Perjanjian Lama 2022
7–13 Mac. Kejadian 37–41: “Tuhan Menolong Yusuf”


“7–13 Mac. Kejadian 37–41: ‘Tuhan Menolong Yusuf,’” Ikutlah Aku—Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“7–13 Mac. Kejadian 37–41,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Yusuf Mesir di dalam penjara

Ilustrasi Yusuf Mesir di dalam penjara, oleh Jeff Ward

7–13 Mac

Kejadian 37–41

“Tuhan Menolong Yusuf”

Apakah kebenaran dari Kejadian 37–41 yang kanak-kanak dalam kelas anda perlu fahami dengan lebih baik? Berikan perhatian kepada bisikan yang datang semasa anda bersedia untuk mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk melukis sesuatu yang mereka telah pelajari tentang injil di rumah atau di gereja. Minta kanak-kanak untuk berkongsi dan membincangkan lukisan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kejadian 37

Saya boleh berbuat baik terhadap keluarga saya.

Saudara-saudara Yusuf iri hati terhadapnya dan memperlakukannya dengan tidak baik. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memahami kepentingan berbuat baik terhadap orang lain, terutama ahli keluarga?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk menceritakan cerita Yusuf dan saudara-saudaranya dari Kejadian 37, anda boleh gunakan gambar dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Minta kanak-kanak membantu dengan berkongsi butiran yang mereka tahu mengenai cerita itu. Tanyakan mereka soalan seperti, “Bagaimana saudara-saudara Yusuf bersikap tidak baik terhadapnya?” Bantu kanak-kanak memikirkan hal yang saudara-saudara boleh lakukan untuk menunjukkan kasih kepada Yusuf. Apakah yang kita harus lakukan apabila kita merasa marah terhadap ahli keluarga kita?

  • Tunjukkan gambar sebuah keluarga (lihat Buku Seni Injil, no. 112), atau jemput kanak-kanak untuk melukis gambar keluarga mereka. Minta mereka untuk berkongsi cara mereka boleh berbuat baik kepada ahli keluarga mereka.

  • Nyanyi bersama lagu tentang mengasihi keluarga kita, seperti “Keluarga Bahagia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 104). Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu keluarga kita menjadi bahagia?

  • Minta kanak-kanak untuk mewarnakan halaman aktiviti minggu ini dan, dalam ruangan yang disediakan, lukiskan gambar tentang ahli keluarga berbuat baik.

Kejadian 37:18–28; 39:20–23

Tuhan boleh membantu saya ketika hal-hal buruk terjadi.

Banyak hal buruk terjadi pada Yusuf, tetapi dia memilih untuk mematuhi perintah dan Tuhan menolong dia. Kanak-kanak kecil dapat belajar bahawa Tuhan ingin menolong mereka dalam masa-masa sukar mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gambarkan beberapa hal sukar yang terjadi kepada Yusuf (lihat Kejadian 37:23–28; 39:20. Setelah anda memberitahu kanak-kanak tentang setiap kesusahan yang dihadapi Yusuf, jemput mereka mengulangi, “Tuhan menolong Yusuf” (Kejadian 39:2).

  • Berkongsi gambar Juruselamat menolong orang yang menghadapi cabaran (lihat Buku Seni Injil, no. 40–43). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana Juruselamat menolong orang-orang. Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan dapat menolong kita apabila hal buruk menimpa kita.

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang jagaan penuh kasih Juruselamat bagi kita, seperti “Yesus Kawan Penyayang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 37). Berkongsi pengalaman ketika anda merasakan kasih Tuhan dalam masa yang mencabar. Tunjuk gambar Yesus, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang-Nya.

Kejadian 41:15–36, 47–57

Tuhan boleh memberi amaran kepada saya tentang bahaya.

Tuhan menolong Yusuf memahami bahawa mimpi Firaun adalah amaran untuk bersedia bagi masa-masa sukar yang akan datang di masa depan. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Tuhan dapat memberi amaran kepada mereka tentang bahaya, termasuk bahaya rohani.

Yusuf Mentafsir Mimpi di dalam Penjara

Joseph Interpreting the Butler and Baker’s Dreams (Yusuf Menafsirkan Mimpi Pengurus Minuman dan Pengurus Roti), oleh François Gérard

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sebarkan gambar makanan di sekitar bilik, dan jemput kanak-kanak mengumpulkannya dan “menyimpan” gambar tersebut di dalam bekas. Gunakan aktiviti ini untuk memberitahu kanak-kanak tentang bagaimana Tuhan memberi amaran kepada Firaun supaya bersiap sedia untuk masa ketika tidak ada makanan (lihat Kejadian 41:15–36, 47–57). Minta kanak-kanak melukis hal-hal yang Firaun mimpikan dan kemudian menggunakan lukisan mereka untuk mengajar keluarga mereka di rumah.

  • Tunjukkan gambar nabi hidup. Beritahu kanak-kanak tentang ajaran atau amaran yang Tuhan berikan kepada kita melalui nabi. Jelaskan bahawa kita akan diberkati dan dilindungi semasa kita mengikuti nabi. Jemput kanak-kanak untuk melakukan hal-hal yang mereka dapat lakukan untuk mengikuti nasihat nabi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kejadian 39:1–3, 20–23; 41:38

Jika saya beriman, Tuhan akan membantu saya semasa masa sukar.

Meskipun Yusuf telah mempunyai banyak cubaan sukar, dia tetap beriman dan “Tuhan menolong dia” (Kejadian 39:3). Pengalamannya dapat membantu kanak-kanal merasa yakin bahawa Tuhan akan membantu mereka semasa percubaan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk mencari perkataan atau frasa dalam Kejadian 39:1–3, 20–23; 41:38 yang menunjukkan Tuhan menolong Yusuf semasa masa sukarnya. Jika mungkin, jemput kanak-kanak untuk membuat tanda kecil memaparkan frasa yang mereka temui. Galakkan mereka untuk membawa pulang tanda tersebut untuk mengingatkan mereka bahawa Tuhan akan menolong mereka semasa percubaan mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi maksud frasa “Tuhan menolong Yusuf” (Kejadian 39:2). Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman ketika mereka merasa Tuhan bersama mereka atau keluarga mereka dalam masa yang sukar. Berkongsi pengalaman yang serupa dari hidup anda.

Kejadian 37:3–28

Saya boleh menjadi gembira ketika hal baik berlaku kepada orang lain.

Iri hati menyebabkan saudara-saudara Yusuf membuat pilihan yang buruk. Pilihan mereka yang salah telah menyakitkan Yusuf dan menghancurkan hati ayah mereka. Cerita ini dapat membantu kanak-kanak memilih untuk gembira ketika orang lain diberkati oleh Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk kaji semula Kejadian 37:3–11 dan melukis gambar jubah Yusuf dan dua mimpinya. Bagaimanakah saudara Yusuf merasa tentang Yusuf? Bagaimanakah mereka bertindak balas secara berbeza? Bincangkan mengapa ia penting untuk menjadi gembira ketika hal baik terjadi kepada orang lain.

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi beberapa situasi di mana seseorang mungkin berasa iri hati terhadap orang lain. Nyanyi bersama lagu tentang menunjukkan kasih kepada orang lain, seperti “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 74). Tekankan bahawa Bapa Syurgawi boleh membantu kita menggantikan perasaan iri hati kepada perasaan kasih.

Kejadian 39:7–12

Dengan bantuan Tuhan, saya dapat melarikan diri dari godaan.

Semasa kanak-kanak yang anda ajar menghadapi godaan dalam hidup, mereka dapat memperoleh kekuatan dari teladan Yusuf yang melarikan diri dari godaan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yusuf dan isteri Potifar (lihat Buku Seni Injil, no. 11), dan berkongsi cerita dalam Kejadian 39:7–12. Bagaimanakah Yusuf menahan godaan? Bantu kanak-kanak mencari perkataan dalam Kejadian 39:7–12 yang menjawab soalan ini—contohnya, Yusuf tahu bahawa bersama isteri Potifar akan menjadi “berdosa terhadap Tuhan” (ayat 9).

  • Jemput kanak-kanak untuk memikirkan situasi di mana kanak-kanak seusia mereka mungkin tergoda untuk membuat pilihan yang salah. Minta mereka berlakon bagaimana mereka dapat mengikuti teladan Yusuf dalam situasi ini—misalnya, apakah cara kita dapat mengingati Tuhan ketika kita digoda?

  • Paparkan dua magnet, yang mewakili Tuhan dan Setan, dan objek logam kecil seperti klip kertas, yang mewakili kita. Gunakan magnet untuk menggambarkan bahawa semakin dekat kita dengan Tuhan, semakin kuat pengaruh-Nya terhadap kita, dan hal yang sama berlaku jika kita semakin dekat dengan Setan. Apakah yang kita dapat lakukan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan? Bagaimanakah Roh Kudus dapat membantu kita?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara untuk melengkapkan ayat berikut: “Saya boleh menjadi seperti Yusuf dengan .” Minta mereka untuk berkongsi dengan keluarga mereka bagaimana mereka melengkapkan ayat tersebut.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput Perkongsian. Semasa anda berbincang asas injil, minta kanak-kanak untuk berkongsi fikiran, perasaan, dan pengalaman mereka. Anda akan mendapati bahawa mereka mempunyai banyak pandangan bermakna.