“21–27 Mac. Keluaran 1–6: ‘Aku Mengingat Perjanjian-Ku,’” Ikutlah Aku—Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“21–27 Mac. Keluaran 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
21–27 Mac
Keluaran 1–6
“Aku Mengingat Perjanjian-Ku”
Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan membaca Keluaran 1–6. Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami bab-bab ini, dan panduan ini boleh memberi anda idea pengajaran.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tunjukkan beberapa objek yang berkaitan dengan laporan dalam bab ini misalnya, bakul besar atau boneka bayi. Jemput kanak-kanak menggunakan benda-benda ini untuk berkongsi bahagian kegemaran mereka dalam cerita Musa.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Tuhan dapat bekerja melalui saya untuk memenuhi tujuan-Nya.
Musa mempunyai peranan besar dalam membebaskan Israel dari perhambaan. Tetapi dia tidak akan dapat melakukannya jika ibunya, adiknya, anak perempuan Firaun, dan wanita-wanita lain yang setia tidak melindungi dan menjaganya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk memberitahu kanak-kanak bagaimana Yokhebed (ibu Musa), Miryam (kakaknya), dan anak perempuan Firaun menjaga Musa. Tekankan bahawa kerana para wanita ini dan para wanita lain yang setia, Musa dijaga dengan selamat dan suatu hari nanti akan membawa keselamatan kepada anak-anak Israel. Jemput kanak-kanak melukis gambar orang yang menjaga mereka.
-
Bantu kanak-kanak memikirkan hal-hal mudah yang mereka boleh lakukan untuk membantu orang lain di rumah, gereja dan di sekolah.
Yesus akan membantu saya melakukan hal-hal yang baik.
Musa bimbang tentang adakah dia dapat menyelamatkan bangsa Israel dari Mesir. Tetapi Tuhan berjanji bahawa Dia akan membantu Musa. Bantu kanak-kanak memperoleh iman bahawa Juruselamat juga akan membantu mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana Tuhan memberikan Musa tugas penting untuk lakukan. Baca ayat terpilih dari Keluaran 3. Kongsi tentang perasaan Musa (lihat Keluaran 3:6, 11) dan apa yang Tuhan firman kepadanya (lihat ayat 12 dan 14). Jemput kanak-kanak untuk mengulangi bersama anda frasa “Aku akan menyertai engkau,” dan kongsi masa ketika Tuhan ada bersama anda ketika anda lakukan hal penting untuk-Nya.
-
Bantu kanak-kanak memikirkan situasi ketika mereka mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang sukar. Jelaskan bahawa sama seperti Yesus membantu Musa, Yesus juga akan membantu mereka. Nyanyikan satu lagu tentang cara Yesus membantu kita seperti seperti “Aku Jalan Dengan Yesus” (ChurchofJesusChrist.org). Bersaksi bahawa Juruselamat akan membantu kita ketika kita risau atau takut.
-
Gunting hati kertas dan tulis cara-cara Tuhan membantu kanak-kanak. Letakkan hati menghadap bawah di atas lantai. Jemput kanak-kanak secara bergilir-gilir memilih hati, dan bantu mereka membaca apa yang tertulis padanya.
Saya boleh menjadi takzim di tempat-tempat kudus.
Gunakan cerita Musa dan semak yang membakar untuk membantu kanak-kanak memahami mengapa kita memperlakukan hal-hal kudus dengan ketakziman.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Keluaran 3:1–5, dan jelaskan bahawa Musa menunjukkan ketakziman dengan menanggalkan kasutnya. Apakah yang kita lakukan untuk menunjukkan ketakziman dalam Gereja? Nyanyikan lagu tentang ketakziman, seperti “Khidmat Adalah Kasih” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 12). Bantu anak-anak mengenal pasti perkataan dalam lagu yang mengajar kita bagaimana kita menunjukkan ketakziman. Mengapa Tuhan mahu kita menjadi takzim?
-
Tunjukkan beberapa gambar situasi di mana kita harus takzim dan beberapa gambar di mana kita tidak perlu takzim, seperti pertemuan sakramen, berdoa, taman, dan majlis hari jadi. Minta kanak-kanak menyusun gambar untuk menunjukkan tempat-tempat kita harus takzim.
-
Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar diri mereka, dan tunjuk lukisan mereka semasa anda membincangkan cara mereka boleh menunjukkan ketakziman dengan bahagian tubuh mereka yang berlainan, seperti dengan mata, telinga, mulut, tangan, dan kaki mereka.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Tuhan bekerja melalui kita untuk memenuhi tujuan-Nya.
Banyak orang membantu memenuhi tujuan Tuhan dengan memelihara nyawa Musa yang muda. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami peranan penting yang kita semua mainkan dalam memenuhi tujuan Tuhan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Musa ketika Musa masih bayi. Gunakan halaman aktiviti minggu ini dan Keluaran 1:22; 2:1–10 untuk meringkaskan cerita tentang zaman kanak-kanak Musa. Baca rujukan tulisan suci di halaman aktiviti, dan tanyakan kepada kanak-kanak apakah yang setiap wanita ini lakukan untuk melindungi nyawa Musa.
-
Ceritakan kepada kanak-kanak tentang orang yang anda kagumi kerana kesetiaan mereka dalam melayani Tuhan dan orang-orang di sekitar mereka, walaupun mereka melayani dengan cara yang kecil. Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang orang yang mereka kenal yang telah setia melayani Tuhan dan orang lain. Apakah bahagian kita dalam pekerjaan Tuhan?
Tuhan akan membantu saya melaksanakan kehendak-Nya.
Musa merasa tidak layak untuk panggilannya, tetapi Tuhan berjanji bahawa Dia akan bersama Musa dan membantunya. Bagaimanakah laporan ini dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Gunakan laporan dalam Keluaran 3; 4:1–17, minta kanak-kanak bergilir-gilir berlakon menjadi Musa. Jika mungkin, bawakan bahan lakonan untuk mereka gunakan, seperti lampu suluh dan tumbuh-tumbuhan untuk menggambarkan semak yang membakar.
-
Minta kanak-kanak untuk membaca Keluaran 3:11; 4:1, 10 dan mencari tahu bagaimana perasaan Musa ketika meminta Firaun untuk melepaskan bangsa Israel. Bilakah mereka mempunyai pernah perasaan yang serupa? Apakah nasihat yang kanak-kanak akan berikan kepada Musa untuk membantunya? Bantu mereka untuk mencari tahu bagaimana Tuhan menggalakkan Musa (lihat Keluaran 3:12; 4:2–9, 11–12).
-
Berkongsi pengalaman ketika anda merasa Tuhan membantu anda memenuhi panggilan anda atau melayani-Nya dalam beberapa cara. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa ketika Tuhan telah membantu mereka.
Saya boleh menjadi takzim di tempat-tempat kudus.
Tuhan meminta Musa menanggalkan kasutnya di semak yang membakar sebagai tanda hormat dan ketakziman. Bagaimana anda boleh menggunakan laporan ini untuk mengajar kanak-kanak tentang ketakziman?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Keluaran 3:1–5, dan minta kanak-kanak untuk meringkaskan ayat-ayat ini dalam kata-kata mereka sendiri. Apakah yang kita dapat lakukan untuk menunjukkan rasa hormat di tempat-tempat kudus, seperti di gereja atau di bait suci? Bantu kanak-kanak membuat “beg ketakziman” untuk dibawa pulang yang mengandungi sehelai kertas dengan idea-idea tentang bagaimana untuk menjadi takzim. Jemput mereka untuk berkongsi idea-idea ini dengan keluarga-keluarga mereka.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang ketakziman, seperti “Khidmat Adalah Kasih” (Buku Nyanyian Anak-anak, 12), dan minta setiap kanak-kanak menulis dan berkongsi definisi ketakziman berdasarkan lirik.
-
Gunakan gambar Yesus Membersihkan Bait Suci (Buku Seni Injil, no. 51) untuk menyampai cerita dalam Matius 21:12–13. Bagaimanakah sikap Musa dalam Keluaran 3:1–5 berbeza dengan sikap pengurup wang? Mengapakah Juruselamat ingin kita memperlakukan hal-hal kudus dengan takzim?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk membantu kanak-kanak berkongsi apa yang dipelajari dari Keluaran 1–6, galakkan mereka melukis tentang seseorang yang mereka pelajari di kelas untuk dikongsi kepada keluarga mereka.