“7–13 Mac. Kejadian 37–41: ‘Tuhan Menolong Yusuf,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“7–13 Mac. Alma 37–41,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
7–13 Mac
Kejadian 37–41
“Tuhan Menolong Yusuf”
Semasa anda membaca Kejadian 37–41, doakan agar Roh Kudus akan membantu anda melihat bagaimana petikan tulisan suci berkaitan dengan kehidupan anda. Catatkan setiap pandangan yang anda terima.
Mencatat Tanggapan Anda
Kadangkala perkara buruk berlaku pada orang baik. Hidup mengajar kita pelajaran itu dengan jelas, dan begitu juga kehidupan Yusuf, anak Yakub. Dia adalah pewaris perjanjian yang Tuhan telah buat dengan bapanya, tetapi dia dibenci oleh saudara-saudaranya dan dijual menjadi hamba. Dia enggan menjejaskan integritinya ketika dia didekati oleh isteri Potifar dan kemudian dimasukkan ke penjara. Ia kelihatan seperti yang semakin dia setia, semakin banyak kesukaran yang dia hadapi. Tetapi semua kesusahan ini bukan tanda hukuman Tuhan. Malah, melalui semua itu, “Tuhan menolong Yusuf” (Kejadian 39:3). Kehidupan Yusuf adalah pernyataan kebenaran penting ini: Tuhan tidak akan meninggalkan kita. “Mengikut Juruselamat tidak akan menghapuskan segala percubaan anda,” Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajarkan. “Sebaliknya, ia akan menghapuskan halangan di antara anda dan bantuan yang Bapa Syurgawi ingin berikan kepada anda. Tuhan akan bersama anda” (“Keinginan Untuk Kembali Rumah,” Liahona, Nov. 2017, 22).
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
“Tuhan Menolong Yusuf” dalam kesusahannya.
Berkali-kali, nasib baik sering meninggalkan Yusuf, tetapi Tuhan tidak pernah meninggalkan Yusuf. Semasa anda membaca kisah Yusuf, renungkan soalan-soalan seperti ini: Apakah yang Yusuf lakukan untuk kekal dekat dengan Tuhan semasa menghadapi masa percubaan? Bagaimanakah Tuhan “menolong dia”? (Kejadian 39:2–3, 21, 23).
Anda boleh juga menanya soalan serupa mengenai kehidupan anda. Apakah bukti yang anda telah lihat bahawa Tuhan tidak meninggalkan anda dalam masa percubaan anda? Pertimbangkan bagaimana anda boleh berkongsi pengalaman anda dengan ahli keluarga dan generasi akan datang (lihat 1 Nefi 5:14). Apakah yang anda boleh lakukan sekarang untuk menyediakan diri anda untuk kekal setia ketika menghadapi ujian di masa depan?
Lihat juga Yohanes 14:18; Roma 8:28; Alma 36:3; Ajaran dan Perjanjian 121:7–8; D. Todd Christofferson, “Kebahagiaan Orang Suci,” Liahona, Nov. 2019, 15–18.
Jika saya beriman, Tuhan akan membimbing dan mengilhami saya.
Elder David A. Bednar mengajarkan, “Wahyu disampaikan dengan pelbagai cara, termasuk, contohnya, mimpi, penglihatan, perbualan dengan utusan syurgawi, dan ilham” (“The Spirit of Revelation,” Liahona, Mei 2011, 88). Tuhan menggunakan mimpi untuk mengungkapkan kebenaran kepada Yusuf, ketua pelayan dan pembuat roti bagi Firaun, dan Firaun. Tuhan juga mengungkapkan kepada Yusuf bagaimana untuk mentafsir mimpi-mimpi ini. Apakah yang anda boleh pelajari dari Kejadian 37:5–11; 40:5–8; 41:14–25, 37–38 tentang menerima dan memahami wahyu daripada Tuhan? Sebagai contoh, apa yang anda boleh pelajari dari teladan Yusuf ketika wahyu kelihatan sukar untuk difahami? (lihat Kejadian 40:8; 41:16).
Renungkan bagaimana Tuhan mengungkapkan kehendak-Nya kepada anda. Apakah yang anda sedang lakukan untuk bertindak berdasarkan wahyu yang Tuhan telah berikan kepada anda? Bagaimanakah anda mencari bimbingan tambahan daripada-Nya?
Lihat juga Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 93–96; Michelle Craig, “Kemampuan Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 19–21.
Dengan pertolongan Tuhan, saya dapat lari dari godaan.
Ketika anda tergoda, teladan Yusuf dapat memberi anda dorongan dan kekuatan. Semasa anda membaca tentang pengalaman dia dalam Kejadian 39, perhatikan perkara yang Yusuf lakukan untuk menahan godaan. Sebagai contohnya:
-
Dia “tidak mahu” pendekatan isteri Potifar (ayat 8).
-
Dia menyedari bahawa melakukan dosa akan menyinggung perasaan Tuhan dan orang lain (ayat 8–9).
-
Dia “tidak mahu [mendengar]” godaan itu, walaupun ia berterusan “setiap hari” (ayat 10).
-
Dia “[tinggalkan] jubahnya … lalu lari ke luar” (ayat 12).
Dengan memikirkan teladan Yusuf, pertimbangkan untuk membuat rancangan untuk menghindari dan menahan godaan. Sebagai contoh, anda dapat memikirkan godaan yang anda hadapi, tuliskan situasi yang harus dihindari, dan membuat rancangan untuk bergantung pada Bapa Syurgawi ketika godaan itu muncul (lihat 2 Nefi 4:18, 27–33).
Godaan:
Situasi yang harus dihindari:
Rancangan untuk bertindak balas:
Laporan ini tentang kekuatan Yusuf ketika menghadapi godaan didahului oleh laporan yang sangat berbeza tentang abangnya Yehuda, yang terdapat dalam Kejadian 38. Apakah yang bab 37, 38, dan 39, bersama-sama, ajarkan anda tentang kemurnian akhlak?
Lihat juga 1 Korintus 10:13; 1 Nefi 15:23–24; 3 Nefi 18:17–18.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Kejadian 37.Sekiranya anda pernah menjadi salah seorang saudara Yusuf, apakah yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan perasaan cemburu dari melemahkan hubungan anda dengan dia? Bagaimanakah ia boleh membantu kita “bercakap baik-baik” kepada satu sama lain? (ayat 4).
-
Kejadian 39. Semasa anda membincangkan perbicaraan Yusuf di rumah Potifar, anda boleh bertanya kepada ahli keluarga apakah nasihat yang mereka akan kongsi dengan Yusuf ketika dia menghadapi percubaan.
-
Kejadian 39:7–12.Membaca ayat-ayat ini dapat menyediakan peluang untuk membincangkan hukum kemurnian ahklak dengan keluarga anda. Berikut adalah beberapa sumber yang dapat membantu perbincangan ini: Yakub 2:28; Alma 39:3–9; “Kesucian Seksual” (dalam Untuk Kekuatan Remaja [2011], 35–37).
-
Kejadian 41:15–57.Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana Tuhan memberkati orang Mesir melalui Yusuf? Apakah yang kita boleh pelajari mengenai persediaan untuk menghadapi kecemasan masa depan? Bincangkan apa yang anda boleh lakukan untuk lebih bersedia sebagai sebuah keluarga.
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadang: “Yesus Kawan Penyayang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 37.