“14–20 Mac. Kejadian 42–50: ‘Tuhan Mengubah Kejahatan Itu Menjadi Kebaikan,’” IKutlah Aku—Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“14–20 Mac. Kejadian 42–50,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
14–20 Mac
Kejadian 42–50
“Tuhan Mengubah Kejahatan Itu Menjadi Kebaikan”
Ia adalah penting untuk mengetahui tulisan suci yang anda ajar, tetapi ia juga penting untuk mengenali kanak-kanak yang anda ajar. Luangkan masa untuk merenung dan berdoa tentang kedua-duanya.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Oleh kerana cerita dalam Kejadian 42–50 adalah sambungan dari pengajaran minggu lepas, dari Kejadian 37–41, luangkan masa di permulaan kelas untuk meminta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang Yusuf, termasuk apa yang mereka belajar di Sekolah Primer dan di rumah.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh menunjukkan kasih kepada keluarga saya.
Bagi kanak-kanak kecil, anda mungkin ingin menekankan bahagian-bahagian cerita ini di mana Yusuf menunjukkan kasih kepada keluarganya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Gunakan gambar dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, beritahu kanak-kanak tentang penyatuan semula Yusuf dan saudara-saudaranya. Tekankan bagaimana Yusuf menunjukkan kasihnya kepada saudara-saudaranya.
-
Baca frasa dari Kejadian 45:4–15 yang menggambarkan hal-hal yang Yusuf lakukan untuk menunjukkan dia mengasihi keluarganya. Jemput kanak-kanak untuk lakonkan apa yang digambarkan dalam ayat-ayat tersebut. Contohnya, mereka boleh meminta seorang ahli keluarga untuk “marilah dekat” (ayat 4) atau memberikan ahli keluarga makanan (lihat ayat 11).
-
Nyanyikan sebuah lagu tentang kasih, seperti “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 74). Bantu kanak-kanak melukis garis bentuk tangan mereka dan tulis dalamnya sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk menunjukkan kasih kepada keluarga mereka.
Berkat imamat membantu saya.
Yakub memberkati para putera dan cucu-cucunya (lihat Kejadian 48–49). Hari ini kita dapat menerima berkat imamat yang memberi kita penghiburan, penyembuhan, bimbingan, dan kekuatan rohani.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Yakub memberkati para puteranya atau gambar berkat imamat yang lain (lihat gambar dalam panduan ini; lihat juga Buku Seni Injil, no. 12). Minta kanak-kanak menggambarkan apakah yang berlaku dalam gambar tersebut.
-
Baca kepada kanak-kanak Kejadian 48:8–9. Jelaskan bahawa Israel, juga dipanggil Yakub, adalah ayah Yusuf dan bahawa dia ingin memberikan berkat imamat kepada anak-anak Yusuf. Sekiranya ada kanak-kanak yang telah menerima berkat imamat, jemput mereka untuk menceritakan pengalaman mereka. Atau kongsi pengalaman anda sendiri.
-
Bantu kanak-kanak memikirkan sebab-sebab mereka meminta berkat imamat. Juga bantu mereka menamakan pemegang imamat yang mereka boleh minta, seperti dari ayah, datuk, atau pelayan rohani saudara.
Saya boleh mengampuni.
Apakah yang kanak-kanak boleh pelajari tentang pengampunan dari teladan Yusuf mengampuni saudara-saudaranya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak ingat bagaimana saudara-saudara Yusuf telah berlaku tidak baik terhadap Yusuf. Baca kepada kanak-kanak Kejadian 50:17, tekankan bahawa saudara-saudara Yusuf rasa bersalah atas perbuatan mereka dan meminta pengampunan Yusuf. Baca ayat 21 untuk menunjukkan bahawa Yusuf mengampuni saudara-saudaranya—dia tidak lagi marah terhadap mereka.
-
Nyanyi bersama “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52). Semasa anda menyanyikan tentang pengampunan, jemput kanak-kanak untuk menunjuk Yusuf di halaman aktiviti. Semasa anda menyanyi tentang pertaubatan, jemput mereka menunjuk saudara-saudaranya.
-
Bantu kanak-kanak memikirkan keadaan di mana mereka perlu untuk mengampuni seseorang. Jemput kanak-kanak untuk berlatih apa yang mereka akan katakan atau lakukan untuk menunjukkan mereka mengampuni orang tersebut.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Keampunan membawa kedamaian.
Saudara-saudara Yusuf telah melakukan hal yang buruk terhadapnya. Namun Yusuf mengampuni mereka dan membawa kedamaian kepada keluarganya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak melakonkan babak dari Kejadian 42–44. Semasa mereka lakukannya, tanyakan pendapat mereka tentang apa mungkin dirasakan Yusuf untuk melihat saudara-saudaranya lagi atau bagaimana perasaan saudara-saudaranya ketika mereka akhirnya mengenali Yusuf.
-
Tanyakan kepada kanak-kanak apakah maksud mengampuni seseorang. Bantu mereka memahami bahawa mengampuni seseorang termasuk memperlakukan dia dengan kasih seperti Kristus. Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang mereka tahu tentang cerita Yusuf mengampuni saudara-saudaranya, atau baca dengan kanak-kanak ayat-ayat dari Kejadian 45:1–15. Apakah yang Yusuf lakukan atau katakan untuk memberitahu saudara-saudaranya bahawa dia telah mengampuni mereka? Apakah yang kita boleh katakan atau lakukan ketika orang lain meminta kita untuk mengampunkan mereka?
-
Minta kanak-kanak memikirkan masa ketika mereka mengampunkan seseorang atau ketika seseorang mengampuni mereka. Untuk memberi mereka waktu untuk berfikir, kongsi pengalaman anda sendiri, dan bersaksi tentang berkat yang datang dari pengampunan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka, jika mereka mahu. Bagaimana perasaan mereka? Apakah yang kita pelajari tentang pengampunan dari teladan Juruselamat? (lihat Lukas 23:33–34).
Bapa Syurgawi mengutus Yesus Kristus untuk menyelamatkan saya.
Cerita Yusuf menyelamatkan keluarganya dari kebuluran boleh mengajar kita tentang Yesus Kristus, yang menyelamatkan kita dari dosa dan kematian.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tuliskan di papan tulis Yusuf dan Yesus Kristus. Bantu kanak-kanak mencari pasangan tulisan suci berikut dan tuliskan di papan tulis persamaan yang Yusuf dan Yesus ada: Kejadian 37:3 dan Matius 3:17; Kejadian 37:26–28 dan Matius 26:14–16; Kejadian 45:5–7 dan Lukas 4:18; dan Kejadian 47:12 dan Yohanes 6:35.
-
Tanyakan kanak-kanak apakah maknanya untuk menyelamatkan seseorang. Jika mereka mempunyai pengalaman diselamatkan dari bahaya, jemput mereka untuk berkongsi. Bagaimanakah Yusuf menyelamatkan saudara-saudaranya? (lihat Kejadian 42:1–3; 45:5–7). Tunjukkan satu gambar Juruselamat. Bagaimanakah Yesus menyelamatkan kita?
Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 50:27–33 (dalam apendiks Alkitab)
Bapa Syurgawi mempersiapkan Joseph Smith untuk menjadi nabi pada zaman kita.
Ribuan tahun sebelumnya, Joseph dari Mesir melihat bahawa Tuhan akan memanggil Joseph Smith untuk melakukan pekerjaan yang hebat pada zaman akhir. Ajarkan kepada kanak-kanak bagaimana Tuhan telah memberkati kita melalui Nabi Joseph Smith.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Berikan kanak-kanak petunjuk yang menggambarkan tentang Joseph Smith, dan jemput mereka untuk meneka siapa yang anda sedang gambarkan. Termasuk petunjuk dari Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 50:27–33 (dalam apendiks Alkitab), seperti “dia mengajar kita tentang perjanjian” (lihat ayat 28), “dia menyampaikan firman Tuhan” (lihat ayat 30), dan “dia dinamakan menurut ayahnya” (lihat ayat 33). Setelah kanak-kanak meneka dengan betul, ajak mereka mencari petunjuk dalam ayat-ayat tersebut. Apakah lagi yang kita pelajari mengenai Joseph Smith dari nubuat Yusuf di Mesir?
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar yang mewakili hal-hal penting Joseph Smith telah lakukan atau ajar (lihat, contohnya, Buka Seni Injil, no. 89–95, 97, 98, 117, 118). Bantu kanak-kanak memikirkan berkat yang kita ada kerana Joseph Smith. Contohnya, bagaimana pekerjaannya membantu kita lebih dekat kepada Yesus Kristus?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi halaman aktiviti minggu ini dengan keluarga mereka di rumah. Mereka dapat gunakannya untuk kaji semula cerita Yusuf dan saudara-saudaranya dan untuk membincangkan tentang kepentingan kasih dan pengampunan dalam keluarga kita.