2010–2019
Pesanan, Maksud dan Orang Ramai
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Pesanan, Maksud dan Orang Ramai

Dalam tengah-tengah kekecohan dan kegangguan kita, semoga kita berusaha untuk melihat Kristus dalam pusat kehidupan kita, iman kita, dan pelayanan kita.

Saudara dan saudari, ini Sammy Ho Ching, berumur tujuh bulan, menonton persidangan umum dalam rumahnya bulan April lalu.

Sammy Ho Ching menonton persidangan

Apabila masanya untuk menyokong Presiden Russell M. Nelson dan para Penguasa Umum lain, tangan Sammy sibuk memegang botol susunya. Jadi dia angkat kakinya.

Sammy Ho Ching sokong

Sammy berikan maksud baru kepada konsep mengundi dengan kaki.

Selamat datang ke persidangan setengah tahunan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Untuk memberikan latar belakang kepada perbincangan saya tentang maksud perhimpunan dua kali setahun ini, saya merujuk kepada catatan Lukas dari Perjanjian Baru:1

“Yesus hampir tiba di Yerikho. Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah.

“… orang buta itu mendengar orang ramai lalu di situ, dia bertanya, “Apa sedang berlaku?”.

“Mereka memberitahu dia, “Yesus, orang Nasaret itu, lalu.

“Segera dia berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya!”

Terkejut oleh keberaniannya, orang ramai cuba mendiamkan dia, tetapi “dia berseru lebih kuat lagi,” menurut ayat suci ini. Kerana ketabahannya, dia dibawa ke depan Yesus, yang sudah dengar rayuannya demi pemulihan penglihatannya dan Yesus menyembuh dia.2

Saya terharu oleh peristiwa ini setiap kali saya membacanya. Kita boleh rasa kebimbangan orang buta itu. Kita boleh dengar dia meneriak untuk menarik perhatian Juruselamat. Kita senyum ke atas keengganannya untuk didiamkan—betul, ya, azamnya untuk menjerit kuat apabila semua orang suruh dia untuk senyap. Ini satu cerita manis tentang iman yang teguh. Tetapi seperti semua tulisan suci, lebih banyak kita mengaji, lebih kita memahami.

Satu fikiran yang datang kepada saya baru-baru ini ialah kebijaksanaan orang ini untuk mengelilingi dirinya dengan orang yang sensitif secara rohani. Kepentingan cerita ini bergantung kepada beberapa orang perempuan dan lelaki, yang apabila ditanya oleh orang buta itu, “Apakah maksud kekecohan ini?” mereka mengenal pastikan Kristus sebagai sebab keriuhan itu; Dialah “Maksud itu.” Ada satu pengajaran dalam perbualan ini bagi kita semua. Mengenai perihal iman dan keyakinan, kita boleh tujukan soalan kita kepada orang yang ada iman dan keyakinan! “Bolehkah orang yang buta membimbing orang yang buta?” Yesus tanya. “[Jika demikian] maka kedua-dua mereka akan jatuh ke dalam longkang.”3

Pengejaran iman dan keyakinan ini ialah tujuan kita dalam persidangan ini, dan dengan menyertai bersama kita pada hari ini, anda akan sedar bahawa ramai orang mengongsi pencarian ini. Lihat sekeliling anda. Di sekeliling kawasan pusat persidangan ini anda nampak pelbagai jenis keluarga datang dari semua arah. Rakan-rakan lama memeluk dalam penyatuan semula yang riang, koir memanaskan suara, dan penunjuk perasaan meneriak topik kegemaran mereka. Bekas para penginjil yang lebih tua carikan bekas teman penginjil mereka, dan para penginjil yang baru-baru pulang carikan teman baru (fahamkah anda maksud saya!) Dan foto? Memangnya banyak! Kerana setiap orang ada telefon bimbit, kita sudah berubah dari “setiap ahli seorang penginjil” ke “setiap ahli seorang jurugambar.” Di tengah-tengah semua keriuhan yang riang ini, kita tanya, “Apakah maksud semua ini?”

Seperti cerita dalam Perjanjian Baru, mereka yang diberkati penglihatan akan mengenal bahawa, walaupun tradisi persidangan umum ini datangkan banyak kegembiraan, ia ia tidak lagi bererti jika kita tidak cari Yesus dalam tengah-tengah semua ini. Untuk memperolehi visi yang kita carikan, penyembuhan yang Dia janjikan, kepentingan yang kita tahu adalah di sini, kita mesti tidak terganggu oleh keriuhan—walaupun ia amat seronok— dan tumpukan perhatian kita kepada Dia. Doa setiap pembicara, harapan semua yang menyanyi, dan ketakziman setiap tetamu—semua dibaktikan untuk menjemput Roh-Nya yang memimpin Gereja ini—Kristus yang hidup, Anak Domba Tuhan, Putera Kedamaian.

Tetapi kita tidak perlu datang ke pusat persidangan untuk mencari Dia. Apabila seorang budak membaca Kitab Mormon buat kali pertama dan tertarik dengan keberanian Abinadi atau perarakan 2,000 orang pahlawan muda, kita boleh belajar bahawa Yesus adalah pusat kepada semua peristiwa ini, bagaikan pengaruh utama di atas setiap halaman dan mengaitkan semua watak lain yang meningkatkan iman dalam kitab ini.

Demikianlah, apabila seorang rakan belajar tentang agama kita, dia boleh rasa keliru oleh unsur-unsur unik dan istilah yang tidak biasa dari agama kita—sekatan pemakanan, bekalan keberdikarian, trek perintis, sejarah keluarga digital, dan pusat-pusat pancang di mana mereka fikir akan hidangkan stik. Jadi, semasa rakan baru kita nampak dan dengar banyak perkara yang baru bagi mereka, kita mesti bantu mereka memahami maksud dan tujuan semua keriuhan yang mereka nampak dan dengar, dan fokus pada injil abadi—kasih Ibu Bapa Syurgawi, kurnia penebusan Putera ilahi, bimbingan Roh Kudus, pemulihan zaman akhir semua kebenaran dan lebih banyak lagi.

Apabila seseorang pergi ke bait suci buat kali pertama, dia mungkin terkagum oleh pengalaman itu. Tugas kita adalah untuk memastikan bahawa lambang-lambang dan adat kudus, pakaian upacara dan persembahan visual, tidak mengalihkan perhatian daripada Juruselamat tetapi menuju kepada Dia yang kita pergi untuk sembah. Bait suci ialah rumah-Nya, dan Dialah perkara yang terpenting dalam minda dan hati kita—ajaran Kristus yang menusuk kita seperti ia menusuk tatacara bait suci—dari saat kita membaca tulisan di pintu bait suci sampai saat terakhir kita berada dalam bangunan itu. Di kalangan semua perkara yang kita temui, kita harus lihat, terutamanya, maksud Yesus dalam bait suci.

Pertimbangkan banyak inisiatif besar dan perisytiharan baharu dalam Gereja beberapa bulan ini. Semasa kita melayan satu sama lain, atau meningkatkan pengalaman hari Sabat kita, atau pun menerima program baru untuk kanak-kanak dan remaja, kita akan hilang tujuan sebenar pelarasan ini jika kita melihatnya sebagai unsur-unsur berasingan yang tidak berkaitan. Hal-hal ini ialah usaha yang saling berkaitan untuk membantu kita berdiri dengan lebih teguh di atas Batu Keselamatan kita.4 Tentunya, inilah tujuan Presiden Russell M. Nelson untuk memberitahu kita untuk menggunakan nama Gereja.5 Jika Yesus—nama-Nya, ajaran-Nya, teladan-Nya, ketuhanan-Nya—boleh berada di pusat penyembahan kita, kita akan memperteguhkan kebenaran hebat yang diajar oleh Alma: “Ada banyak hal yang akan datang; [tetapi] lihatlah, ada satu hal yang lebih penting daripada semuanya—kerana lihatlah … Penebus [yang] hidup dan datang di kalangan umat-Nya.”6

Satu fikiran terakhir: Suasana sempadan Joseph Smith pada abad ke-19 penuh dengan saksi agama Kristian yang saling bertanding.7 Tetapi dalam kekecohan yang mereka ciptakan, para pendakwa yang bersemangat ini, mengaburkan Juruselamat yang dicarikan oleh Joseph Smith. Berjuang dengan yang dia panggil “kegelapan dan kekeliruan,”8 dia menarik diri ke satu dusun yang sepi di mana dia nampak dan dengar satu saksi yang lebih agung mengenai kepentingan Juruselamat kepada injil daripada semua yang sudah kita sebut di sini pagi ini. Dengan kurnia penglihatan yang tidak dia harapkan dan gambarkan, Joseph nampak dalam penglihatan, Bapa Syurgawinya, Tuhan alam semesta, dan Yesus Kristus, Putera Tunggal-Nya yang sempurna. Kemudian Bapa berikan contoh yang kita bincangkan pagi ini: Dia menunjuk kepada Yesus, kata, “Inilah Putera-Ku yang Ku kasihi. Dengarkanlah Dia!”9 Kata-kata itu ialah pertunjukan yang paling hebat mengenai identiti ketuhanan Yesus, keutamaan-Nya dalam rancangan keselamatan, dan pandangan Tuhan Bapa tentang Dia.

Kekecohan dan kekeliruan? Orang ramai dan pertikaian? Dunia kita penuh dengan perkara-perkara itu. Para pengkritik dan orang yang beriman masih bertengkar tentang penglihatan pertama dan semua perkara yang saya sebut hari ini Jika anda cuba lihat dengan lebih jelas dan carikan maksud di kalangan pandangan orang ramai, saya tujukan anda kepada Yesus dan berikan saksi rasul tentang pengalaman Joseph Smith, yang berlaku agak-agak 1800 tahun selepas rakan buta kita yang sudah terima penglihatannya pada Jalan Yerikho purba. Saya bersaksi bersama dua orang ini dan khalayak ramai lagi bahawa pemandangan dan bunyi yang paling mendebarkan dalam hidup ini ialah Yesus tidak hanya lalu kita sahaja10 tetapi Dia datang kepada kita, berhenti di sisi kita, dan tinggal bersama kita.11

Saudari dan saudara, di tengah-tengah kekecohan dan kegangguan kita, semoga kita berusaha untuk melihat Kristus dalam pusat kehidupan kita, iman kita, dan pelayanan kita. Inilah maksud sebenarnya. Dan jika ada masa penglihatan kita terbatas, atau keyakinan kita semakin pudar, atau kepercayaan kita diuji dan dicuba—dan pastinya ini akan berlaku—semoga kita berseru dengan kuat “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!”12 Saya janji dengan semangat dan kepercayaan kerasulan bahawa Dia akan dengar anda dan akan kata, satu hari nanti, “Lihatlah! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh.”13 Selamat datang ke persidangan umum. Dalam nama Yesus Kristus, amin.