“28 Mac–3 April. Keluaran 7–13: ‘Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“28 Mac–3 April. Keluaran 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022
28 Mac–3 April
Keluaran 7–13
“Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir”
Semasa anda membaca dan merenungkan Keluaran 7–13, catatkan tanggapan yang datang kepada anda. Semasa anda melakukan ini secara kerap, kemampuan anda untuk mengenali bisikan Roh Kudus akan berkembang.
Mencatat Tanggapan Anda
Wabak demi wabak menyengsarakan Mesir, tetapi Firaun tetap menolak untuk membebaskan orang Israel. Namun Tuhan terus menunjukkan kuasa-Nya dan memberi Firaun peluang untuk menerima “bahawa Akulah Tuhan” dan “tiada sesiapa pun yang seperti Aku di seluruh dunia.” (Keluaran 7:5; 9:14). Sementara itu, Musa dan orang Israel mesti telah menyaksikan dengan kagum akan pernyataan kuasa Tuhan bagi pihak mereka. Tentunya tanda-tanda yang berterusan ini mengukuhkan iman mereka kepada Tuhan dan memperkuat kerelaan mereka untuk mengikut nabi Tuhan. Kemudian, setelah sembilan wabak yang dahsyat gagal membebaskan orang Israel, itu adalah wabak kesepuluh—kematian anak sulung, termasuk anak sulung Firaun—yang mengakhiri penawanan. Ini nampaknya sesuai kerana dalam setiap kes penawanan rohani, hanya ada satu cara untuk melarikan diri. Tidak kira apa yang mungkin kita pernah cuba pada masa lalu, ia sama halnya dengan anak-anak Israel. Hanya korban Yesus Kristus, Anak sulung—darah Anak Domba yang tidak ada cacat—yang akan menyelamatkan kita.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya boleh memilih untuk melembutkan hati saya.
Semoga kehendak anda tidak sangat bertentangan dengan kehendak Tuhan seperti kehendak Firaun. Namun, kita semua mempunyai masa di mana hati kita tidak selembut yang seharusnya, oleh itu, terdapat sesuatu yang harus dipelajari dari tindakan Firaun yang tercatat dalam Keluaran 7–10. Semasa anda membaca tentang wabak dalam bab-bab ini, apakah yang menonjol bagi anda mengenai tindak balas Firaun? Adakah anda melihat apa-apa kecenderungan serupa terhadap sikap keras hati dalam diri anda? Renungkan apa yang anda pelajari dari bab-bab ini tentang apakah maksudnya untuk memiliki hati yang lembut.
Perhatikan bahawa Terjemahan Joseph Smith tentang Keluaran 7:3, 13; 9:12; 10:1, 20, 27; 11:10 menjelaskan bahawa Tuhan tidak mengeraskan hati Firaun—Firaun mengeraskan hatinya sendiri.
Apakah yang anda pelajari dari tulisan suci berikut tentang mengembangkan hati yang lembut? 1 Nefi 2:16; Mosia 3:19; Alma 24:7–8; 62:41; Eter 12:27.
Paskah melambangkan Korban tebusan Yesus Kristus.
Satu-satunya cara untuk orang Israel selamat dari wabak kesepuluh, yang digambarkan dalam Keluaran 11:4–5, adalah dengan tepat mengikuti arahan yang Tuhan berikan kepada Musa dalam Keluaran 12, ritual yang dikenali sebagai Paskah. Paskah mengajarkan kita melalui simbol yang Tuhan membebaskan orang Israel dari perhambaan di Mesir, dan Dia juga boleh membebaskan kita dari perhambaan dosa. Apakah yang anda temui dalam arahan dan lambang Paskah yang mengingatkan anda tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya? Apakah yang lambang dan arahan ini cadangkan kepada anda tentang bagaimana untuk menerima berkat-berkat Korban tebusan-Nya? Sebagai contoh, apakah yang boleh diwakili oleh darah domba di batang tiang pintu?(ayat 7). Apakah maknanya untuk anda memiliki “kasut dan memegang tongkat”? (ayat 11).
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 89:21.
Keluaran 12:14–17, 24–27; 13:1–16
Sakramen membantu saya mengingati pembebasan saya melalui Yesus Kristus.
Juruselamat ingin orang Israel selalu ingat bahawa Dia telah membebaskan mereka, bahkan setelah penawanan mereka menjadi ingatan yang sudah lama. Inilah sebabnya mengapa Dia memerintahkan mereka untuk merayakan perayaan Paskah setiap tahun. Semasa anda membaca arahan-Nya dalam Keluaran 12:14–17, 24–27; 13:1–16, fikirkan apa yang anda sedang lakukan untuk mengingati berkat-berkat Tuhan kepada anda. Bagaimana anda dapat mengekalkan peringatan itu “setiap tahun, selama-lamanya”? (Lihat Keluaran 12:14, 26–27).
Apakah persamaan yang anda lihat antara tujuan perayaan Paskah dan sakramen? Bagaimana membaca tentang Paskah mengingatkan anda tentang sakramen dan membawa lebih banyak makna kepada tatacara itu? Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk “selalu mengingati” Yesus Kristus (Moroni 4:3; 5:2; lihat juga ;Lukas 22:7–8, 19–20).
Anda juga boleh merenungkan perkara lain yang Tuhan mahukan anda ingat; lihat, sebagai contoh, Helaman 5:6–12; Moroni 10:3; Ajaran dan Perjanjian 3:3–5, 10; 18:10; 52:40.
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Keluaran 7–12.Mungkin setelah membaca mengenai wabak yang Tuhan hantar kepada orang-orang Mesir sebagai tanda kuasa-Nya, keluarga anda boleh berkongsi cara-cara Tuhan menunjukkan kuasa-Nya hari ini.
-
Keluaran 8:28, 32; 9:27–28, 34–35.Ayat-ayat ini boleh digunakan untuk memulakan perbincangan tentang kepentingan menjaga kata-kata kita. Mungkin ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman ketika mereka melihat orang lain melakukan apa yang mereka setuju untuk lakukan.
-
Keluaran 12:1–42.Selepas membaca Keluaran 12:1–42 bersama, anda boleh menulis di atas kertas perkara yang anda boleh lakukan sebagai keluarga untuk mengingati Korban tebusan Yesus Kristus. Kerana darah anak domba di tiang pintu (lihat ayat 23) mewakili Juruselamat, anda boleh meletakkan kertas-kertas ini di sekitar pintu rumah anda. Anda juga dapat makan beberapa makanan dari Paskah, seperti roti tidak beragi (biskut tawar atau tortilla) atau ramuan pahit (pasli atau lobak putih), dan membincangkan bagaimana Paskah membantu kita mengingati bagaimana Tuhan membebaskan umat-Nya. Contohnya, roti tidak beragi mengingatkan mereka bahawa tiada masa untuk roti mereka naik kembang sebelum mereka melarikan diri dari penawanan. Ramuan pahit mengingatkan mereka tentang kepahitan penawanan.
-
Keluaran 20:24–27.Mungkin anda dapat kaji semula ayat-ayat ini sebagai sebuah keluarga sebelum pertemuan sakramen anda yang seterusnya. Bagaimanakah ayat-ayat ini berkaitan dengan sakramen? Bagaimana kita boleh menjadikan sakramen lebih lengkap sebagai “peringatan” dari apa yang Juruselamat telah lakukan bagi kita?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Kenang Sang Kristus di Salib,” Nyanyian Rohani, no. 79.