Perjanjian Lama 2022
21–27 Februari. Kejadian 24-27: Perjanjian Telah Diperbaharui


“21–27 Februari. Kejadian 24–27: Perjanjian Telah Diperbaharui,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“21–27 Februari. Kejadian 24–27,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Ribka

Ilustrasi Ribka, oleh Dilleen Marsh

21–27 Februari

Kejadian 24–27

Perjanjian Telah Diperbaharui

Semasa anda membaca Kejadian 24–27 dan bersedia untuk mengajar, fikirkan tentang kanak-kanak dalam kelas anda. Apakah yang mereka perlu belajar? Apakah aktiviti yang akan bermakna bagi mereka? Berdasarkan kepada keperluan mereka, anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini atau dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Di bawah kerusi setiap kanak-kanak, letak soalan tentang peristiwa atau asas dalam Kejadian 24–27. Minta mereka untuk menjawab soalan tersebut jika mereka dapat, atau jemput mereka untuk dengarkan jawapan semasa dalam pengajaran.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kejadian 24:10–21

Saya boleh berbuat baik terhadap orang lain.

Orang suruhan Abraham terpegun dengan kebaikan yang Ribka tunjukkan dengan menawarkan air baginya dan juga kepada 10 ekor untanya. Teladan Ribka boleh menjadi peringatan kepada kanak-kanak untuk sentiasa berbuat baik terhadap orang lain.

perigi kuno

Perigi di Beer-Seba kuno, di mana Abraham dan Ishak menggali perigi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Ribka dalam halaman aktiviti minggu ini. Tunjukkan perincian dalam gambar ketika anda meringkas cerita dalam Kejadian 24:10–21, yang mana Ribka menunjukkan kebaikan terhadap orang suruhan Abraham. Tegaskan bahawa kata-kata dan tindakan baik Ribka itu adalah tanda bahawa Ribka adalah orang yang Tuhan ingin kahwinkan kepada putera Abraham, Ishak. Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi orang suruhan yang datang dengan untanya atau menjadi Ribka yang mendapatkan air untuk mereka. Berikan mereka ayat untuk diungkapkan dari tulisan suci, seperti “Berilah saya minum dari buyungmu” (ayat 17) dan “Saya akan menimba air untuk unta-unta tuan juga” (ayat 19). Mengapakah ia penting untuk kita berbuat baik terhadap orang lain?

  • Cerita tentang bagaimana Juruselamat berbuat baik terhadap seseorang. Jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri dalam berbuat baik.

  • Cadangkan beberapa senario di mana kanak-kanak boleh menunjukkan kebaikan, seperti bermain dengan kawan-kawan atau bertemu seseorang baharu di sekolah. Tanyakan kanak-kanak apakah yang mereka boleh lakukan untuk berbuat baik dalam senario ini.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang kebaikan, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” atau “Bila Ku Baik Hati” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 83, 147). Jemput kanak-kanak untuk mendengarkan perkataan “kebaikan” (atau perkataan yang serupa) dan berdiri ketika mereka mendengarnya. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kebaikan terhadap orang lain? Halaman aktiviti minggu ini boleh membantu perbincangan ini.

Kejadian 25:29–34

Saya boleh memilih hal-hal yang paling penting.

Oleh kerana Esau adalah anak sulung dalam keluarganya, dia seharusnya mendapat tanggungjawab dan hak istimewa, yang disebut hak anak sulung. Suatu hari ketika Esau lapar, dia menukarkan hak anak sulungnya kepada adiknya, Yakub, untuk mendapatkan makanan. Cerita ini mengajar kanak-kanak bahawa kita harus memilih hal-hal yang berkekalan daripada kepuasan sementara.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa ke kelas beberapa objek yang berkaitan dengan cerita Esau menjual hak anak sulungnya, seperti mangkuk dan gambar seseorang mendapat berkat imamat. Jemput kanak-kanak untuk menggunakan objek tersebut semasa mereka menceritakan apa yang mereka tahu tentang cerita.  Baca bersama Kejadian 25:34, dan jelaskan bahawa sesiapa yang memiliki hak anak sulung akan mendapat keistimewaan dan tanggungjawab untuk menjaga seluruh keluarga.

  • Tunjukkan kanak-kanak dua gambar: satu adalah hal-hal rohani (seperti bait suci) dan yang lain adalah hal-hal yang membawa kegembiraan duniawi (seperti alat permainan atau makanan ringan). Minta mereka untuk memilih hal-hal yang akan membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Ulang lagi dengan gambar yang lain.

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang membuat pilihan yang benar, seperti “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 82) bersama kanak-kanak. Bersaksi bahawa kita akan diberkati dan gembira ketika kita memilih yang benar.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kejadian 24:1–28

Saya akan diberkati semasa saya bertindak dalam iman dan berbuat baik terhadap orang lain.

Orang suruhan Abraham menunjukkan iman dengan mempercayai bimbingan Tuhan untuk mencarikan isteri untuk Ishak. Ribka berbuat baik dalam cara dia melayani orang suruhan Abraham. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak yang anda ajar mengikuti teladan orang suruhan Abraham dan Ribka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Kejadian 24:1–28 bersama, dan bantu kanak-kanak mengenal pasti contoh-contoh iman dan kebaikan, (lihat, contohnya, ayat 12–14 dan 17–20). Bagaimanakah orang suruhan Abraham dan Ribka diberkati dengan menunjukkan iman dan kebaikan? Tuliskan pada papan tulis Kita boleh menunjukkan iman dengan … dan Kita boleh menunjukkan kebaikan dengan … , dan jemput kanak-kanak untuk mencadangkan cara untuk melengkapkan ayat-ayat ini.

  • Pada sehelai kertas, tulis hal-hal yang dikatakan atau dilakukan oleh orang suruhan Abraham dan hal yang dikatakan atau dilakukan oleh Ribka dalam Kejadian 24:1–28. Jemput setiap kanak-kanak memilih sehelai kertas dan bersama-sama meneka siapa yang mengatakan atau melakukan hal-hal ini (mereka boleh merujuk tulisan suci jika mereka memerlukan bantuan). Apakah yang cerita ini ajarkan kita tentang kebaikan? Apakah yang ia ajarkan kita tentang iman? Contoh lain tentang kebaikan dan iman terdapat dalam Kejadian 24:29–33, 58–61.

  • Jemput kanak-kanak untuk fikirkan tentang tindakan kebaikan yang mereka pernah lihat. Jemput mereka untuk mencatatnya dan berkongsi dengan kelas atau keluarga mereka di rumah. Apakah perasaan kita ketika seseorang berbuat baik kepada kita?

Kejadian 25:21–34

Saya akan menghargai hal-hal kekal berbanding hal-hal duniawi.

Esau memilih untuk menukar sesuatu yang bernilai, hak anak sulungnya, dengan sesuatu yang kurang bernilai, iaitu roti dan semangkuk sup. Semasa anda baca ayat-ayat ini, renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak mengutamakan hal-hal abadi yang penting.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama kisah Yakub dan Esau di dalam Kejadian 25:21–34. Semasa anda membaca, jemput kanak-kanak untuk melukis sesuatu dari cerita tersebut. Kemudian jemput mereka untuk gunakan lukisan mereka untuk menceritakan cerita itu dalam kata-kata mereka sendiri. Jika mereka perlukan bantuan untuk memahami maksud hak anak sulung, galakkan mereka untuk membaca “Hak Anak Sulung” dalam Panduan Tulisan Suci (ChurchofJesusChrist.org). Jemput kanak-kanak untuk membayangkan Esau meminta nasihat kita tentang adakah dia harus menukar hak anak sulungnya untuk kacang merah itu; apa yang kita akan katakan kepadanya?

  • Ceritakan pengalaman ketika anda perlu korbankan sesuatu yang baik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bernilai. Bagaimana cerita anda atau cerita dalam video ini berkaitan dengan pilihan yang dibuat oleh Esau dalam Kejadian 25:29–34? Bantu kanak-kanak memikirkan berkat-berkat yang Bapa Syurgawi ingin berikan kepada mereka (seperti kesaksian yang lebih kuat, berkat bait suci, atau kehidupan abadi bersama-Nya). Galakkan mereka untuk berfikir tentang hal-hal yang mereka bersedia untuk korbankan demi menerima berkat-berkat berharga ini.

learning icon

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan satu matlamat yang mereka boleh tetapkan untuk diri mereka tentang asas yang dipelajari di Sekolah Primer hari ini. Contohnya, mereka boleh tetapkan matlamat untuk berbuat baik kepada orang lain di rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka berkongsi apa yang mereka pelajari. Walaupun mereka masih muda, kanak-kanak boleh menguatkan ahli keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan ahli keluarga sesuatu yang mereka pelajari di dalam Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 30.)