Ditemui Melalui Kuasa Kitab Mormon
Semua mesti mengalami dan ditemui oleh kuasa kebenaran yang terdapat dalam Kitab Mormon.
Ketika saya melawat penganut baru di rumah mereka, saya sering bertanya bagaimana mereka dan keluarga mereka mengetahui tentang Gereja dan bagaimana mereka memutus untuk dibaptiskan. Tidak kira jika orang itu ahli aktif atau lama tidak menghadiri gereja selama bertahun-tahun. Jawapannya selalu sama: dengan senyuman dan wajah mereka bersinar, mereka mula menceritakan kisah bagaimana mereka ditemui. Malah, seringkali kisah penukaran hati menjadi kisah bagaimana kita ditemui.
Yesus Kristus Sendiri adalah Tuhan kepada benda-benda yang hilang. Dia mengambil berat tentang benda-benda yang hilang. Itulah sebabnya Dia mengajar tiga perumpamaan yang kita dapati dalam Bab 15 Lukas: perumpamaan domba yang hilang, wang yang hilang, dan anak yang sesat. Semua cerita ini mempunyai pelajaran yang sama: Tidak kira mengapa mereka hilang. Tidak kira walaupun mereka sedar yang mereka telah hilang. Penyataan yang sangat menggembirakan, “Marilah kita bergembira! Dombaku yang hilang sudah aku jumpai semula.”1 Akhirnya, tiada yang benar-benar hilang kepada-Nya.2
Izinkan saya berkongsi dengan anda pentang ini, salah satu perkara yang paling berharga kepada saya—kisah bagaimana saya ditemui.
Sebelum saya berumur 15 tahun, saya dijemput oleh pak cik saya, Manuel Bustos, untuk meluangkan sedikit masa bersama dia dan keluarganya di Amerika Syarikat. Ini peluang besar bagi saya untuk belajar bahasa Inggeris. Pak cik saya telah menjadi penganut baru Gereja beberapa tahun sebelum ini, dan dia mempunyai semangat penginjil yang hebat. Itulah sebabnya ibu saya, tanpa pengetahuan saya, bercakap dengan pak cik dan berkata dia akan bersetuju dengan jemputan dengan satu syarat: pak cik tidak akan cuba untuk meyakinkan saya untuk menjadi ahli Gerejanya. Kami adalah Katolik, dan untuk selama beberapa generasi, dan tidak ada sebab untuk menukarnya. Pak cik saya bersetuju dan berpegang kepada janjinya sehingga dia tidak mahu menjawab soalan-soalan mudah tentang Gereja.
Sudah tentu, pak cik saya dan isterinya yang baik, Marjorie, tidak dapat menyembunyikan diri mereka yang sebenar.3
Saya telah diberikan sebuah bilik seperti perpustakaan yang besar. Saya dapat lihat yang dalam perpustakaan ini terdapat kira-kira 200 salinan Kitab Mormon dalam bahasa yang berbeza, 20 darinya dalam Bahasa Sepanyol.
Suatu hari, kerana perasaan rasa ingin tahu, saya mengambil satu salinan Kitab Mormon dalam Bahasa Sepanyol.
Ia adalah salah satu salinan dengan kulit buku lembut berwarna biru langit, dengan gambar malaikat Moroni di depan. Apabila saya membukanya, di halaman pertama tertulis janji berikut: “Dan apabila kamu akan menerima hal-hal ini, aku hendak mendorongmu agar kamu akan bertanya kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dalam nama Kristus, jikalau hal-hal ini tidak benar; dan jika kamu akan bertanya dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus, Dia akan menyatakan kebenarannya kepadamu, melalui kuasa Roh Kudus.”
Dan tambahan kepadanya: “Dan melalui kuasa Roh Kudus kamu dapat mengetahui kebenaran tentang semua hal.”4
Ia agak susah untuk menerangkan kesan tulisan suci ini terhadap minda dan hati saya ini. Sejujurnya, saya bukan sedang mencari “kebenaran.” Saya hanya remaja, gembira dengan kehidupannya, sedang menikmati budaya baru ini.
Walau bagaimanapun, dengan janji itu dalam fikiran, saya mula membaca buku itu secara rahsia. Semasa saya membaca lebih lanjut, saya faham yang jika saya benar-benar ingin mendapatkan sesuatu daripada ini, saya perlu mula berdoa. Kita semua tahu apa yang berlaku apabila anda bukan sahaja membaca tetapi juga berdoa tentang Kitab Mormon. Itulah yang berlaku kepada saya. Ia adalah sesuatu yang sangat istimewa dan sangat unik—ya, tetapi sama seperti apa yang berlaku kepada beribu-ribu orang lain di seluruh dunia. Saya mengetahui dengan kuasa Roh Kudus bahawa Kitab Mormon adalah benar.
Saya kemudian pergi ke pak cik saya untuk menjelaskan kepadanya apa yang telah berlaku dan saya sudah bersedia untuk dibaptiskan. Pak cik saya tidak dapat menyembunyikan kekagumannya. Dia masuk ke dalam keretanya, pandu ke lapangan terbang, dan kemudian kembali dengan tiket pesawat saya untuk pulang ke rumah, dengan nota yang ditujukan kepada ibu saya yang menyatakan, “Saya tiada kena mengena dengan ini!”
Dia agak betul dengan itu. Saya telah ditemui secara langsung oleh kuasa Kitab Mormon.
Mungkin ramai yang telah ditemui melalui penginjil yang menakjubkan di seluruh dunia, dalam setiap kes secara mukjizat. Atau mungkin mereka telah ditemui melalui kawan-kawan yang Tuhan sengaja letakkan di hidup mereka. Mereka juga mungkin telah ditemui oleh seseorang dari generasi ini atau melalui salah seorang nenek moyang mereka.5 Walau apa pun, untuk maju ke arah penukaran hati peribadi yang sebenar, mereka semua mesti mengalami dan ditemui oleh kuasa kebenaran yang terdapat dalam Kitab Mormon. Pada masa yang sama, mereka mesti secara peribadi memutuskan untuk membuat komitmen serius kepada Tuhan yang mereka akan berusaha untuk mematuhi perintah-perintah-Nya.
Setelah saya kembali ke Buenos Aires, ibu saya menyedari yang saya benar-benar mahu dibaptiskan. Memandangkan saya mempunyai sifat yang agak memberontak, dia tidak menentang tetapi menyokong saya. Dan tanpa menyedarinya, dia sendiri melakukan temu duga pembaptisan saya. Ya, saya percaya bahawa temu duga dia lebih mendalam daripada yang dilakukan oleh para penginjil kita. Dia beritahu saya: “Jika kamu ingin dibaptiskan, saya akan menyokong kamu. Tetapi saya akan menanya beberapa soalan dahulu dan saya mahu kamu berfikir dengan dalam dan menjawab saya dengan jujur. Adakah kamu bertekad untuk menghadiri gereja setiap hari Ahad?”
Saya beritahunya, “Ya, sudah tentu, saya akan lakukannya.”
“Adakah kamu tahu berapa lamanya gereja?”
“Ya, saya tahu,” Saya berkata.
Dia menjawab, “Baiklah, jika kamu dibaptiskan, saya akan pastikan kamu menghadiri gereja.” Kemudian dia menanya saya jika saya benar-benar bersedia untuk tidak minum alkohol atau merokok.
Saya menjawab, “Ya, sudah tentu, saya akan mematuhinya juga.”
Kemudian dia menambah, “Jika kamu dibaptiskan, saya akan memastikan yang itu berlaku.” Dan dia meneruskan dengan cara itu dengan hampir setiap perintah.
Pak cik saya telah menelefon ibu saya untuk memberitahunya supaya jangan risau, saya akan mula hilang minat semua ini. Empat tahun kemudian, apabila saya menerima panggilan saya untuk melayani di Misi Uruguay Montevideo, ibu saya menelefon pak cik saya untuk menanya bilalah saya akan hilang minat semua ini. Kebenarannya ialah sejak saya dibaptiskan, dia adalah seorang ibu yang lebih bahagia.
Saya mengetahui yang Kitab Mormon adalah penting dalam proses penukaran hati dengan mengalami secara langsung janji bahawa “seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajarannya.”6
Nefi menjelaskan tujuan utama Kitab Mormon dengan cara ini:
“Kerana kita bekerja tekun untuk menulis; untuk memujuk anak-anak kami, dan juga saudara-saudara kami, untuk percaya kepada Kristus, dan untuk diperdamaikan dengan Tuhan. …
“Dan kita berbicara berkenaan Kristus, kita berbahagia dalam Kristus, [dan] kita berkhutbah berkenaan Kristus, … agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka.”7
Seluruh Kitab Mormon dipenuhi dengan tujuan kudus yang sama.
Disebabkan ini, setiap pembaca yang melakukan kajian ikhlas dengan roh doa, tidak hanya akan belajar tentang Kristus tetapi akan belajar daripada Kristus—terutamanya jika mereka membuat keputusan untuk “menguji kuasa firman Tuhan”8 dan tidak menolaknya awal-awal kerana prasangka ketidakpercayaan9 yang orang lain telah katakan tentang perkara yang mereka tidak pernah baca.
Presiden Russell M. Nelson merenungkan: “Apabila saya fikir tentang Kitab Mormon, saya fikir tentang perkataan kuasa. Kebenaran Kitab Mormon ada kuasa untuk menyembuh, menghiburkan hati, memulihkan, menolong, memperkuatkan, dan meriangkan jiwa kita.”10
Tidak kira berapa lama kita telah menjadi ahli Gereja, jemputan saya petang ini kepada setiap kita adalah untuk membenarkan kuasa kebenaran Kitab Mormon untuk menemui kita dan memeluk kita sekali lagi, dan setiap hari kita tekun mencari wahyu peribadi. Ia akan berbuat demikian jika kita membenarkannya.
Saya bersaksi dengan khusyuk yang Kitab Mormon mengandungi kegenapan injil Yesus Kristus dan Roh Kudus akan mengesahkan kebenarannya dari semasa ke semasa kepada sesiapa yang, dengan hati ikhlas, mencari pengetahuan untuk keselamatan jiwa mereka.11 Dalam nama Yesus Kristus, amin.