Perjanjian Lama 2022
4–10 April. Kejadian 14–17: “Perhatikanlah Apa yang Akan Dilakukan oleh Tuhan untuk Menyelamatkan Kamu”


“4–10 April. Kejadian 14–17: ‘Perhatikanlah Apa yang Akan Dilakukan oleh Tuhan untuk Menyelamatkan Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“4–10 April. Kejadian 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Laut Merah

Laut Merah

4–10 April

Keluaran 14–17

“Perhatikanlah Apa yang Akan Dilakukan oleh Tuhan untuk Menyelamatkan Kamu”

Tuhan memerintahkan Musa untuk menulis tentang pengalamannya “supaya dapat dikenang” kepada Yosua (Keluaran 17:14). Begitu juga, mencatat pengalaman rohani anda akan membantu anda dan orang yang anda kasihi untuk mengingati kebaikan Tuhan.

Mencatat Tanggapan Anda

Orang Israel terperangkap. Laut Merah berada di satu sisi, dan tentera Firaun maju ke depan dari sisi lain. Itu kelihatan seperti mereka tidak dapat lama melarikan diri dari Mesir. Tetapi Tuhan mempunyai satu pesanan untuk orang Israel yang Dia ingin mereka mengingati pada jangka masa generasi yang banyak: “Janganlah takut. … Tuhan akan berjuang untuk kamu” (Keluaran 14:13–14).

Sejak masa itu, ketika umat Tuhan memerlukan iman dan keberanian, mereka sering beralih ke kisah pembebasan Israel secara mukjizat ini. Ketika Nefi ingin mengilhami saudara-saudaranya, dia berkata, “marilah kita kuat seperti Musa; kerana dia benar-benar berbicara kepada perairan Laut Merah dan ia membahagi ke sini dan ke sana, dan nenek moyang kita telah melintasinya, keluar dari tawanan, di atas tanah kering” (1 Nefi 4:2). Ketika Raja Limhi mahu orangnya yang tertawan “angkatlah kepala [mereka], dan bersukacitalah,” dia mengingatkan mereka tentang kisah yang sama ini (Mosia 7:19). Ketika Alma ingin bersaksi kepada puteranya tentang kuasa Tuhan, dia juga merujuk kisah ini (lihat Alma 36:28). Dan ketika kita memerlukan pembebasan—ketika kita memerlukan sedikit lebih iman, ketika kita perlu “tabahlah! Perhatikanlah apa yang akan dilakukan oleh Tuhan untuk menyelamatkan”—kita boleh mengingati bagaimana “Tuhan menyelamatkan orang Israel daripada orang Mesir” (Keluaran 14:13, 30).

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Keluaran 14

Tuhan mempunyai kuasa untuk membebaskan saya.

Semasa anda membaca Keluaran 14:1–10, bayangkan bagaimana perasaan orang Israel ketika mereka melihat tentera Firaun makin mendekat. Mungkin anda merasakan bahawa anda memerlukan mukjizat untuk mengharungi cabaran sukar yang anda sedang hadapi. Apakah yang anda pelajari dari Keluaran 14:13–31 yang boleh membantu anda mencari pembebasan Tuhan dalam hidup anda? Apakah yang anda telah pelajari tentang cara-cara Tuhan menyediakan pembebasan dari kesusahan? Renungkan bagaimana anda telah melihat kuasa-Nya dalam hidup anda.

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 8:2–3; L. Tom Perry, “Kuasa Pembebasan,” Liahona, Mei 2012, 94–97; Peta-peta Alkitab, no. 2, “Keluaran Israel dari Mesir dan Kemasukan ke Kanaan.”

Keluaran 15:22–27

Tuhan boleh menjadikan perkara yang pahit menjadi manis.

Semasa anda membaca dalam Keluaran 15:22–27 tentang perjalanan Israel menuju ke negeri yang dijanjikan, fikirkan tentang hal-hal ini dalam hidup anda yang terasa “pahit” seperti perairan Mara. Pertimbangkan soalan-soalan berikut ketika anda merenungkan ayat-ayat ini: Bagaimanakah Tuhan boleh menjadikan perkara pahit dalam hidup anda menjadi manis? Apakah nilai yang pengalaman ini ada dalam hidup anda? Apakah yang ayat 26 dan 27 cadangkan tentang bagaimana Tuhan memberkati kita ketika kita mendengar suara-Nya?

Keluaran 15:23–27; 16:1–15; 17:1–7

Saya dapat mempercayai Tuhan, walaupun pada masa-masa sukar.

Ia sangat menggoda untuk mengkritik orang Israel kerana mereka bersungut atau merungut ketika keadaan mereka menjadi sukar, walaupun setelah semua yang Tuhan telah lakukan untuk mereka. Tetapi semasa anda membaca Keluaran 15:23–27; 16:1–15; 17:1–7, pertimbangkan sama ada anda pernah melakukan perkara yang sama. Apakah yang anda pelajari dari pengalaman orang Israel yang dapat membantu anda kurang merungut dan lebih sepenuhnya percaya kepada Tuhan? Sebagai contoh, apakah perbezaan yang anda perhatikan mengenai cara orang Israel bertindak balas kepada kesukaran dan cara Musa bertindak balas? Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kepada anda mengenai Tuhan?

wanita mengumpulkan manna

Manna daripada Tuhan memberi makan kepada Israel secara jasmani; kita juga memerlukan makanan rohani setiap hari. Fresco oleh Leopold Bruckner

Keluaran 16

Saya harus mencari makanan rohani setiap hari.

Terdapat banyak pelajaran rohani yang kita boleh pelajari dari mukjizat manna, yang terdapat dalam Keluaran 16. Perhatikan arahan terperinci yang diberikan kepada orang Israel tentang cara mengumpulkan, menggunakan, dan memelihara manna (lihat Keluaran 16:16, 19, 22–26). Apakah yang anda temui dalam arahan-arahan ini yang berkaitan kepada anda ketika anda mencari makanan rohani setiap hari?

Lihat juga Yohanes 6:31–35, 48–58.

Keluaran 17:1–7

Yesus Kristus adalah batu rohani dan air yang memberikan kehidupan saya.

Fikirkan tentang Juruselamat semasa anda membaca Keluaran 17:1–7. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti batu kepada anda? (lihat Mazmur 62:6–7; Helaman 5:12). Bagaimanakah Dia seperti air? (lihat Yohanes 4:10–14; 1 Korintus 10:1–4; 1 Nefi 11:25).

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Keluaran 14:13–22.Ahli keluarga anda mungkin akan suka untuk mencuba “membelah” air di dalam mangkuk atau tab mandi, ketika Musa membelah Laut Merah. Bantu mereka memahami bahawa Laut Merah tidak dapat dibelah tanpa kuasa Tuhan. Bagaimanakah kita dapat melihat kuasa Tuhan dalam kehidupan kita dan kehidupan nenek moyang kita?

Keluaran 15:1–21.Setelah menyeberangi Laut Merah secara mukjizat, orang Israel menyanyikan lagu pujian yang dikenali sebagai lagu Musa, yang boleh didapati dalam Keluaran 15:1–21. Sebagai sebuah keluarga, cari ayat-ayat ini untuk frasa yang bersaksi tentang apa yang Tuhan lakukan untuk orang Israel dan frasa lain yang bermakna. Maka anda boleh menyanyikan sebuah lagu rohani yang mengingatkan keluarga anda tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk anda.

Keluaran 16:1–5; 17:1–7.Membaca Keluaran 16:1–5 dan 17:1–7 dapat membawa kepada perbincangan mengenai Juruselamat sebagai Roti Kehidupan, sebagai Air yang Memberikan Kehidupan, dan sebagai Batu kita. Bagaimanakah kisah-kisah ini mengingatkan kita tentang apa yang Yesus Kristus lakukan untuk kita? Sebagai sebahagian daripada perbincangan anda, anda boleh membaca Yohanes 4:10–14; 6:29–35, 48–51; Helaman 5:12; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79.

Keluaran 17:8–16.Anda boleh melakonkan kisah Harun dan Hur mengangkat tangan Musa dan membincangkan bagaimana ini dapat melambangkan bagaimana kita sokong mereka yang Tuhan telah panggil untuk memimpin kita. Anda juga boleh membandingkan contoh Harun dan Hur dengan sungutan orang Israel terhadap Musa (yang dijelaskan di seluruh bab 15–17). Apakah beberapa cara kita boleh membantu dan menyokong pemimpin kita? Apakah berkat yang datang kepada kita dan pemimpin kita apabila kita lakukannya?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Penebus Israel,” Nyanyian Rohani, no. 5.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carilah pandangan rohani anda sendiri. Dalam kajian peribadi dan keluarga anda, jangan membataskan diri dengan ayat-ayat yang diberikan dalam panduan kajian ini. Tuhan mungkin mempunyai pesanan untuk anda dalam bab-bab ini yang tidak ditekankan di sini. Carikan ilham dengan penuh doa.

Musa membelah Laut Merah

Ilustrasi Musa membelah dengan Laut Merah, oleh Robert T. Barrett