematuhi Tuhan walaupun sukar atau ketika mereka tidak mengetahui sepenuhnya sebab-sebab untuk perintah-perintah-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Abraham dan Ishak (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan gunakannya untuk ceritakan tentang Abraham dan Ishak. Tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan kongsi dengan kanak-kanak bagaimana cerita Abraham dan Ishak dapat mengingatkan kita akan pengorbanan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk kita.

  • Main permainan mudah yang memerlukan kanak-kanak mengikuti arahan. Contohnya, petunjuk arah boleh membawa ke arah gambar Juruselamat yang tersembunyi di dalam kelas. Apakah beberapa hal yang Bapa Syurgawi minta kita untuk lakukan? Bantu kanak-kanak memahami bahawa mematuhi perintah-perintah Bapa Syurgawi akan membantu kita kembali hidup bersama Dia dan Yesus Kristus lagi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kejadian 18:9–14; 21:1–7

Tuhan memenuhi janji-janji-Nya, bahkan ketika ia kelihatan mustahil.

Abraham dan Sara diberitahu bahawa mereka akan mempunyai seorang anak lelaki, tetapi ia sepertinya mustahil—Abraham berumur 100 tahun, dan Sara berusia 90 tahun (lihat Kejadian 17:17). Tuhan memenuhi janji-Nya, dan cerita ini dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar menguatkan iman mereka terhadap janji-janji Tuhan kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan setiap perkataan dari ayat pertama dalam Kejadian 18:14 di kertas yang berasingan, dan berikan satu kepada setiap kanak-kanak. Kemudian minta kelas untuk meletakkan perkataan dalam urutan yang betul. Baca Kejadian 18:9–14; 21:1–7 bersama kanak-kanak untuk mencari satu contoh dari kehidupan Sara dan Abraham ketika Tuhan melakukan sesuatu yang mustahil. Apakah yang kita dapat pelajari dari pengalaman Sara dan Abraham yang dapat mendorong kita untuk mempercayai janji-janji Tuhan?

  • Tunjukkan gambar cerita tulisan suci di mana Tuhan melakukan sesuatu yang nampaknya tidak mungkin atau sukar (contohnya, lihat Buku Seni Injil, no. 7, 8, 25, 26). Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang peristiwa yang digambarkan dalam gambar-gambar ini, dan bantu mereka melihat bagaimana Tuhan memenuhi janji-janji-Nya dalam setiap kejadian. Kongsi bagaimana Tuhan memenuhi janji-janji-Nya dalam hidup anda atau dalam kehidupan orang-orang yang anda kenal (untuk beberapa contoh janji-janji Tuhan, lihat Maleakhi 3:10; Yohanes 14:26–27; Ajaran dan Perjanjian 89:18–21). Minta kanak-kanak berkongsi contoh serupa yang mereka tahu.

Kejadian 19:15–26

Saya boleh larikan diri dari kejahatan.

Cerita Lot dan keluarganya yang melarikan diri dari kota yang jahat dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar untuk menjauhi pengaruh jahat dalam hidup mereka.

Ilustrasi Lot dan keluarganya melarikan diri dari Sodom dan Gomora

Fleeing Sodom and Gomorrah, (Larikan Diri dari Sodom dan Gomora) oleh Julius Schnorr von Carolsfeld

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan Kejadian 19:15–26 dengan menjelaskan bahawa keluarga Lot tinggal di kota yang sangat jahat, dan malaikat memberi amaran kepada mereka untuk tinggalkan situ. Baca bersama ayat 15–17, 26, dan bantu kanak-kanak memikirkan apakah maknanya bagi mereka hari ini untuk “selamatkan diri” dari kejahatan dan “jangan menoleh” (ayat 17).

  • Paparkan gambar Juruselamat, dan minta kanak-kanak untuk melangkah ke arahnya ketika mereka berkongsi satu hal yang dapat mereka lakukan untuk melarikan diri dari kejahatan dan mendekati Kristus.

  • Bincangkan situasi di mana kawan mungkin mengajak kanak-kanak melakukan sesuatu yang mereka tahu tidak benar. Bagaimanakah kita “melarikan diri” dari situasi-situasi ini? Apakah yang kita akan katakan kepada kawan kita?

Kejadian 22:1–14

Bapa Syurgawi mengutus Putera-Nya, yang mengorbankan Diri-Nya bagi kita.

Semasa anda mengajar tentang kesediaan Abraham untuk mengorbankan Ishak, sila peka terhadap perasaan kanak-kanak. Gunakan cerita ini untuk membantu kanak-kanak menguatkan kasih dan penghargaan mereka terhadap pengorbanan Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk membantu kanak-kanak pelajari cerita dalam Kejadian 22:1–14, baca ayat-ayat itu kepada mereka, dan jemput mereka melukis gambar-gambar tentang apa yang anda baca. Mengapakah perintah Tuhan untuk mengorbankan Ishak sukar untuk dipatuhi oleh Abraham? Apakah yang kita pelajari mengenai Abraham dari cerita ini?

  • Gunakan gambar Abraham dan Ishak serta gambar Penyaliban (lihat Buku Seni Injil, no. 957) untuk dibandingkan cerita dalam Kejadian 22 dengan pengorbanan Juruselamat (lihat Matius 27:26–37). Apakah yang kita dapat pelajari tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dari cerita Abraham dan Ishak dan tentang Penyaliban?

  • Nyanyi bersama lagu mengenai pengorbanan Juruselamat, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20). Jemput kanak-kanak untuk bincangkan bagaimana pengorbanan Yesus menunjukkan kasih Bapa Syurgawi kepada kita.

learning icon

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka masa ketika Tuhan memberkati mereka sewaktu mereka mematuhi salah satu perintah-Nya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan ketakziman. Sekiranya diperlukan semasa kelas, anda boleh ingatkan kanak-kanak untuk bersikap takzim. Anda boleh melakukan ini dengan menyanyikan atau mendendangkan lagu dengan senyap atau memaparkan gambar Yesus.