Perjanjian Lama 2022
28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33: “Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini”


“28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33: ‘Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini,’” Ikutlah Aku—Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Bait Suci Tijuana Mexico

28 Februari–6 Mac

Kejadian 28–33

“Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini”

Semasa anda membaca Kejadian 28–33, renungkan bagaimana cerita dan asas dalam bab ini dapat memberkati kanak-kanak yang anda ajar.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk mengedarkan bola kepada sesama. Ketika kanak-kanak menangkap bola tersebut, minta mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari dari Perjanjian Lama, sama ada di rumah atau di Sekolah Primer.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kejadian 28:10–22

Perjanjian membantu saya kembali kepada Bapa Syurgawi.

Dalam sebuah mimpi, Yakub melihat tangga menuju ke syurga. Anak tangga boleh mewakili perjanjian yang kita buat dengan Tuhan, kerana perjanjian-perjanjian ini membantu menyediakan kita untuk kembali ke hadirat-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Kejadian 28:12–13 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa anak tangga dapat mewakili perjanjian yang membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi. Jemput kanak-kanak untuk berlakon menaiki anak tangga ketika anda berbicara tentang masa-masa ketika kita berjanji untuk mematuhi Tuhan, seperti ketika kita dibaptiskan, mengambil sakramen, atau pergi ke bait suci. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat mempersiapkan diri untuk membuat perjanjian ketika mereka dibaptiskan.

  • Baca Kejadian 28:15 kepada kanak-kanak, tekankan perkataan “Aku akan melindungi engkau” dan “Aku tidak akan meninggalkan engkau.” Jelaskan bahawa Tuhan telah berjanji untuk sentiasa bersama kita semasa kita cuba memilih yang benar. Bantu kanak-kanak untuk memikirkan hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Kejadian 29:16–28

Saya harus sentiasa mentaati janji saya.

Yakub bersetuju untuk bekerja dengan Laban selama tujuh tahun agar dia dapat menikahi anak perempuan Laban, Rahel. Yakub mematuhi perjanjian ini, tetapi Laban tidak. Pertimbangkan untuk menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak tentang kepentingan mematuhi janji kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Kejadian 29:18, 20 kepada kanak-kanak, dan jelaskan bahawa Yakub mematuhi janjinya untuk bekerja selama tujuh tahun dengan Laban agar dia dapat menikahi Rahel, meskipun ini adalah tempoh yang panjang. Bantu kanak-kanak untuk memikirkan janji-janji yang mereka buat kepada orang lain. Mengapakah ia penting untuk mentaati janji-janji kita? Bantu mereka memahami bahawa perjanjian adalah janji kudus di antara Tuhan dan kita. Kongsi kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sentiasa mematuhi janji-janji Mereka.

  • Nyanyi bersama dan bincangkan lagu tentang kejujuran, seperti “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 81).

Kejadian 33:1–4

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh membantu saya mengasihi keluarga saya.

Kebanyakan kanak-kanak tahu bagaimana rasanya untuk menjadi marah dengan saudara. Cerita tentang Yakub dan Esau mengatasi kemarahan mereka terhadap satu sama lain mungkin boleh mengilhami kanak-kanak.

Yakub dan Esau berpelukan

Ilustrasi Yakub dan Esau berpelukan, oleh Robert T. Barrett

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk ingat kembali alasan mengapa Esau marah kepada Yakub (lihat Kejadian 27:41). Minta kanak-kanak untuk tunjukkan anda muka sedang marah. Jelaskan bahawa setelah bertahun, Yakub takut untuk mengunjungi Esau. Minta kanak-kanak untuk menunjukkan anda muka sedang takut. Apakah yang kita harus lakukan ketika kita berasa takut? Jemput kanak-kanak untuk berlakon sedang berdoa semasa anda membaca kata-kata Yakub dalam doanya (lihat Kejadian 32:11). Kemudian baca dalam Kejadian 33:4 apakah yang berlaku ketika Esau melihat Yakub. Minta kanak-kanak menunjukkan kepada anda bagaimana wajah Yakub dan Esau ketika mereka melihat satu sama lain.

  • Tunjukkan gambar Yakub dan Esau yang terdapat dalam panduan ini. Minta kanak-kanak menggambarkan apa yang mereka lihat dalam gambar. Katakan kepada mereka bahawa terdapat perasaan buruk antara kedua saudara ini, tetapi mereka memilih untuk saling memaafkan. Bantu kanak-kanak memikirkan bagaimana mereka dapat menunjukkan lebih banyak kasih kepada seseorang dalam keluarga mereka, sama seperti Yakub dan Esau saling mengasihi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kejadian 28:10–22

Perjanjian membantu saya kembali kepada Bapa Syurgawi.

Anda boleh menggunakan mimpi Yakub tentang tangga menuju ke syurga untuk mengajar kanak-kanak bahawa mematuhi perjanjian kita mempersiapkan kita untuk memasuki hadirat Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Kejadian 28:10–15 dan kemudian lukis gambar tentang mimpi Yakub. Minta mereka untuk berkongsi lukisan mereka. Jelaskan bahawa tangga itu mewakili jalan bagi Yakub untuk kembali kepada Tuhan. Apakah yang Tuhan telah berikan untuk membantu kita kembali kepada-Nya? (lihat halaman aktiviti minggu ini). Ingatkan kanak-kanak tentang perjanjian pembaptisan mereka. Bagaimanakah menjalani perjanjian ini mendekatkan kita kepada Tuhan?

  • Tunjukkan gambar sebuah bait suci, dan tulis di papan tulis frasa penting dari Kejadian 28:15–17, seperti: “Aku akan melindungi engkau,” “Tuhan ada di sini, di tempat ini,” “Rumah Tuhan,” atau “Pintu gerbang syurga.” Jemput kanak-kanak untuk mencari frasa-frasa ini. Ceritakan kepada kanak-kanak bagaimana bait suci dan perjanjian bait suci membantu anda merasa dekat kepada Tuhan.

Kejadian 29:16–30

Saya percaya kita harus jujur.

Yakub mematuhi janjinya untuk melayani Laban untuk tujuh tahun, tetapi Laban memperdayakan dia. Bagaimanakah anda menggunakan cerita ini untuk membantu kanak-kanak memahami tentang kepentingan untuk menjadi jujur bahkan ketika orang lain tidak berbuat sedemikian?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Kejadian 29:16–30, dan bantu kanak-kanak meringkaskan peristiwa-peristiwa dalam ayat-ayat ini. Bagaimanakah Yakub bertindak balas selepas diperdayakan? Apakah yang kita boleh pelajari dari laporan ini?

  • Tuliskan pada papan tulis Apakah yang terjadi ketika kita tidak jujur? dan Apakah yang terjadi ketika kita bersikap jujur? Jemput kanak-kanak untuk mencari jawapan dengan membaca “Kejujuran dan Integriti” (dalam Untuk Kekuatan Remaja [2011], 19).

Kejadian 32:6–11; 33:1–4

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu saya mengasihi keluarga saya.

Esau marah pada Yakub, dan Yakub takut untuk bertemu dengan Esau semula, walaupun setelah 20 tahun berpisah. Tetapi Yakub berdoa untuk meminta bantuan, dan Esau dapat mengatasi kemarahannya. Bagaimanakah anda boleh menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak tentang kepentingan mengasihi keluarga kita?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka ingat tentang hubungan di antara Yakub dan Esau (lihat Kejadian 27:41). Jelaskan selepas berjauhan kira-kira 20 tahun, Yakub bertemu Esau kembali. Baca bersama Kejadian 32:6–11. Apakah perasaan Yakub? Apakah yang dia lakukan untuk menerima bantuan? Bersaksi bahawa kita boleh meminta bantuan Bapa Syurgawi ketika hubungan kekeluargaan kita sulit. Baca bersama Kejadian 33:1–4 untuk menerokai bagaimana Tuhan menjawab doa Yakub.

  • Kongsi pengalaman peribadi atau cerita dari majalah Gereja tentang bagaimana menunjukkan kasih yang lebih besar dalam keluarga kita. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka juga. Apakah yang kita boleh lakukan ketika ahli keluarga marah terhadap kita? Untuk mempelajari tentang apa yang Juruselamat minta kita untuk lakukan, lihat Matius 5:43–45.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak berkongsi halaman aktiviti minggu ini dengan keluarga mereka untuk membantu mereka belajar dan mengingati mimpi Yakub.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan gambar untuk membantu kanak-kanak memahami cerita tulisan suci. Kanak-kanak sering belajar dengan lebih baik apabila mereka dapat melihat gambar tentang cerita atau ajaran tulisan suci. Anda boleh tunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga