2010–2019
Sentuhan Juruselamat
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Sentuhan Juruselamat

Apabila kita datang kepada Dia, Tuhan akan datang untuk menyelamatkan kita, untuk menyembuhkan kita atau memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi apa-apa keadaan.

Kira-kira 2,000 tahun lalu, Juruselamat turun dari gunung selepas mengajar ajaran Khutbah di atas Bukit dan asas-asas injil lain. Selepas Dia berjalan kaki, seorang lelaki dengan penyakit kusta mendekati Dia. Orang itu menunjukkan ketakziman dan penghormatan semasa berlutut di hadapan Kristus, mencari pelepasan daripada kesengsaraannya. Permintaan dia mudah: “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya.”

Kemudian Juruselamat menghulurkan tangan-Nya sambil berkata, “Aku mahu. Sembuhlah.”1

Kita belajar di sini bahawa Juruselamat kita selalu mahu menyembuh kita. Beberapa berkat mungkin datang serta-merta, yang lain mungkin mengambil lebih lama, dan beberapa pun datang selepas hidup ini, tetapi berkat-berkat akan datang dengan masa.

Sama seperti pesakit kusta, kita boleh menemui kekuatan dan keselesaan dalam hidup ini melalui menerima kehendak-Nya dan mengetahui bahawa Dia mahu memberkati kita. Kita boleh menemui kekuatan untuk menghadapi apa-apa cabaran, mengatasi godaan dan memahami dan bertahan keadaan kita. Pastinya, pada salah satu daripada ketika kehidupan-Nya yang paling susah, kekuatan Juruselamat didalami apabila dia berkata kepada Bapa-Nya, “biarlah kehendak Bapa berlaku.”2

Pesakit kusta tidak membuat permintaan dia dalam cara yang megah mahupun mendesak. Perkataan-perkataan dia mengungkapkan sebuah sikap rendah hati, dengan jangkaan tinggi tetapi juga dengan keinginan ikhlas bahawa kehendak Juruselamat berlaku. Inilah contoh sikap yang kita seharusnya ada untuk datang kepada Kristus. Kita boleh datang kepada Kristus dengan kepastian bahawa kehendak-Nya sekarang dan selalu akan merupakan yang terbaik bagi kehidupan fana dan abadi kita. Dia mempunyai perspektif abadi yang kita tiada. Kita mesti datang kepada Kristus dengan keinginan ikhlas supaya keinginan kita akan selaras dengan kehendak Bapa, seperti kehendak Kristus.3 Ini akan menyediakan kita untuk kehidupan abadi.

Ia susah membayangkan penderitaan jasmani serta emosi yang membebani pesakit kusta yang datang kepada Juruselamat. Penyakit kusta menjejaskan saraf dan kulit, menyebabkan kecacatan dan ketidakupayaan. Tambahan pula, ia membawa stigma sosial yang besar. Seorang diserang dengan penyakit kusta mesti meninggalkan orang kesayangan mereka dan hidup terasing dari masyarakat. Pesakit kusta dianggap tidak bersih, baik secara jasmani mahupun rohani. Untuk sebab ini, hukum Musa memerlukan pesakit kusta berpakaian koyak dan berkata, “Tidak bersih!” semasa mereka berjalan.4 Sakit dan dihina, pesakit kusta tinggal di rumah terbengkalai atau di makam.5 Tidak susahnya membayangkan pesakit kusta yang mendekati Juruselamat amat susah hati.

Kadang-kadang—dalam satu cara atau yang lain, kita juga boleh rasa susah hati disebabkan tindakan diri kita atau tindakan orang lain, keadaan yang kita boleh atau tidak boleh mengawal. Pada ketika-ketika seperti ini, kita boleh menyerahkan keinginan kita ke dalam tangan-Nya.

Beberapa tahun lalu, Zulma, isteri saya, bahagian terbaik saya—menerima berita yang susah diterima hanya dua minggu sebelum perkahwinan salah seorang daripada anak kita. Isteri saya mempunyai sebuah tumor di kelenjar parotid, dan sista itu bertumbuh dengan teramat cepat. Mukanya bermula berkembang, dan dia akan segera menjalani pembedahan yang rumit. Minda isteri saya penuh dengan fikiran yang membebani hati dia. Adakah tumor itu merbahaya? Bagaimana badan dia akan sembuh? Akankah muka dia menjadi lumpuh? Berapa besar kesakitan daripadanya? Akankah muka dia berparut secara kekal? Akankah tumor itu kembali selepas dikeluarkan? Akankah dia boleh menghadiri perkahwinan anak lelaki kita? Apabila dia baring di bilik pembedahan, dia berasa susah hati.

Pada ketika sangat penting itu, Roh membisikkan kepada dia bahawa dia seharusnya menerima kehendak Bapa. Kemudian dia memutuskan untuk meletakkan kepercayaan dia kepada Tuhan. Dia berasa dengan kuat apa sahaja hasilnya, kehendak-Nya akan menjadi terbaik bagi dia. Tidak lama lagi dia tertidur untuk pembedahan.

Kemudian, dia menulis secara puitis dalam jurnal dia: “Di atas meja pakar bedah aku tunduk di hadapan-Mu dan menyerahkan diri kepada kehendak-Mu, saya tertidur. Aku boleh mempercayai-Mu, mengetahui tiada sesuatu pun yang jahat datang dari-Mu.”

Dia menemui kekuatan dan keselesaan daripada menyerahkan kehendak dia kepada kehendak Bapa. Hari itu, Tuhan memberkati dia banyak.

Tanpa mengira keadaan kita, kita boleh beriman untuk datang kepada Kristus dan menemui seorang Tuhan yang dapat kita percayai. Seperti seorang daripada anak saya, Gabriel, menulis:

Menurut nabi, wajah Tuhan lebih terang daripada matahari

dan rambut-Nya lebih putih daripada salji

Dan suara-Nya seperti gelora ombak laut yang kuat,

Dan manusia bukan apa-apa pun dibandingkan dengan Dia. …

Saya merasa patah hati apabila saya sedar bahawa saya pun bukan apa-apa pun.

Dan hanya pada masa itu saya mencari-cari jalan saya ke seorang tuhan yang saya dapat percayai.

Dan hanya pada masa itu saya menemui Tuhan yang saya dapat percayai.6

Tuhan yang kita boleh percayai memperkuatkan harapan kita. Kita boleh percaya Dia kerana Dia mengasihi kita dan ingin apa yang terbaik bagi kita dalam setiap keadaan.

Pesakit kusta itu pergi ke hadapan kerana kuasa harapan. Dunia tidak memberi dia penyelesaian, tidak juga keselesaan. Oleh itu, sentuhan Juruselamat semestinya rasa seperti pelukan terhadap seluruh jiwa dia. Kita hanya boleh membayangkan perasaan kesyukuran mendalam yang pesakit kusta seharusnya ada pada sentuhan Juruselamat, terutamanya apabila dia mendengar perkataan “Aku mahu; sembuhlah.”

Cerita itu menyatakan “seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.”7

Kita juga boleh berasa sentuhan tangan Juruselamat penyayang yang menyembuhkan. Kegembiraan, harapan, dan kesyukuran datang kepada jiwa kita dalam mengetahui bahawa Dia mahu menolong kita menjadi bersih! Apabila kita datang kepada Dia, Tuhan akan datang untuk menyelamatkan kita, untuk menyembuhkan kita atau memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi apa-apa keadaan.

Apa-apa pun, menerima kehendak-Nya—bukan kehendak diri kita—akan menolong untuk memahami keadaan kita. Tiada hal yang jahat datang dari Tuhan. Dia mengetahui hal yang terbaik bagi kita. Mungkin Dia tidak akan mengeluarkan beban kita dengan segera. Kadang-kadang Dia boleh membuat beban-beban itu rasa lebih ringan, seperti Dia melakukan dengan Alma dan rakyat dia.8 Akhirnya, kerana perjanjian-perjanjian, beban itu akan diangkat,9 dalam hidup ini atau dalam Kebangkitan yang kudus.

Keinginan ikhlas bahawa kehendak-Nya akan berlaku dan pemahaman sifat ilahi Penebus kita menolong kita membangunkan jenis iman yang pesakit kusta menunjukkan untuk dibersihkan. Yesus Kristus merupakan Tuhan kasih sayang, Tuhan harapan, Tuhan menyembuhkan dan Tuhan yang ingin memberkati kita dan menolong kita menjadi bersih. Itu apa yang Dia inginkan sebelum bersukarela datang ke bumi ini untuk menyelamatkan kita apabila kita jatuh ke dalam pelanggaran. Itu apa yang Dia inginkan di Getsemani semasa menghadapi kesakitan yang manusia tidak dapat bayangkan semasa kesakitan untuk membayar harga dosa. Itu apa yang Dia inginkan sekarang apabila Dia merayu bagi pihak kita di hadapan Bapa.10 Itu sebabnya suara-Nya masih menjemput: “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”11

Dia boleh menyembuh dan mengangkat kita kerana Dia memiliki kuasa untuk melakukan-Nya. Dia mengambil ke atas diri-Nya semua kesakitan badan dan roh agar sanubari Dia akan dipenuhi dengan belas kasihan supaya boleh menolong kita dengan semua hal dan menyembuh dan mengangkat kita.12 Kata-kata Yesaya, seperti yang dinyatakan oleh Abinadi, berkata dengan indah serta mengharukan:

“Pastilah dia telah menanggung kepiluan kita, dan memikul dukacita kita. …

“…Dia terluka untuk pelanggaran kita, dia dimemar untuk kederhakaan kita; hukuman untuk kedamaian kita berada di atasnya; dan dengan bilur-bilur-Nya kita disembuhkan.”13

Konsep ini diajar dalam puisi ini:

“Wahai, Tukang Kayu dari Nasaret,

Hati yang patah ini tak dapat lagi diperbaiki,

Hidup ini yang telah musnah hingga hampir ke mati diheret,

Oh, mampukah engkau untuk hidup ini Tukang Kayu untuk baiki,

Dan dengan tangan-Nya yang baik dan sedia,

Dengan hidup-Nya yang manis ditenun sedia,

Hidup kita yang hancur, hingga mereka berdiri,

Ciptaan Baru—“semua hal baru.”

“Terhancur keinginan hati yang sederhana,

Keinginan, impian, harapan, dan iman,

Engkau bentuklah menjadi alat sempurna,

Wahai, Tukang Kayu dari Nasaret!”14

Jika anda berasa dalam apa-apa cara bahawa anda tidak bersih, jika anda berasa rosak, ketahuilah bahawa anda boleh dibersihkan, anda boleh dibaiki, kerana Dia mengasihi anda. Percayalah bahawa tiada sesuatu jahat boleh datang dari Dia.

Kerana Dia “turun di bawah segalanya,”15 Dia menjadikannya mungkin untuk semua hal yang telah rosak dalam hidup kita untuk dibaiki, dan oleh itu kita boleh diperdamaikan dengan Tuhan. Semua hal diperdamaikan melalui Dia, hal-hal di bumi dan hal-hal di syurga, melakukan “hal itu melalui kematian Anak-Nya di kayu salib.”16

Marilah kita datang kepada Kristus melalui mengambil semua langkah yang diperlukan. Semasa kita melakukannya, semoga sikap kita mengikut kenyataan ini, “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya.” Jika kita melakukan demikian, kita boleh menerima sentuhan menyembuhkan Tuhan, bersama dengan gema suara-Nya: “Aku mahu, sembuhlah.”

Juruselamat ialah Tuhan yang kita boleh percayai. Dialah Kristus, Yang Terpilih, Mesias yang saya saksikan dalam nama kudus-Nya, bahkan Yesus Kristus, amin.