“28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33: ‘Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022
28 Februari–6 Mac
Kejadian 28–33
“Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini”
Semasa anda membaca Kejadian 28–33, renungkan apa yang anda pelajari dari teladan Yakub dan keluarganya. Tuliskan tanggapan yang anda terima.
Mencatat Tanggapan Anda
Bab 28 dan 32 dalam Kejadian menceritakan dua pengalaman rohani yang nabi Yakub miliki. Kedua-duanya berlaku di padang belantara tetapi dalam keadaan yang sangat berbeza. Pada pengalaman pertama, Yakub pergi ke tanah air ibunya untuk mencari seorang isteri dan, sepanjang perjalanan, bermalam dengan berbantalkan batu. Dia mungkin tidak sangka untuk menemui Tuhan di tempat yang sepi, tetapi Tuhan menyatakan diri-Nya kepada Yakub dalam mimpi yang mengubah hidupnya, dan Yakub mengisytiharkan, “Tuhan ada di sini, di tempat ini, tetapi baru sekarang aku mengetahuinya” (Kejadian 28:16). Bertahun-tahun kemudian, Yakub kembali ke padang belantara lagi. Kali ini, dia dalam perjalanan kembali ke Kanaan, menghadapi perjumpaan berbahaya dengan abangnya yang marah, Esau. Tetapi Yakub tahu bahawa ketika dia memerlukan berkat, dia boleh mencari Tuhan, bahkan di padang belantara (lihat Kejadian 32).
Anda mungkin mendapati diri anda berada di padang belantara sedang mencari berkat dari Tuhan. Mungkin padang belantara anda adalah hubungan keluarga yang sukar, seperti Yakub. Mungkin anda merasa jauh dari Tuhan atau merasakan bahawa anda memerlukan berkat. Kadangkala berkat itu datang tanpa diduga; kadangkala ia didahului oleh pergelutan. Apa sahaja keperluan anda, anda boleh mencarinya walaupun di padang belantara anda, “Tuhan ada di sini, di tempat ini.”
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya ialah berkat Abraham yang dijanjikan di bait suci.
Dalam perjalanannya ke Haran untuk mencari seorang isteri, Yakub bermimpi sebuah tangga terbentang dari bumi ke syurga, dengan Tuhan berdiri di atasnya. Dalam mimpi itu, Tuhan memperbaharui perjanjian dengan Yakub, perjanjian yang sama yang Dia telah buat dengan Abraham dan Ishak (lihat Kejadian 28:10–17; lihat juga Kejadian 12:2–3; 26:1–4). Presiden Marion G. Romney berkongsi pemikiran ini tentang apa yang dilambangkan oleh tangga: “Yakub menyedari bahawa perjanjian yang dia buat dengan Tuhan ada anak tangga yang dia sendiri harus naik untuk mendapatkan berkat yang dijanjikan—berkat yang akan melayakkan dia memasuki syurga dan bersama dengan Tuhan. … Bait suci mempunyai tujuan dan makna yang sama bagi kita seperti makna Betel kepada Yakub” (“Temples—The Gates to Heaven,” Ensign, Mac 1971, 16).
Apakah perkataan atau frasa lain dalam Kejadian 28:10–22 yang cadangkan kepada anda kaitan antara pengalaman Yakub dan berkat bait suci? Semasa anda membaca ayat-ayat ini, fikirkan tentang perjanjian yang anda telah buat; apakah tanggapan yang datang kepada anda?
Semasa anda membaca Kejadian 29:1–18, renungkan bagaimanakah perkahwinan Yakub dengan Rahel penting bagi perjanjian yang Tuhan perbaharui dengan Yakub di Betel (“rumah Tuhan”; lihat Kejadian 28:10–19). Fikirkan pengalaman ini semasa anda terus membaca tentang kehidupan Yakub di Kejadian 29–33. Bagaimanakah rumah Tuhan mendekatkan anda kepada Tuhan?
Lihat juga Yoon Hwan Choi, “Jangan Pandang Sekitar, Pandang ke Atas!” Liahona, Mei 2017, 90–92.
Tuhan mengingati saya dalam percubaan saya.
Walaupun Rahel dan Lea hidup di zaman dan budaya yang berbeza daripada kita, kita semua dapat memahami beberapa perasaan yang mereka ada. Semasa anda membaca Kejadian 29:31–35 dan 30:1–24, cari kata-kata dan frasa yang menggambarkan belas kasihan Tuhan kepada Rahel dan Lea. Renungkan bagaimana Tuhan “melihat kesusahan [anda]” dan “ingat akan” anda (Kejadian 29:32; 30:22).
Penting juga untuk ingat bahawa walaupun Tuhan mendengar kita, dalam kebijaksanaan-Nya, Dia tidak selalu memberikan apa yang kita minta. Pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Elder Brook P. Hales “Jawapan kepada Doa” (Liahona, Mei 2019, 11–14) untuk pelajari pelbagai cara Bapa Syurgawi menjawab kita.
Juruselamat boleh membantu kita mengatasi perselisihan dalam keluarga kita.
Ketika Yakub kembali ke Kanaan, dia “sangat ketakutan dan khuatir” tentang bagaimana Esau akan menerimanya (Kejadian 32:7). Semasa anda membaca dalam Kejadian 32–33 mengenai pertemuan Yakub dengan Esau dan perasaannya yang timbul, anda boleh merenungkan hubungan keluarga anda sendiri—mungkin yang memerlukan penyembuhan. Mungkin kisah ini dapat mengilhami anda untuk menghubungi seseorang. Soalan-soalan seperti ini dapat membantu membimbing bacaan anda:
-
Bagaimanakah Yakub bersedia untuk bertemu Esau?
-
Apakah yang menarik bagi anda tentang doa Yakub yang terdapat dalam Kejadian 32:9–12?
-
Apakah yang anda pelajari tentang pengampunan daripada contoh Esau?
-
Bagaimanakah Juruselamat dapat membantu kita menyembuhkan hubungan keluarga?
Lihat juga Lukas 15:11–32; Jeffrey R. Holland, “Pelayanan Perdamaian,” Liahona, Nov. 2018, 77–79.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
-
Kejadian 28:10–22.Anda boleh menggunakan tangga (atau gambar tangga) untuk membincangkan bagaimana perjanjian kita seperti tangga. Apakah perjanjian yang kita telah buat, dan bagaimana ia membawa kita lebih dekat dengan Tuhan? Ahli keluarga boleh melukis mimpi Yakub, yang digambarkan dalam Kejadian 28:10–22.
Lagu rohani “’Ku Dekat Pada-Mu, Ya Tuhanku” (Nyanyian Rohani, no. 37) diilhami oleh mimpi Yakub. Keluarga anda boleh menyanyikan lagu ini dan membincangkan apa yang setiap ayat ajarkan.
-
Kejadian 32:24–32.Anda mungkin mempunyai ahli keluarga yang suka bergusti (bergelut). Mengapakah “pergelutan” adalah cara yang baik untuk menggambarkan mencari berkat daripada Tuhan? Apakah yang Enos 1:1–5; Alma 8:9–10 cadangkan tentang makna “pergelutan … di hadapan Tuhan”?
-
Kejadian 33:1–12.Setelah bertahun-tahun kemarahan, Yakub dan Esau bertemu kembali. Jika Yakub dan Esau boleh bercakap dengan kita hari ini, apakah yang mungkin mereka katakan untuk membantu kita ketika terdapat pertikaian dalam keluarga kita?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Anak-Anak yang Terkasih,” Nyanyian Rohani, no. 34.