Perjanjian Lama 2022
11–17 April. Hari Easter: “Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!”


“11–17 April. Hari Easter: ‘Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“11–17 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022

Imej
makam dengan batu diguling dari pintu

Ilustrasi tentang makam yang kosong oleh Maryna Kriuchenko

11–17 April

Hari Easter

“Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!”

Semasa anda bersedia untuk mengajar, renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak memperoleh pemahaman dan kesaksian yang mendalam tentang Korban tebusan Yesus Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tanyakan kanak-kanak apa yang keluarga mereka lakukan untuk menyambut Hari Easter. Apakah yang mereka lakukan untuk mengingati Kebangkitan Yesus Kristus?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yesus Kristus adalah Juruselamat saya.

Hari Minggu Easter adalah kesempatan yang baik untuk mengajar kanak-kanak tentang Korban tebusan Juruselamat di Getsemani dan kematian-Nya di kayu salib. Ini dapat membantu mereka merasakan kasih Yesus kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Juruselamat dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau gambar lain tentang pengorbanan Juruselamat (lihat Buku Seni Injil, no. 56, 57, 58), dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa dalam gambar-gambar itu. Beritahu kanak-kanak tentang penderitaan Yesus di Getsemani dan di atas salib (lihat Matius 26:36–46; 27:35–50; Lukas 22:39–46; Yohanes 19:16–30; “Bab 51: Yesus Menderita di Taman Getsemani,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 129–32). Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus sedia untuk menderita dan mati untuk kita kerana Dia mengasihi kita. Jemput kanak-kanak berkongsi perasaan mereka tentang Yesus Kristus.

  • Baca Yohanes 10:9 kepada kanak-kanak, tekankan firman Yesus “Akulah pintu.” Oleh kerana Yesus menderita bagi dosa-dosa kita, mati dan bangkit, Dia membolehkan kita untuk hidup bersama Tuhan lagi. Gunakan pintu kelas anda untuk mengajar bahawa Yesus seperti pintu yang membolehkan kita kembali kepada Bapa Syurgawi.

  • Baca Yesaya 53:6 kepada kanak-kanak, dan tunjukkan mereka gambar atau lukisan domba. Minta salah seorang kanak-kanak meletakkan gambar di sudut bilik yang jauh. Jelaskan bahawa ketika kita membuat pilihan yang salah, kita menjauh dari Bapa Syurgawi seperti seekor domba yang tersesat. Kemudian jemput kanak-kanak itu untuk membawa kembali domba-domba itu, dan berikan kesaksian anda bahawa kerana Yesus Kristus menderita dan mati bagi kita, Dia dapat membawa kita kembali kepada Bapa Syurgawi. (Anda boleh menunjukkan gambar Yesus sebagai gembala, contohnya gambar 64 dalam Buku Seni Injil.)

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang Yesus Kristus, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42). Bantu mereka perhatikan perasaan kedamaian dan kasih yang mereka miliki ketika mereka menyanyi. Tunjukkan juga kata-kata dalam lagu yang menggambarkan kasih Juruselamat. Bagaimanakah kita dapat berkongsi kasih-Nya kepada orang lain?

Yesus mati dan bangkit untuk saya.

Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak pelajari bahawa kerana Kebangkitan Yesus Kristus, kita dan orang yang kita kasihi akan dibangkitkan satu hari nanti?

Imej
Kristus di atas salib

Grey Day Golgotha, (Hari Sedih di Golgota) oleh J. Kirk Richards

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang kematian dan Kebangkitan Yesus (lihat Markus 15–16). Gunakan gambar dalam panduan minggu ini, gambar 57–60 dalam Buku Seni Injil, atau “Bab 54: Yesus Telah Bangkit” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru (halaman 139–44) untuk membantu kanak-kanak menggambarkan cerita tersebut.

  • Bantu kanak-kanak memahami bahawa kebangkitan bermaksud setelah kita mati kita akan hidup semula selamanya dengan tubuh jasmani yang sempurna dan tidak akan mati lagi. Kongsi kesaksian anda tentang Kebangkitan, dan biarkan kanak-kanak melakukan halaman aktiviti minggu ini. Jemput kanak-kanak menggunakannya untuk berkongsi dengan keluarga mereka tentang Kebangkitan Yesus.

  • Baca Alma 40:23 kepada kanak-kanak. Tunjukkan tangan anda dalam sarung tangan. Beritahu mereka bahawa tangan anda seumpama roh dan sarung tangan seumpama tubuh jasmani. Tanggalkan sarung tangan untuk gambarkan ketika mati, roh kita akan meninggalkan tubuh kita. Pakai semula sarung tangan untuk mewakili Kebangkitan.

  • Nyanyikan lagu tentang Kebangkitan Yesus Kristus, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” atau “Yesus T’lah Bangkit” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45, 44). Berikan kesaksian anda bahawa kerana Yesus Kristus kita akan hidup semula dan mempunyai tubuh yang sempurna selepas kita mati.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yesus telah menderita untuk saya.

Semasa anda mengkaji Korban tebusan Juruselamat, renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak memahami bagaimana Juruselamat dapat memberkati dan menguatkan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bahagikan kanak-kanak kepada tiga kumpulan, dan berikan setiap kumpulan satu dari ayat suci berikut: Yesaya 53:4–12; Alma 7:11–13; dan Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Jemput kanak-kanak untuk mencari kata-kata dan frasa yang menggambarkan hal yang Yesus Kristus menderita untuk kita. Minta mereka untuk menulis jawapan mereka di papan tulis dan kongsi bagaimana perasaan mereka tentang Juruselamat setelah membaca tulisan suci ini.

  • Sediakan helaian kertas. Pada separuh daripada kertas tersebut, tulis rujukan tulisan suci Perjanjian Lama nubuat tentang Yesus Kristus. Pada separuh yang lain, tulis rujukan tulisan suci Perjanjian Baru yang sesuai tentang bagaimana nubuat ini digenapi.. (Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menyenaraikan beberapa contoh.) Jemput kanak-kanak untuk membaca ayat dan memadankan nubuat yang dipenuhi.

  • Bantu kanak-kanak menghafal fasal-fasal kepercayaan yang ketiga. Apakah yang tulisan suci ini ajarkan kepada kita tentang Korban tebusan Yesus Kristus dan rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak-Nya?

  • Tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana mereka menggambarkan Korban tebusan Yesus Kristus kepada seseorang. Galakkan mereka untuk menggunakan tulisan suci, lagu rohani, atau gambar untuk menyatakan maksud korban tebusan Juruselamat bagi mereka. Bagaimanakah kita diberkati kerana Korban tebusan Juruselamat?

Yesus mati dan bangkit untuk saya.

Kebangkitan Yesus Kristus dapat membawa kita harapan dan kebahagiaan yang besar—terutama ketika kita mengalami kematian orang yang dikasihi. Bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak mendapatkan penghiburan dalam Kebangkitan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar 57–59 dalam Buku Seni Injil. Minta kanak-kanak untuk memadankan gambar dengan tulisan suci berikut: Matius 27:29–38; Matius 27:59–60; dan Yohanes 20:10–18. Kemudian jemput kanak-kanak untuk menceritakan cerita tentang kematian, pengebumian, dan Kebangkitan Yesus dalam kata-kata mereka sendiri.

  • Baca Ayub 14:14 bersama kanak-kanak. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka akan menjawab soalan Ayub. Bantu mereka mencari tulisan suci yang bersaksi tentang Kebangkitan (lihat Panduan Tulisan Suci, “Kebangkitan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

  • Baca Musa 1:39 bersama kanak-kanak. Tanyakan mereka jika mereka tahu perbezaan di antara “kebaqaan” dan “kehidupan abadi.” Siapakah yang akan menerima kebaqaan? Apakah yang diperlukan untuk menerima kehidupan abadi? Kongsi kesaksian anda bahawa kurnia berharga ini boleh terjadi kerana Korban Tebusan Yesus Kristus.

  • Nyanyi bersama lagu atau lagu rohani Hari Easter, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20) atau “Dia Bangkit” (Nyanyian Rohani, no. 85). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi tentang perasaan mereka ketika menyanyikan lagu-lagu ini. Apakah yang lagu-lagu ini ajarkan kepada kita mengenai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Jemput kanak-kanak untuk menulis kesaksian mereka tentang Juruselamat untuk dikongsikan kepada keluarga mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi dengan keluarga mereka apa yang dipelajari dalam kelas, galakkan mereka untuk menyanyikan lagu di rumah tentang Korban tebusan Yesus Kristus minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak boleh mengenal pasti pengaruh Roh. Ajarkan kanak-kanak bahawa perasaan yang mereka miliki ketika mereka berbicara atau menyanyikan tentang Yesus Kristus dan injil-Nya berasal daripada Roh Kudus dan bahawa perasaan ini dapat membina kesaksian mereka.

Cetak