Ikutlah Aku—Strategi Balasan dan Rancangan Proaktif Tuhan
Tuhan menyediakan umat-Nya untuk menentang serangan musuh. Ikutlah Aku merupakan strategi balasan dan rancangan proaktif Tuhan.
Kita gembira dapat bertemu bersama di persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Adalah satu berkat untuk menerima fikiran dan kehendak Tuhan melalui ajaran-ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya. Presiden Russell M. Nelson ialah nabi hidup Tuhan. Kita bersyukur atas nasihat terilham dan arahan dia yang diterima hari ini.
Saya menokok kesaksian saya bersama mereka yang telah dikongsi sebelum ini. Saya bersaksikan Tuhan, Bapa Abadi kita. Dia hidup dan mengasihi kita dan menjaga kita. Rancangan kegembiraan-Nya menyediakan berkat bagi kehidupan fana ini dan pengembalian kita ke hadirat-Nya.
Saya juga memberi saksi akan Yesus Kristus. Dia Putera Tunggal Tuhan. Dia menyelamatkan kita daripada kematian, dan Dia menebus dosa kita apabila kita percayai-Nya dan bertaubat. Korban tebusan-Nya yang tidak terhingga bagi pihak kita membawa berkat-berkat kehidupan baqa dan abadi. Ya, “Bersyukur kepada Tuhan Bapa kerana kurnia Putera-Nya yang tiada bandingnya” (“Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” Liahona, Mei 2017, di halaman depan).
Orang Suci Zaman Akhir di seluruh dunia diberkati untuk menyembah Yesus Kristus di bait suci-Nya. Salah satu bait suci tersebut kini sedang di bina di Winnipeg, Kanada. Isteri saya, Anne Marie, dan saya berpeluang untuk mengunjung tempat pembinaan bulan Ogos tahun ini. Bait suci itu direkabentuk dengan cantik dan akan mengagumkan apabila selesai dibina. Namun, anda tidak boleh membina bait suci mengagumkan di Winnipeg, atau mana jua, tanpa landasan yang kukuh dan teguh.
Kitaran beku-cair dan keadaan tanah yang berbagai-bagai di Winnipeg menjadi suatu cabaran untuk menyediakan landasan bait suci. Oleh itu, telah diputuskan bahawa landasan bait suci ini akan terdiri daripada 70 longgokan besi keluli yang disimen dengan konkrit. Longgokan besi keluli ini adalah sepanjang 60 kaki (18 m) dan berdiameter 12 hingga 20 inci (30 hingga 50 cm). Ia akan didorong ke dalam tanah sehingga mencapai batu hampar, lebih kurang 50 kaki (15 m) di bawah permukaan. Dengan itu, 70 longgokan besi keluli itu akan memberi landasan yang teguh, kukuh bagi bait suci Winnipeg indah yang akan datang.
Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita mencari landasan yang kukuh dan pasti dalam kehidupan kita—landasan rohani yang diperlukan untuk perjalanan fana dan pengembalian ke rumah syurgawi kita. Landasan itu ditubuhkan di atas batu hampar penukaran hati kita kepada Tuhan Yesus Kristus.
Kita ingati ajaran-ajaran Helaman dari Kitab Mormon: “Dan sekarang anak-anakku, ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, … ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12).
Syukurnya, kita hidup dalam zaman di mana nabi-nabi dan rasul-rasul mengajar kita tentang Juruselamat Yesus Kristus. Mematuhi nasihat mereka membantu kita menubuhkan landasan yang kuat dalam Kristus.
Tahun lepas, dalam ucapan pembukanya bagi persidangan umum Oktober 2018, Presiden Russell M. Nelson menjelaskan deklarasi ini dan memberi amaran, “Objektif Gereja adalah untuk membantu semua ahli-ahli meningkatkan iman mereka kepada Tuhan Yesus Kristus dan dalam Korban tebusan-Nya, untuk membantu mereka membuat dan mentaati perjanjian mereka dengan Tuhan, dan menguatkan dan memeteraikan keluarga mereka.” Di dunia yang kompleks hari ini, ini tidak mudah.. Musuh dengan cepat sedang meningkatkan serangannya terhadap iman dan terhadap kita dan keluarga kita. Untuk bertahan hidup secara rohani, kita memerlukan Strategi balasan dan rancangan proaktif” (“Ucapan Pembukaan,” Liahona, Nov. 2018, 7; penekanan ditambahkan).
Berikutan pesanan Presiden Nelson, Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul memperkenalkan Ikutlah Aku sumber bagi individu dan keluarga. Kata-katanya termasuklah penyataan-penyataan berikut:
-
“Sumber kajian di rumah baru Ikutlah Aku … direka untuk membantu para ahli mempelajari Injil di rumah.”
-
“‘Sumber ini adalah untuk setiap individu dan keluarga dalam Gereja’ [Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga (2019), vi].”
-
“Tujuan kita adalah untuk mengimbangkan pengalaman Gereja dan di rumah dengan cara yang akan meningkatkan iman, kerohanian, dan memperdalamkan penukaran hati kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus dengan lebih besar.” (“Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2018, 9-10.)
Mulai Januari tahun ini, Orang Suci Zaman Akhir sedunia mula mengkaji Perjanjian Baru, bersama Ikutlah Aku sebagai panduan kita. Bersama jadual mingguan, Ikutlah Aku membantu kita mengkaji tulisan suci, ajaran injil, dan ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul. Ia merupakan sumber yang hebat bagi kita semua.
Setelah sembilan bulan dalam usaha pengajian tulisan suci sedunia, apakah yang kita boleh perhatikan? Kita melihat Orang Suci Zaman Akhir di semua tempat meningkat dalam keimanan dan kasih terhadap Tuhan Yesus Kristus. Kita melihat individu dan keluarga memperuntukkan masa sepanjang minggu untuk mengkaji firman-firman Juruselamat kita. Kita melihat penambahbaikkan pengajaran injil di dalam kelas hari Ahad apabila kita mengkaji ayat suci di rumah dan berkongsikan pemahaman di gereja. Kita melihat kegembiraan dan kesatuan keluarga meningkat apabila kita berganjak daripada hanya membaca ayat suci ke mengkaji ayat suci dengan mendalam.
Saya mempunyai hak istimewa untuk mengunjung ramai Orang Suci Zaman Akhir dan mendengar pengalaman-pengalaman mereka dengan Ikutlah Aku. Ungkapan-ungkapan mereka yang beriman menggembirakan hati saya. Berikut beberapa komen yang saya telah dengar daripada ahli-ahli Gereja kita dari seluruh dunia:
-
Seorang bapa berkongsi: “Saya suka Ikutlah Aku, kerana ia memberi saya peluang untuk bersaksi tentang Juruselamat kepada anak-anak saya.”
-
Di satu rumah yang lain, seorang anak berkata: “Inilah peluang untuk mendengar ibu bapa saya memberi kesaksian mereka.”
-
Seorang ibu berkongsikan: “Kami telah diilhami bagaimana untuk mengutamakan Tuhan terdahulu. Masa yang kami [fikirkan kami] ‘tidak punyai’ telah pun [dipenuhi] dengan harapan, kegembiraan, kedamaian, dan kejayaan dalam cara-cara yang kami fikir tidak mungkin.”
-
Satu pasangan mendapati: “Kami membaca ayat suci dengan sangat berbeza berbanding dengan dahulu. Kami belajar lebih banyak daripada sebelum ini. Tuhan inginkan kita untuk melihat secara berbeza. Tuhan sedang menyediakan kita.”
-
Seorang ibu berkata: “Saya sukakan kami belajar perkara yang sama bersama. Dahulu, kami membacanya. Kini, kami belajarnya.”
-
Seorang saudari berkongsikan satu perspektif yang mendalam: “Dahulu, kamu mendapat pelajaran dan ayat-ayat suci menyokongnya. Kini, anda mempunyai ayat-ayat suci dan pelajaran menyokongnya.”
-
Seorang saudari lain berkata: “Saya merasai perbezaan apabila saya melakukannya [berbanding dengan] apabila saya tidak melakukannya. Saya mendapatinya lebih senang untuk bercakap dengan orang tentang Yesus Kristus dan kepercayaan kita.”
-
Seorang nenek berkata: “Saya menelefon anak-anak dan cucu-cucu pada hari Ahad, dan kami berkongsikan pemahaman dari Ikutlah Aku bersama.”
-
Seorang saudari perhati: “Ikutlah Aku bagaikan Juruselamat sedang melayani saya secara peribadi. Ia diilhami syurga.”
-
Seorang bapa berkata: “Apabila kita menggunakan Ikutlah Aku, kita bagaikan anak-anak Israel, menandakan sisi tiang pintu kita, melindungi keluarga kita daripada pengaruh pemusnah.”
Saudara dan saudari, adalah amat menggembirakan untuk berkunjung bersama anda dan mendengar bagaimana usaha anda dalam Ikutlah Aku memberkati hidup-hidup anda. Terima kasih atas kesetiaan anda.
Mengkaji ayat-ayat suci bersama Ikutlah Aku sebagai panduan memperkukuhkan penukaran hati kita kepada Yesus Kristus dan Injil-Nya. Kita bukan hanya menukar satu jam kurang di gereja pada hari Ahad untuk satu jam lebih mengkaji ayat suci di rumah. Pembelajaran injil merupakan usaha yang konsisten sepanjang minggu. Sepertimana yang dikongsi oleh seorang saudari berwawasan, “Matlamat ini bukanlah untuk memendekkan masa gereja, ia adalah untuk membuatkan gereja enam hari lebih!”
Sekarang, pertimbangkan amaran nabi kita, Presiden Nelson, yang dia telah berikan dalam pembukaan persidangan umum Oktober 2018:
“Musuh dengan cepat sedang meningkatkan serangannya terhadap iman dan terhadap kita dan keluarga kita. Untuk bertahan hidup secara rohani, kita memerlukan rancangan proaktif dan menentang musuh” (Ucapan Pembuka,” 7).
Kemudian (lebih kurang 29 jam kemudian) pada petang hari Ahad, dia menutup persidangan itu dengan janji ini: “Apabila anda tekun membentuk semula rumah anda kepada satu pusat pembelajaran injil, … pengaruhan musuh dalam kehidupan dan rumah anda akan berkurangan” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113).
Bagaimanakah serangan musuh meningkat dengan pesat manakala pada masa yang sama pengaruh musuh semakin berkurangan? Ia boleh berlaku, dan ia berlaku di seluruh Gereja, kerana Tuhan menyediakan orang-Nya untuk menentang serangan musuh. Ikutlah Aku merupakan strategi balasan dan rancangan proaktif Tuhan. Sepertimana diajar oleh Presiden Nelson, “Kurikulum bersepadu baru yang berpusat di rumah dan disokong oleh Gereja ada potensi untuk melepaskan kuasa kekeluargaan.” Namun, ia akan memerlukan usaha kita yang terbaik; kita perlu “[melaksanakan] ia dengan teguh dan cermat untuk mengubahkan rumah [kita] kepada satu tempat perlindungan iman” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” 113).
Seterusnya, Presiden Nelson juga telah berkata, “Kita masing-masing bertanggungjawab untuk pertumbuhan rohani individu kita” (“Ucapan Pembukaan,” 8).
Bersama dengan sumber Ikutlah Aku , Tuhan sedang menyediakan kita “untuk masa berbahaya yang kita hadapi sekarang” (Quentin L. Cook, “Penukaran Hati Yang Mendalam Dan Kekal,” 10). Dia membantu kita menubuhkan “suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12)—landasan kesaksian yang bersauh kukuh kepada batu hampar penukaran hati kita terhadap Tuhan Yesus Kristus.
Semoga usaha harian kita dalam pengajian ayat suci mengukuhkan kita dan membuktikan bahawa kita layak menerima berkat-berkat yang dijanjikan. Saya doakan dalam nama Yesus Kristus, amin.