2010–2019
Dua Perintah yang Utama
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Dua Perintah yang Utama

Kita harus cuba untuk mematuhi kedua-dua perintah yang utama. Untuk melakukannya, kita perlu mengimbangi di antara hukum dan kasih.

Para saudariku dalam injil Yesus Kristus, saya menyambut anda sebagai pelindung keluarga abadi yang ditugaskan secara ilahi. Presiden Russell M. Nelson telah mengajar kita, “Gereja ini telah dipulihkan supaya keluarga boleh dibentuk, dimeteraikan, dan dimuliakan secara abadi.”1 Ajaran itu mempunyai implikasi yang penting bagi mereka yang mengenali diri sebagai lesbian, gay, biseksual, atau trans-jantina, lebih biasa dikenali sebagai LGBT.2 Presiden Nelson juga mengingatkan bahawa kita tidak “harus [sentiasa] menyetujui untuk mengasihi satu sama lain.”3 Ajaran-ajaran bersifat ilahi penting bagi perbincangan keluarga untuk menjawab persoalan kanak-kanak dan remaja. Saya telah berdoa untuk memperoleh ilham berucap bagi hadirin ini kerana anda dipengaruhi secara unik oleh soalan-soalan tersebut, yang secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi setiap keluarga dalam Gereja.

I.

Saya bermula dengan apa yang diajar oleh Yesus tentang dua perintah yang utama.

“Kasihilah Tuhan, Rajamu, dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.

“Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!

“Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”4

Ini bermaksud kita diperintah untuk mengasihi semua, kerana perumpamaan Yesus tentang orang Samaria yang baik mengajarkan bahawa semua orang adalah sesama manusia kita.5 Namun kesungguhan kita untuk mematuhi perintah kedua ini tidak harus menyebabkan kita lupa perintah pertama, iaitu untuk mengasihi Tuhan dengan segenap jiwa dan segenap akal budi kita. Kita menunjukkan kasih itu dengan “mentaati perintah-perintah [Dia].”6 Tuhan memerlukan kita untuk mematuhi perintah-perintah-Nya kerana hanya melalui kepatuhan, termasuklah pertaubatan, kita boleh kembali untuk hidup di hadirat-Nya dan menjadi sempurna seperti Dia.

Dalam ucapannya kepada golongan muda Gereja, Presiden Russell M. Nelson bercakap tentang apa yang dipanggil “perhubungan yang kuat di antara kasih dan hukum-hukum Tuhan.”7 Hukum-hukum yang terutamanya bagi isu-isu berkaitan dengan mereka yang dikenali sebagai LGBT ialah hukum perkahwinan dan hukum kemurnian akhlak Tuhan. Kedua-duanya penting dalam rancangan keselamatan Bapa Syurgawi bagi anak-anak-Nya. Sepertimana diajar oleh Presiden Nelson, “Hukum-hukum Tuhan didorongi sepenuhnya dari kasih-Nya yang tidak terbatas bagi kita dan keinginan Dia bagi kita untuk menjadi segala yang kita boleh menjadi.”8

Presiden Nelson telah mengajar: “Banyak negara … telah mengesahkan perkahwinan sama jantina. Sebagai ahli-ahli Gereja, kita menghormati hukum-hukum negeri … , termasuklah perkahwinan sivil. Namun, sebenarnya, sejak dari mula lagi … perkahwinan ditahbiskan oleh Tuhan! Dan sehinggalah hari ini ia didefinisikan oleh Dia sebagai di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Tuhan belum mengubah definisi perkahwinan-Nya.”

Presiden Nelson meneruskan: “Tuhan juga belum mengubah hukum kemurnian ahklak-Nya. Syarat-syarat untuk memasuki bait suci belum berubah.”9

Presiden Nelson mengingati kita semua bahawa “tugas kami sebagai Rasul-rasul adalah untuk hanya mengajar kebenaran. Tugas itu tidak memberi [Para Rasul] hak kuasa untuk mengubah hukum ilahi.”10 Oleh demikian, para saudariku, pemimpin-pemimpin Gereja harus sentiasa mengajar kepentingan khas perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan dan hukum kemurnian akhlak.

II.

Usaha Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir secara mutlaknya menyediakan anak Tuhan untuk kerajaan Selestial, terutamanya kemuliaan tertinggi, permuliaan atau kehidupan abadi. Takdir tertinggi ini hanya boleh dicapai melalui perkahwinan abadi.11 Kehidupan abadi termasuklah kuasa untuk mencipta wujud apabila lelaki dan wanita bersatu12—di mana wahyu moden menerangkan sebagai “penerusan benih keturunan selama-lamanya.”13

Dalam ucapannya kepada golongan muda, Presiden Nelson telah mengajar, “Mematuhi hukum-hukum Tuhan akan melindungi anda ketika anda maju sehingga tahap kemuliaan”14—iaitu, untuk menjadi seperti Tuhan, dengan kehidupan yang dimuliakan dan potensi ilahi Ibu Bapa Syurgawi kita. Itulah takdir kita ingini bagi semua yang kita kasihi. Oleh kerana kasih itu, kita tidak boleh membenarkan kasih kita mengganti perintah-perintah dan rancangan dan usaha Tuhan, yang kita tahu akan membawa kegembiraan yang paling hebat.

Namun terdapat ramai yang kita kasihi, termasuklah mereka yang mempunyai injil terpulih, mereka yang tidak percaya atau memilih untuk tidak mengikut perintah-perintah Tuhan berkenaan perkahwinan dan hukum kemurnian. Bagaimana pula dengan mereka?

Ajaran Tuhan menunjukkan bahawa kita semua adalah anak-Nya dan Dia telah mencipta kita supaya kita peroleh kegembiraan.15 Wahyu moden mengajar bahawa Tuhan telah menyediakan satu rancangan bagi pengalaman fana di mana kita boleh memilih untuk patuh dan memperoleh berkat-berkat tertinggi-Nya atau membuat pilihan yang membawa ke salah satu kerajaan-kerajaan yang kurang mengagumkan.16 Oleh kerana kasih Tuhan sangat hebat bagi semua anak-Nya, kerajaan-kerajaan yang rendah tersebut masih lebih menakjubkan daripada sebarang bayangan orang fana.17 Korban tebusan Yesus Kristus membolehkan segala ini berlaku, apabila Dia “memuliakan Bapa, dan menyelamatkan segala pekerjaan tangan-Nya.18

III.

Saya telah bercakap tentang perintah pertama, tetapi bagaimana dengan yang kedua? Bagaimanakah kita patuh kepada perintah untuk mengasihi sesama kita? Kami ingin menyakinkan ahli-ahli kita bahawa mereka yang mengikut ajaran dan perlakuan lesbian, gay, biseksual, atau trans-jantina haruslah dilayan dengan kasih yang Juruselamat perintahkan kita untuk tunjukkan kepada sesama kita. Oleh itu, apabila perkahwinan sama jantina diisytiharkan sah di Amerika Syarikat, Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas mengisytiharkan: “Injil Yesus Kristus mengajar kita untuk mengasihi dan melayani semua insan dengan baik hati dan hormat—walaupun kita tidak bersefahaman. Kita mengesahkan bahawa mereka yang menyokong undang-undang atau keputusan mahkamah untuk membenarkan perkahwinan sama jantina tidak patut dilayan dengan kurang hormat.”19

Tambahan lagi, kita tidak boleh sekali-kali menganiaya mereka yang tidak bersetuju dengan kepercayaan dan komitmen kita.20 Malangnya, ada yang menghadapi isu-isu ini meneruskan perasaan bagai dipinggirkan dan ditolak oleh beberapa ahli dan pemimpin dalam keluarga, bahagian, dan pancang. Kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan lebih menghormati.

III.

Oleh kerana sebab-sebab yang kita tidak fahami, kita punyai cabaran yang berbeza dalam pengalaman fana kita. Namun kita tahu bahawa Tuhan akan membantu setiap kita mengatasi cabaran tersebut jika kita meminta bantuan Dia dengan ikhlas. Setelah penderitaan dan pertaubatan bagi pelanggaran hukum-hukum yang kita telah pun diajarkan, kita semua ditakdirkan satu kerajaan mulia. Penghakiman akhir dan muktamad akan dilakukan oleh Tuhan, yang sendiri punyai pengetahuan, kebijaksanaan, dan rahmat untuk menghakimi kita semua.

Di samping itu, kita harus cuba untuk mentaati kedua-dua perintah utama itu. Untuk melakukannya, kita perlu mengimbangi hukum dan kasih—mematuhi perintah-perintah dan berjalan pada jalan perjanjian, sambil mengasihi sesama orang di sepanjang jalan. Perjalanan ini memerlukan kita mencari ilham ilahi tentang bagaimana untuk menyokong dan menentang dan bagaimana untuk kasih dan mendengar dengan hormat dan mengajar dalam proses itu. Perjalanan kita menuntut kita untuk tidak mengkompromikan perintah-perintah tetapi untuk menunjukkan pemahaman dan kasih yang penuh. Perjalanan kita haruslah bertolak ansur terhadap kanak-kanak yang tidak pasti tentang orientasi jantina mereka, tetapi ia tidak menggalakkan penamaan jantina yang terlalu awal kerana, kebanyakan kanak-kanak, lama-kelamaan ketidakpastian yang mereka alami berkurang dengan besar.21 Perjalanan kita menentang pengerahan daripada jalan perjanjian, dan ia menolak sokongan bagi mereka yang membimbing orang untuk menjauhi Tuhan. Dalam segalanya kita ingat bahawa Tuhan janjikan harapan, kebahagiaan dan berkat tertinggi bagi mereka yang mematuhi perintah-perintah-Nya.

V.

Para ibu dan bapa dan kita semua bertanggungjawab untuk mengajar kedua-dua perintah yang utama. Bagi wanita-wanita Gereja, Presiden Spencer W. Kimball menjelaskan tugas itu dalam nubuat hebat berikut: “Kebanyakan perkembangan Gereja hari-hari terakhir ini akan datang disebabkan ramai wanita baik di dunia … yang akan tertarik ke Gereja dalam bilangan yang besar. Ini akan terjadi ke tahap di mana wanita Gereja mencerminkan kesolehan dan kepandaian bercakap dalam hidup mereka dan sampai tahap wanita Gereja dianggap nyata dan berbeza … daripada wanita lain di dunia. … Maka wanita-wanita tercontoh Gereja akan menjadi tenaga ketara dalam peningkatan bilangan dan perkembangan rohani Gereja pada hari terakhir.”22

Berkenaan nubuat itu, Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan bahawa “Presiden Kimball telah melihat masa depan hari ini. Anda para wanita dari nubuatnya!”23 Kita tidak sangka bahawa nubuat yang diberi 40 tahun yang lepas di kalangan wanita Gereja ini boleh menyelamatkan rakan-rakan dan keluarga terkasih yang kini didorongi dengan keutamaan duniawi dan penyelewengan iblis. Doa dan berkat saya bagi anda agar anda akan mengajar dan bertindak untuk memenuhi nubuat itu, dalam nama Yesus Kristus, amin.