Perjanjian Lama 2022
11–17 April. Hari Easter: “Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!”


“11–17 April. Hari Easter: ‘Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“11–17 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Makam dengan batu dialih dari pintu

Ilustrasi makam kosong oleh Maryna Kriuchenko

11–17 April

Hari Easter

Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya!

Semasa anda membaca dan merenungkan Korban tebusan Juruselamat minggu ini, pertimbangkan untuk mencatat pemikiran dan perasaan anda tentang korban-Nya di jurnal anda atau di ruang yang disediakan dalam panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Kehidupan Yesus Kristus “iaitu pusat sejarah semua manusia,” (“Kristus Yang Hidup: Kesaksian Dari Para Rasul,” ChurchofJesusChrist.org). Apakah ertinya? Sebahagiannya, ini bermaksud bahawa kehidupan Juruselamat mempengaruhi takdir abadi setiap manusia yang pernah hidup atau yang akan hidup. Anda juga boleh mengatakan bahawa kehidupan dan misi Yesus Kristus, yang kemuncak pada Kebangkitan-Nya pada hari Ahad Easter yang pertama, menghubungkan semua umat Tuhan sepanjang sejarah: Mereka yang dilahirkan sebelum Kristus menantikan Dia dengan iman (lihat Yakub 4:4), dan mereka yang dilahirkan selepas itu memandang balik pada Dia dengan iman. Semasa kita membaca laporan dan nubuat Perjanjian Lama, kita tidak pernah melihat nama Yesus Kristus, tetapi kita melihat bukti iman orang-orang kuno yang percaya dan penantian mereka untuk Mesias dan Penebus mereka. Oleh itu, kita yang dijemput untuk mengingati Dia dapat merasakan kaitan dengan mereka yang menantikan Dia. Kerana Yesus Kristus benar-benar telah menanggung “hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita” (Yesaya 53:6; italik ditambahkan), dan “semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus.” (1 Korintus 15:22; italik ditambahkan).

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Perjanjian Lama bersaksi tentang korban tebusan Juruselamat.

Banyak petikan dalam Perjanjian Lama menunjukkan pelayanan dan korban tebusan Juruselamat. Jadual di bawah menyenaraikan beberapa petikan ini. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, apakah tanggapan yang datang kepada anda tentang Juruselamat?

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Perjanjian Lama

Zakharia 9:9

Perjanjian Baru

Matius 21:1–11

Perjanjian Lama

Zakharia 11:12–13

Perjanjian Baru

Matius 26:14–16

Perjanjian Lama

Yesaya 53:4

Perjanjian Baru

Matius 8:16–17; 26:36–39

Perjanjian Lama

Yesaya 53:7

Perjanjian Baru

Markus 14:60–61

Perjanjian Lama

Mazmur 22:16

Perjanjian Baru

Yohanes 19:17–18; 20:25–27

Perjanjian Lama

Mazmur 22:18

Perjanjian Baru

Matius 27:35

Perjanjian Lama

Mazmur 69:21

Perjanjian Baru

Matius 27:34, 48

Perjanjian Lama

Mazmur 118:22

Perjanjian Baru

Matius 21:42

Perjanjian Lama

Yesaya 53:9, 12

Perjanjian Baru

Matius 27:57–60; Markus 15:27–28

Perjanjian Lama

Yesaya 25:8

Perjanjian Baru

Markus 16:1–6; Lukas 24:6

Perjanjian Lama

Daniel 12:2

Perjanjian Baru

Matius 27:52–53

Nubuat dan ajaran-ajaran tentang Juruselamat adalah lebih banyak dan jelas dalam Kitab Mormon. Pertimbangkan bagaimana iman anda diperkuatkan oleh petikan seperti ini: 1 Nefi 11:31–33; 2 Nefi 25:13; Mosia 3:2–11.

Saya dapat mencari kedamaian dan kebahagiaan melalui Korban tebusan Juruselamat.

Sepanjang zaman, Yesus Kristus, melalui korban tebusan-Nya, telah mempersembahkan kedamaian dan kebahagiaan kepada semua orang yang datang kepada-Nya (lihat Musa 5:9–12). Pertimbangkan untuk mengkaji tulisan suci berikut yang bersaksi tentang kedamaian dan kebahagiaan yang Dia persembahkan, dan semasa anda lakukannya, fikirkan bagaimana anda boleh menerima kedamaian dan kebahagiaan yang Dia bawa: Mazmur 16:8–11; 30:2–5; Yesaya 12; 25:8–9; 40:28–31; Yohanes 14:27; 16:33; Alma 26:11–22.

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2015, 61–64; Sharon Eubank, “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan,” Liahona, Mei 2019, 73–76; “‘Ku Berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82.

Kristus di atas salib

Grey Day Golgotha (Hari Sedih di Golgota), oleh J. Kirk Richards

Melalui Korban tebusan-Nya, Yesus Kristus memiliki kuasa untuk membantu saya mengatasi dosa, kematian, percubaan, dan kelemahan.

Di seluruh kitab suci, para nabi telah bersaksi tentang kuasa Yesus Kristus untuk menyelamatkan kita dari dosa dan kematian dan untuk membantu kita mengatasi percubaan dan kelemahan kita. Bagaimanakah Kristus membuat perbezaan dalam hidup anda? Mengapakah Dia penting bagi anda? Renungkan soalan-soalan ini semasa anda membaca ayat-ayat ini, dan catatkan fikiran dan perasaan anda tentang Juruselamat:

Lihat juga Walter F. González, “Sentuhan Juruselamat,” Liahona, Nov. 2019, 90–92.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Keluaran 12:1–28.Semasa anda menyambut Hari Easter, keluarga anda boleh kaji semula apa yang anda pelajari mengenai Paskah awal bulan ini. Mengapakah penting bahawa korban Juruselamat berlaku pada waktu yang sama dengan Paskah?

Untuk ringkasan tentang apa yang berlaku pada minggu terakhir kehidupan Juruselamat, lihat “Holy Week” di ComeuntoChrist.org/2016/easter/easter-week.

Yesaya 53.Membaca nubuat tentang Yesus Kristus di Yesaya 53 boleh membantu ahli keluarga memahami korban tebusan Juruselamat. Apakah ayat atau frasa yang keluarga anda temui yang sangat berkuasa? Pertimbangkan untuk mengadakan pertemuan kesaksian keluarga di mana anda berkongsi kesaksian peribadi anda tentang Korban tebusan Juruselamat.

Sebagai sebuah keluarga, bincangkan cara anda dapat berkongsi kesaksian anda tentang Kristus. Contohnya, anda boleh menjemput seseorang untuk menyembah bersama anda di gereja pada hari Ahad Easter ini.

Lagu rohani dan lagu.Muzik adalah cara yang sangat berkuasa untuk mengingati Juruselamat dan menjemput Roh ke rumah kita. Ahli keluarga boleh berkongsi dan menyanyikan lagu rohani atau lagu mengenai Easter atau tentang Yesus Kristus, seperti “Hari Ini Kristus Bangkit” (Nyanyian Rohani, no. 86) atau “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45). Untuk mencari lagu rohani atau lagu kanak-kanak lain, lihat di daftar isi dalam Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?Buku Nyanyian Anak-Anak, 45.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjalani injil Yesus Kristus. “Untuk menjadi seorang pengajar seperti Kristus [di rumah anda], perkara paling penting yang anda boleh lakukan adalah… menjalankan injil dengan sepenuh hati anda. … Ini adalah asas untuk layak bagi penemanan Roh Kudus. Anda tidak perlu menjadi sempurna, hanya secara tekun mencuba—dan mencari pengampunan melalui Korban Tebusan Juruselamat apabila anda terjatuh” (Teaching in the Savior’s Way, 13).

Kristus berdiri di atas pintu makam batu yang pecah

For This Purpose I Have Come, (Untuk Tujuan Ini Ku Diutus) oleh Yongsung Kim