“28 Mac–3 April. Keluaran 7–13: ‘Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“28 Mac–3 April. Keluaran 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
28 Mac–3 April
Keluaran 7–13
“Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir”
Semasa anda membaca Keluaran 7–13, fikirkan bagaimana kebenaran-kebenaran dalam bab ini menguatkan iman anda dalam Yesus Kristus. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar mempunyai pengalaman serupa?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Letakkan beberapa gambar yang mewakili hal-hal dalam Keluaran 7–13 (seperti katak, lalat, dan domba) ditutupi kain atas meja. Jemput beberapa kanak-kanak untuk mengambil salah satu gambar dari bawah kain, dan jemput kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari mengenai gambar ini di rumah minggu ini.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Tuhan memiliki kuasa atas segalanya.
Bangsa Israel berada dalam penawanan dan tidak dapat membebaskan diri, tetapi Tuhan menunjukkan kuasa-Nya dan membebaskan mereka. Bagaimana anda dapat menggunakan kisah ini untuk membantu kanak-kanak mempercayai Tuhan dan kuasa-Nya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca ayat-ayat terpilih dari Keluaran 7–11 untuk mengajar kanak-kanak tentang sepuluh musibah yang Tuhan hantar ke atas Orang Mesir. Jemput kanak-kanak untuk melukis tentang beberapa musibah tersebut. Minta kanak-kanak untuk mengangkat lukisan mereka semasa anda mengkaji tentang musibah itu bersama. Baca frasa dari Keluaran 7:5 dan 9:14 untuk jelaskan mengapa Tuhan menghantar musibah ke Mesir.
-
Kongsi dengan kanak-kanak bagaimana Tuhan telah menunjukkan anda “Bahawa tiada sesiapa pun yang seperti [Dia] di seluruh dunia” (Keluaran 9:14). Minta kanak-kanak berkongsi bagaimana mereka tahu Tuhan sangat berkuasa.
Sakramen dapat membantu saya mengingati Yesus.
Paskah mengajar orang Israel tentang Juruselamat dan pengorbanan yang Dia akan lakukan untuk kita. Kini, kita mengambil sakramen untuk mengingati pengorbanan Yesus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Gunakan Keluaran 12:1–13, beritahu kanak-kanak apa yang Tuhan katakan kepada bangsa Israel agar mereka dapat diselamatkan dari musibah terakhir. Tunjukkan gambar Yesus Mendukung Domba yang Sesat (Buku Seni Injil, no. 64), dan jelaskan persamaan di antara domba yang digunakan semasa Paskah dan Yesus Kristus, Anak Domba Tuhan.
-
Minta kanak-kanak menamakan hal-hal yang kita lakukan untuk mengingati peristiwa penting seperti hari jadi dan cuti. Baca Keluaran 13:10, dan jelaskan bahawa Tuhan meminta anak-anak Israel untuk menyambut Paskah setiap tahun untuk membantu mereka mengingati bahawa Tuhan telah menyelamatkan mereka dari bangsa Mesir. Apakah beberapa cara yang kita dapat mengingati bahawa Yesus telah menyelamatkan kita dari dosa dan kematian?
-
Sekiranya boleh, kunjungi meja sakramen bersama kanak-kanak, dan bincangkan bagaimana sakramen membantu kita mengingati Yesus Kristus. Bantu kanak-kanak kenali perasaan damai yang mereka miliki ketika mereka memikirkan Juruselamat, dan jemput mereka untuk mencari perasaan itu ketika mereka mengambil sakramen.
-
Berikan kepingan kertas kepada kanak-kanak dengan tulisan “Saya dapat mengingat Yesus Kristus semasa sakramen dengan …” tertulis di bahagian atas. Jemput mereka untuk melukis apa yang mereka boleh lihat ketika sakramen untuk mengingati Yesus.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Tuhan memiliki kuasa untuk membebaskan saya.
Kanak-kanak menghadapi cabaran dan perlukan Tuhan untuk membantu mereka. Cerita sepuluh musibah yang Tuhan hantar untuk membebaskan bangsa Israel dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa Tuhan juga memiliki kuasa untuk membantu mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Berikan setiap kanak-kanak sehelai kertas yang dibahagikan kepada sepuluh bahagian, dan jemput mereka untuk melukis musibah yang digambarkan dalam ayat-ayat ini: Keluaran 7:17–18; 8:1–4; 8:16–17; 8:20–22; 9:1–6; 9:8–9; 9:22–23; 10:4–5; 10:21–22; 11:4–7. Apakah yang musibah-musibah ini ajarkan kita tentang kuasa Tuhan? Mengapakah ia penting untuk mengetahui tentang kuasa Tuhan?
-
Tanyakan kanak-kanak tentang waktu ketika mereka merasa mereka memerlukan bantuan Tuhan. Bagaimanakah Tuhan membantu kita dalam situasi ini? Galakkan mereka untuk bercakap tentang masa-masa ketika mereka atau keluarga mereka mengalami kuasa Tuhan dalam kehidupan mereka. Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan memiliki kuasa untuk membantu kita.
Tuhan dapat menolong saya memiliki hati yang lembut.
Firaun memilih untuk mengeraskan hatinya ketika Tuhan menyuruhnya untuk membebaskan anak-anak Israel. Bagaimana anda dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar untuk memilih memiliki hati yang lembut agar mereka bersedia melayani Tuhan dan melakukan kehendak-Nya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bawa ke kelas satu objek yang keras, seperti batu, dan objek lain yang lembut, seperti span. Baca bersama kanak-kanak beberapa ayat yang menerangkan bagaimana Firaun bertindak terhadap musibah yang diturunkan oleh Tuhan (lihat Keluaran 8:28–32; 9:7), dan tanyakan kepada kanak-kanak mana objek yang paling sesuai menggambarkan hati atau sikap Firaun. Apakah maknanya memiliki hati yang lembut? (lihat Mosia 3:17).
-
Bersama kelas, buat senarai beberapa tindakan yang mungkin menunjukkan bahawa kita mempunyai hati yang keras (contohnya, bertengkar dengan saudara atau tidak mahu berdoa). Bagaimanakah kita tunjukkan kepada Tuhan bahawa kita ingin mempunyai hati yang lembut?
Paskah melambangkan kuasa penebusan Yesus Kristus.
Paskah juga mengajar anak-anak Israel bahawa Tuhan membebaskan mereka dari Mesir. Paskah juga melambangkan Korban tebusan Yesus Kristus, yang menyelamatkan kita dari dosa dan kematian. Hari ini, sakramen membantu kita mengingati pengorbanan Yesus Kristus untuk kita. Mengajar kanak-kanak tentang Paskah dapat membantu mereka memperoleh pengalaman yang lebih bermakna dengan sakramen.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta beberapa kanak-kanak untuk membaca Keluaran 11:5–6 untuk mempelajari tentang musibah terakhir yang Tuhan hantar ke atas orang Mesir. Minta kanak-kanak yang lain baca Keluaran 12:3, 5–7, 13 untuk mempelajari tentang bagaimana anak-anak Israel terselamat dari musibah tersebut.
-
Untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa Juruselamat adalah Anak Domba yang menyelamatkan kita, tunjukkan gambar anak domba. Jemput kanak-kanak untuk membaca Keluaran 12:3–7 untuk mengetahui apakah jenis domba yang Tuhan ingin orang-orang jadikan sebagai jamuan Paskah. Bagaimanakah domba ini seperti Yesus Kristus? (Contohnya, Yesus sempurna, dan Yesus menumpahkan darah-Nya untuk menyelamatkan kita.) Apakah lambang lain yang membantu kita berfikir tentang Yesus Kristus?
-
Baca doa sakramen bersama (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Bagaimanakah sakramen serupa dengan Paskah? Apakah yang kita boleh lakukan untuk memikirkan Yesus semasa sakramen?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus di Sekolah Primer hari ini.