2010–2019
Kepercayaan yang Konsisten dan Kuat
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Kepercayaan yang Konsisten dan Kuat

Mempercayai Tuhan termasuk percaya pada masa-Nya dan memerlukan kesabaran dan ketahanan yang mengatasi ribut hidup.

Anak lelaki kami Daniel sakit teruk dalam misi dia di Afrika dan dibawa ke sebuah hospital yang mempunyai sumber yang terhad. Apabila kami membaca surat pertamanya selepas dia sembuh, kami menjangkakan dia akan tawar hati, tetapi dia menulis, “Walaupun saya di dalam bilik kecemasan saya merasa kedamaian. Saya tidak pernah begitu gembira dengan konsisten dan kuat seperti ini dalam hidup saya.

Apabila isteri saya dan saya membaca ayat ini, kami dipenuhi dengan emosi. Kegembiraan yang konsisten dan kuat. Kami tidak pernah mendengar kegembiraan dijelaskan sebegitu tetapi ayatnya benar. Kami tahu bahawa kegembiraan yang dia nyatakan bukan kerana keseronokan atau mood yang tinggi, tetapi satu kedamaian dan kebahagiaan yang datang apabila kita menyerahkan diri kita kepada Tuhan dan meletakkan kepercayaan kita kepada-Nya dalam segala hal.1 Kita juga mempunyai masa dalam hidup kita apabila Tuhan bercakap keamanan kepada jiwa kita dan menyebabkan kita untuk mempunyai harapan dalam Kristus walaupun hidup susah dan tidak tentu.2

Lehi mengajar bahawa jika Adam dan Hawa tidak jatuh “ mereka akan tetap dalam keadaan tidak berdosa, tidak mempunyai kebahagiaan, kerana mereka tidak mengenal kesengsaraan;. …

“Tetapi lihatlah, segala hal telah dibuat dalam kebijaksanaan Dia yang mengetahui segala hal.

“Adam jatuh agar manusia boleh wujud; dan manusia wujud agar mereka boleh berbahagia.”3

Dengan cara paradoks, penderitaan dan kesedihan mempersiapkan kita untuk mengalami kebahagiaan jika kita mempercayai Tuhan dan rancangan-Nya untuk kita. Kebenaran ini dinyatakan dengan indah oleh penyair abad ke-13: “Kesedihan menyediakan anda untuk kegembiraan. Ia dengan hebat menyapu segalanya keluar dari rumah anda, supaya kegembiraan baru dapat mencari ruang untuk masuk. Ia menggoncang daun kuning dari dahan hati anda, supaya daun segar dan hijau dapat tumbuh di tempatnya. Ia menarik akar yang reput, supaya akar-akar baru yang tersembunyi di bawah mempunyai ruang untuk berkembang. Apa sahaja kesedihan yang menggoncang dari hati anda, perkara yang lebih baik akan mengambil tempat itu.”4

Presiden Russell M. Nelson mengajar, “Kegembiraan yang Juruselamat tawarkan [kita] … adalah berterusan, menjamin kepada kita ‘kesengsaraanmu akan menjadi bahkan suatu saat yang kecil’ [Ajaran dan Perjanjian 121:7] dan disucikan untuk kegunaan kita.”5 Percubaan dan penderitaan kita boleh membuat ruang untuk kegembiraan yang lebih besar.6

Berita baik injil adalah bukan janji satu hidup tanpa kesedihan atau kesengsaraan tetapi satu hidup penuh dengan tujuan dan maksud—satu hidup di mana kesengsaraan dan penderitaan akan “tertelan dalam kebahagiaan Kristus”7 Juruselamat telah mengisytiharkan, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia”8 Injil-Nya adalah satu pesanan harapan. Kesedihan bersama harapan dalam Yesus Kristus memegang janji kegembiraan bertahan.

Laporan pelayaran bangsa Yared ke negeri yang dijanjikan dapat digunakan sebagai metafora dengan perjalanan kita melalui kefanaan. Tuhan berjanji kepada saudara lelaki Yared dan pengikutnya bahawa Dia akan“pergi di hadapan [mereka] ke sebuah negeri pilihan yang melebihi semua negeri di bumi.”9 Dia mengarahkan mereka membina kapal-kapal tongkang, dan mereka dengan patuh membuat kerja dengan membina mengikut arahan Tuhan. Tetapi, sambil kerja itu berterusan, saudara lelaki Yared mempunyai kebimbangan bahawa reka bentuk Tuhan tentang kapal-kapal tongkang tidak mencukupi. Dia berdoa dengan kuat:

“Ya Tuhan, aku telah melaksanakan pekerjaan yang telah Engkau perintahkan kepadaku.

“Dan lihatlah, Ya Tuhan, di dalamnya tidak ada cahaya.”10

“Ya Tuhan, adakah Engkau akan membiarkan kami menyeberangi perairan luas ini di dalam kegelapan?”11

Pernahkah anda mencurahkan jiwa anda kepada Tuhan dengan cara itu? Apabila mencuba untuk hidup cara Tuhan arahkan dan jangkaan yang soleh tidak tercapai, pernahkah anda terfikir jika anda mesti melalui hidup ini dalam kegelapan?12

Saudara lelaki Yared kemudian menyatakan satu lagi kebimbangan iaitu kebolehan mereka untuk hidup dalam kapal-kapal tongkang Dan dia berkata, “Dan juga kami akan binasa, kerana di dalamnya kami tidak dapat bernafas, selain udara yang ada di dalamnya.”13 Pernahkah kesusahan dalam hidup anda membuatkan ia susah untuk anda bernafas dan menyebabkan anda terfikir bagaimana anda boleh melalui satu hari itu, apalagi buat kembali ke rumah syurgawi anda?

Selepas Tuhan bekerja dengan saudara lelaki Yared untuk menyelesaikan setiap kebimbangan dia dengan menerangkan, “kerana kamu tidak dapat menyeberangi perairan yang dalam ini kecuali Aku menyediakanmu menghadapi ombak laut, dan angin yang bertiup, dan air bah yang akan datang.”14

Tuhan membuat ia amat jelas pada akhirnya bahawa bangsa Yared tidak boleh ke negeri yang dijanjikan tanpa-Nya. Mereka tidak ada kawalan, dan satu-satunya cara mereka dapat melintasi perairan samudera adalah dengan meletakkan kepercayaan kepada-Nya. Pengalaman ini dan ajaran daripada Tuhan mendalamkan iman dan kekuatan kepercayaan saudara lelaki Yared dalam Tuhan.

Sedar bahawa doanya bertukar daripada soalan dan kebimbangan kepada penyataan iman dan kepercayaan.

“Dan aku tahu, Ya Tuhan, bahawa Engkau memiliki segala kuasa, dan dapat melakukan apa pun yang Engkau kehendaki demi manfaat manusia. …

Lihatlah, Ya Tuhan, Engkau dapat melakukan ini. Kami tahu bahawa Engkau mampu memperlihatkan kuasa yang besar, yang kelihatan kecil bagi pemahaman manusia.”15

Ia dicatatkan bahawa bangsa Yared kemudian “mereka menaiki … kapal dan belayar ke laut, menyerahkan diri kepada Tuhan Raja mereka.”16 Untuk menyerahkan diri bererti untuk percaya atau menyerah. Bangsa Yared tidak masuk ke dalam kapal kerana mereka tahu bagaimana perkara akan berlaku dalam perjalanan mereka. Mereka menaiki kapal kerana mereka telah belajar untuk percaya dalam kuasa Tuhan, kebaikan, dan belas kasihan, dan mereka lebih daripada sanggup menyerahkan diri mereka dan sebarang keraguan atau ketakutan yang mereka mungkin pernah ada tentang Tuhan.

Baru-baru ini cucu lelaki kami Abe takut untuk menaiki salah satu karusel haiwan yang naik dan turun. Dia inginkan satu yang tidak naik dan turun. Neneknya memujuknya bahawa dia akan selamat, maka dengan mempercayai dia, Abe menaikinya. Dia kemudian berkata dengan senyuman besar, “Saya tidak rasa selamat, tetapi saya selamat.” Mungkin itulah apa yang bangsa Yared telah rasa. Percaya kepada Tuhan mungkin tidak rasa selamat pada mulanya, tetapi kebahagiaan datang kemudian.

Abe di atas karusel

Perjalanan itu tidak senang bagi bangsa Yared. Banyak kali mereka ditenggelamkan ke dalam kedalaman laut, “kerana ombak-ombak yang menggunung yang telah menghempas ke atas diri mereka.”17 Namun ia tercatat bahawa “angin tersebut tidak pernah berhenti bertiup ke arah negeri yang dijanjikan.”18 Walaupun susah untuk di faham, terutamanya pada masa di dalam hidup kita apabila angin kuat dan laut bergelora, kita boleh rasa selamat mengetahui Tuhan dalam kebaikan yang tidak terhingga itu sentiasa meniup kita ke arah rumah kita.

Dan catatan bersambung, “mereka dibawa; dan tidak ada raksasa laut yang dapat menghancurkan mereka, tidak juga ada ikan paus yang dapat menghancurkan mereka; dan mereka mempunyai cahaya yang berterusan, sama ada di atas air ataupun di bawah air.”19 Kita hidup dalam dunia di mana ombak raksasa maut, penyakit fizikal dan mental dan cabaran serta kesengsaraan berlainan jenis yang akan hancur ke atas kita. Tetapi, melalui iman dalam Yesus Kristus dan memilih untuk percaya kepada Dia, kita juga boleh mempunyai cahaya secara berterusan sama ada di atas air atau di bawah air. Kita boleh mendapat jaminan bahawa Tuhan tidak pernah berhenti meniup kita ke negeri yang dijanjikan.

Apabila dilontar di dalam kapal bangsa Yared “menyanyikan puji-pujian kepada Tuhan; … dan [mereka] berterima kasih dan memuji Tuhan sepanjang hari; dan apabila malam tiba, mereka tidak berhenti untuk memuji Tuhan.”20 Mereka rasa kebahagiaan dan kesyukuran walaupun dalam kesengsaraan. Mereka belum lagi tiba di negeri yang dijanjikan, tetapi mereka sudah bergembira dalam berkat yang dijanjikan kerana kepercayaan yang konsisten dan kuat kepada Dia.21

Bangsa Yared berada di laut selama 344 hari.22 Bolehkah anda bayangkannya? Mempercayai Tuhan termasuk percaya pada masa-Nya dan memerlukan kesabaran dan ketahanan yang mengatasi ribut hidup.23

Akhirnya, bangsa Yared “telah mendarat di atas pantai negeri yang dijanjikan. Dan apabila mereka menjejakkan kaki mereka di atas pantai negeri yang dijanjikan mereka membongkokkan diri di atas permukaan tanah, dan merendahkan hati mereka di hadapan Tuhan, dan mencucurkan air mata kebahagiaan di hadapan Tuhan, kerana belas kasihan-Nya yang besar ke atas diri mereka.”24

Jika kita setia mematuhi perjanjian kita, kita juga pada satu hari nanti akan tiba selamat di rumah dan tunduk di depan Tuhan dan menitiskan air kebahagiaan kerana belas kasihan-Nya yang besar dalam hidup kita, termasuk kesedihan yang menyediakan lebih banyak ruangan untuk kebahagiaan.25

Saya bersaksi apabila kita menyerah diri kepada Tuhan dan percaya dengan konsisten dan kuat terhadap Yesus Kristus dan tujuan ilahi-Nya dalam hidup kita, Dia akan mengunjung kita dengan jaminan dan memberi kedamaian kepada jiwa kita supaya kita “berharap demi pembebasan kami di dalam Dia.”26

Saya bersaksi bahawa Yesus ialah Kristus. Dialah sumber semua kebahagiaan.27 Rahmat-Nya cukup dan Dia perkasa untuk menyelamat.28 Dia adalah cahaya, hidup dan harapan dunia.29 Dia tidak akan menyebabkan kita binasa.30 Dalam nama Yesus Kristus, amin.