2010–2019
Anak Perempuan Yang Dikasihi
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Anak Perempuan Yang Dikasihi

Pada pusat semua yang kita lakukan dalam Remaja Puteri adalah keinginan kita untuk membantu anda memperoleh iman yang tidak dapat digoncangkan dalam Tuhan Yesus Kristus.

Para saudari terkasih, ia menggembirakan untuk bersama anda! Kita sedang menyaksikan banyak wahyu yang mencubakan secara rohani dan menggembirakan.

Saya ingin memperkenalkan beberapa kawan kepada anda; mereka ialah remaja puteri yang unik dalam bakat, adat, dan keadaan individu dan keluarga. Setiap daripada mereka, seperti anda semua, telah memenangi hati saya.

Bella

Pertama, bertemu dengan Bella. Dia berdiri teguh sebagai remaja puteri tunggal dalam cabangnya di Iceland.

Josephine

Bertemu dengan Josephine yang setia dari Afrika, yang akan mengaji Kitab Mormon setiap hari sekali lagi. Dia sedang menemui kuasa dan berkat-berkat yang datang dari tindakan mudah dan beriman ini.

Ashtyn

Dan akhirnya bertemu dengan kawan saya Ashtyn, seorang remaja puteri luar biasa yang telah meninggal dunia selepas pertempuran enam tahun dengan kanser. Kesaksiannya yang kuat dalam Korban tebusan Yesus Kristus masih bergema dalam hati saya.

Anda semua remaja puteri yang luar biasa. Anda unik, dengan kurnia dan pengalaman anda sendiri namun serupa dalam cara yang sangat penting dan kekal.

Anda benar-benar anak perempuan rohani Ibu Bapa Syurgawi, dan tidak ada apa yang dapat menghalang anda dari kasih Mereka dan kasih Juruselamat anda.1 Apabila anda mendekati-Nya, walaupun mengambil langkah yang paling kecil ke hadapan, anda akan menemui kedamaian kekal yang menetap dalam jiwa anda sebagai pengikut beriman Juruselamat, Yesus Kristus kita.

Presiden Russell M. Nelson, nabi yang kita kasihi, telah meminta saya berkongsi beberapa perubahan terinspirasi yang akan membantu anda “mengembangkan potensi peribadi kudus [anda]”2 dan meningkatkan pengaruh soleh anda. Saya akan bercakap tentang empat perubahan malam ini.

Tema Remaja Puteri

Pertama, pada pusat semua yang kita lakukan dalam Remaja Puteri adalah keinginan kita untuk membantu anda memperoleh iman yang tidak dapat digoncangkan dalam Tuhan Yesus Kristus3 dan pengetahuan pasti tentang identiti ilahi anda sebagai anak perempuan Tuhan.

Malam ini, saya ingin mengumumkan satu revisi kepada tema Remaja Puteri. Saya berdoa anda akan merasai Roh Kudus bersaksi tentang kebenaran kata-kata ini apabila saya mengatakan tema baru:

Saya ialah anak perempuan kepada ibu bapa syurgawi yang dikasihi,4 dengan sifat ilahi dan takdir abadi.5

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus,6 saya berusaha untuk menjadi seperti-Nya.7 Saya mencari dan bertindak ke atas wahyu peribadi8 dan melayani orang lain dalam nama-Nya yang kudus.9

Saya akan berdiri sebagai saksi bagi Tuhan pada setiap waktu dan dalam segala hal, dan di setiap tempat.10

Dalam usaha saya untuk melayakkan diri bagi permuliaan,11 saya menghargai kurnia pertaubatan12 dan berusaha untuk memajukan diri setiap hari.13 Dengan iman,14 saya akan mengukuhkan rumah tangga dan keluarga saya,15 membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kudus,16 dan menerima tatacara17 serta berkat bait suci.18

Perhatikan peralihan daripada “kita” kepada “saya.” Kebenaran ini adalah untuk anda secara individu. Anda ialah anak perempuan kepada Ibu Bapa Syurgawi yang dikasihi. Anda ialah seorang pengikut perjanjian Juruselamat kita, Yesus Kristus. Saya menjemput anda untuk mengaji dan merenungkan kata-kata ini. Saya tahu jika anda membuat demikian, anda akan mendapatkan kesaksian kebenaran mereka. Memahami kebenaran-kebenaran ini akan mengubah cara anda menghadapi cabaran. Mengetahui identiti dan tujuan anda akan membantu anda menyelaraskan kehendak anda dengan kehendak Juruselamat.

Kedamaian dan dorongan akan kepunyaan anda apabila anda mengikuti Yesus Kristus.

Kelas-kelas Remaja Puteri

Bahagian perubahan kedua mempengaruhi kelas-kelas Remaja Puteri. Elder Neal A. Maxwell berkata, “Sering kali apa yang manusia perlukan adalah dilindungi dari kesukaran hidup dalam keselamatan Gereja.”19 Kelas-kelas kita mesti menjadi tempat perlindungan dari kesusahan, satu tempat selamat dengan kasih dan rasa tergolong. Dalam usaha untuk membina kesatuan yang lebih besar, menguatkan persahabatan, dan meningkatkan rasa tergolong dalam Remaja Puteri, kita sedang membuat beberapa perubahan kepada struktur kelas.

Selama lebih dari 100 tahun, remaja puteri telah dibahagikan kepada tiga kelas. Bermula sekarang, kita menjemput para pemimpin Remaja Puteri dan uskup untuk berdoa dan mempertimbangkan keperluan setiap remaja puteri dan mengorganisasikan mereka menurut keadaan spesifik bahagian. Berikut adalah beberapa contoh bagaimana ini boleh berlaku.

  • Jika anda mempunyai hanya beberapa remaja puteri, anda boleh mempunyai satu kelas Remaja Puteri di mana semu orang bertemu bersama.

  • Anda mungkin mempunyai satu kumpulan remaja puteri yang besar berumur 12 dan kemudian satu kumpulan kecil remaja puteri yang lebih tua. Anda boleh memutuskan untuk mempunyai dua kelas: Remaja Puteri 12 dan Remaja Puteri 13–18.

  • Atau jika anda mempunyai satu bahagian besar dengan 60 remaja puteri, anda boleh membahagikan kepada enam kelas, satu untuk setiap umur, diaturkan mengikut tahun.

Tidak kira bagaimana kelas anda diaturkan, anda remaja puteri sangat penting dalam membina perpaduan. Jadilah cahaya kepada mereka di sekeliling anda. Jadilah sumber kasih dan penjagaan yang anda harap untuk terima dari orang lain. Dengan doa dalam hati anda, teruskan menunjuk dan menjadi pengaruh kebaikan itu. Apabila anda membuat demikian, hidup anda akan dipenuhi dengan kebaikan. Anda akan mempunyai sebuah perasaan lebih baik terhadap orang lain dan akan bermula melihat kebaikan mereka sebagai balasannya.

Nama-nama Kelas Remaja Puteri

Ketiga, dengan organisasi kelas baru ini, semua kelas akan dirujuk dengan nama yang menyatukan “Remaja Puteri.”20 Kita akan berhenti menggunakan nama-nama “Beehive,” “Mia Maid,” dan “Laurel.”

Menguatkan Presidensi Kelas

Bahagian terakhir yang saya ingin bincangkan adalah kepentingan presidensi kelas. Tidak kira bagaimana kelas-kelas Remaja Puteri diorganisasikan, setiap kelas perlu mempunyai satu presidensi kelas!21 Ia adalah tujuan ilahi bahawa remaja puteri dipanggil untuk memimpin semasa mereka remaja.

Peranan dan tujuan presidensi kelas telah diperkukuhkan dan ditakrifkan dengan lebih jelas. Pekerjaan penyelamatan adalah salah satu tanggungjawab penting ini, terutamanya dalam pelayanan, pekerjaan penginjil, pengaktifan, dan kerja bait suci dan sejarah keluarga.22 Ya, inilah cara kita mengumpulkan Israel23—suatu pekerjaan mulia bagi semua remaja puteri sebagai para ahli batalion remaja Tuhan.

Seperti anda ketahui, pada setiap tahap Gereja, Tuhan memanggil presidensi untuk memimpin umat-Nya. Remaja Puteri, menjadi ahli presidensi kelas mungkin adalah peluang pertama anda untuk mengambil bahagian dalam corak kepimpinan terinspirasi ini. Pemimpin dewasa, buatlah panggilan presidensi kelas satu keutamaan dan kemudian memimpin bersebelahan dengan mereka, menjadi mentor dan membimbing mereka supaya mereka boleh berjaya.24 Tidak kira apa tahap pengalaman kepimpinan presidensi kelas, bermula di mana mereka berada dan bantu mereka mengembangkan kemahiran dan keyakinan yang akan memberkati mereka sebagai pemimpin. Tetap berdekatan mereka, tetapi jangan mengambil kawalan. Roh akan membimbing anda apabila anda membimbing mereka.

Chloe

Untuk menunjukkan peranan penting seorang ibu bapa dan pemimpin sebagai mentor, saya ingin memberitahu anda satu cerita. Chloe dipanggil untuk melayan sebagai presiden kelas. Pemimpin imamatnya yang bijak menggalakkannya untuk mendapatkan bantuan Tuhan dalam mencadangkan nama-nama untuk presidensinya. Chloe berdoa dan menerima inspirasi untuk cadangan penasihatnya.dengan cepat. Apabila dia memikirkan dan berdoa tentang setiausaha, Roh berulang kali memalingkan tumpuan kepada seorang remaja puteri yang mengejutkannya—seorang yang jarang datang ke gereja atau aktiviti.

Dengan perasaan tidak pasti dengan dorongan itu, Chloe bercakap dengan ibunya, yang menjelaskan bahawa salah satu cara kita boleh menerima wahyu adalah melalui fikiran yang berulang. Dengan keyakinan baru, Chloe rasa dia boleh mencadangkan remaja puteri ini. Uskup memberi panggilan, dan remaja puteri itu menerimanya. Selepas ditetapkan, setiausaha manis ini berkata, “Sebenarnya, saya tidak pernah rasa saya mempunyai tempat, atau diperlukan di mana-mana. Saya tidak rasa tergolong. Tetapi dengan panggilan ini, saya rasa seperti Bapa Syurgawi mempunyai satu tujuan dan satu tempat untuk saya.” Semasa Chloe dan ibunya meninggalkan mesyuarat, Chloe berpaling kepada ibunya dan berkata dengan tangisan dalam mata, “Wahyu benar! Wahyu benar-benar berfungsi!”

Presidensi kelas, anda telah dipanggil oleh Tuhan dan dipercayai untuk memimpin satu kumpulan anak-anak perempuan-Nya. “Tuhan mengenali anda. … Dia memilih anda.”25 Anda telah ditetapkan oleh seorang yang mempunyai kuasa imamat; ini bermakna apabila anda melaksanakan tugas panggilan anda, anda menggunakan kuasa imamat. Anda mempunyai pekerjaan penting untuk dilakukan. Menjadi sensitif dan bertindak atas dorongan Roh Kudus. Apabila anda membuat demikian, anda boleh melayan dengan keyakinan, kerana anda tidak melayan bersendirian!

Presiden kelas, kita memerlukan kebijaksanaan, pandangan, dan tenaga anda dalam majlis remaja bahagian baru yang Elder Quentin L, Cook telah umumkan hari ini. Anda adalah bahagian penting dalam penyelesaian memenuhi keperluan para saudara dan saudari anda.26

Perubahan dalam organisasi kelas dan kepimpinan ini boleh mula dilaksanakan secepat mungkin jika bahagian dan cabang bersedia namun harus dilaksanakan sebelum 1 Januari 2020.

Para saudari terkasih, saya memberi kesaksian bahawa perubahan yang saya umumkan hari ini adalah arahan terinspirasi dari Tuhan. Apabila kita dengan tekun melaksanakan perubahan ini, semoga kita tidak lupakan tujuan kita: untuk menguatkan keinginan kita untuk mengikuti Yesus Kristus dan membantu orang lain datang kepada-Nya. Saya bersaksi bahawa inilah Gereja-Nya. Saya bersyukur Dia membenarkan kita untuk menjadi bahagian penting dalam pekerjaan kudus-Nya.

Saya berdoa bahawa Roh yang sama yang telah membimbing perubahan ini akan membimbing anda apabila anda maju ke hadapan dalam jalan perjanjian. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.