2010–2019
Mencari Kebahagiaan dalam Perkongsian Injil
Persidangan Umum Oktober 2019


2:3

Mencari Kebahagiaan dalam Perkongsian Injil

Kita ada seorang Bapa di Syurga yang penyayang, sedang menunggukan kita berpaling kepada Dia untuk memberkati kita dan kehidupan orang di sekeliling kita.

Salah satu lagu Sekolah Primer kegemaran saya bermula dengan kata-kata ini:

‘Ku anggota G’reja Yesus Kristus di Zaman Akhir

‘Ku tau rencana

Tuhan Bapa.

‘Ku setia pada-Nya

Ku beriman pada Yesus Kristus Jurus’lamatku.1

Ini satu penyataan yang ringkas dan indah tentang kebenaran yang kita percaya!

Sebagai ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita tahu siapa kita. Kita tahu bahawa “Dia ialah Bapa jiwa kita. Kita ialah … anak-anak-Nya, dan Dia mengasihi kita. Kita tinggal [bersama] Dia sebelum kita datang ke bumi.”

Kita tahu rancangan Tuhan. Kita bersama Dia di situ apabila Dia sampaikan rancangan itu. “Seluruh tujuan Bapa Syurgawi kita—pekerjaan-Nya dan kemuliaan-Nya—adalah untuk membolehkan kita masing-masing menikmati berkat-berkat-Nya. Dia … telah menyediakan satu rancangan yang sempurna untuk mencapai tujuan-Nya. Kita faham dan sudah terima rancangan … kebahagiaan, … penebusan, dan …penyelamatan ini” sebelum kita datang ke bumi.

“Yesus Kristus ialah pusat rancangan Tuhan. Melalui Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus memenuhi tujuan Bapa-Nya dan membolehkan kita menikmati kebaqaan dan permuliaan. Setan, atau iblis, ialah musuh kepada rancangan Tuhan” dari permulaan.

“Hak pilihan, atau kebolehan untuk memilih, ialah salah satu kurnia terbesar Tuhan kepada anak-anak-Nya. … Kita mesti pilih untuk mengikut Yesus Kristus atau mengikut Setan.”2

Ini ialah kebenaran yang mudah yang boleh kita kongsikan dengan orang lain.

Biarkan saya beritahu anda tentang satu masa ibu saya kongsikan kebenaran yang mudah dengan rela berbual-bual dan mengenali satu peluang.

Bertahun-tahun lalu, ibu saya pulang ke Argentina untuk mengunjung bersama adik saya. Ibu saya tidak suka naik kapal terbang, dia tanya salah seorang anak lelaki saya untuk berikan dia satu berkat untuk menyenangkan dan melindungi dia. Anak saya terdorong untuk memberkati neneknya dengan bimbingan dan arahan khas dari Roh Kudus untuk memperkuatkan dan menyentuhkan hati ramai orang yang berhasrat untuk belajar tentang injil.

Keluarga Pol

Di lapangan terbang Salt Lake, ibu dan adik saya menemui seorang gadis berumur 7 tahun yang pulang dari satu lawatan ski bersama keluarganya. Ibu bapanya sedar bahawa dia berbual-bual dengan ibu dan adik saya, mereka menyertai anak perempuan mereka. Mereka memperkenalkan diri sendiri dan anak perempuan mereka sebagai Eduardo, Maria Susana dan Giada Pol. Wujudnya satu perhubungan yang semula jadi dan mesra dengan keluarga yang manis ini.

Kedua keluarga berasa sangat gembira untuk terbang bersama-sama dalam penerbangan yang sama ke Buenos Aires, Argentina. Semasa mereka berbual-bual, ibu saya mendapati bahawa mereka tidak pernah dengar tentang Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan.

Soalan pertama daripada Susana ialah, “Bolehkah kamu beritahu saya tentang muzium yang indah itu yang ada satu patung emas di atas bumbungnya?”

Ibu saya jelas bahawa bangunan indah itu bukan satu muzium tetapi satu bait suci Tuhan di mana kita buat perjanjian dengan Tuhan supaya kita boleh pulang hidup bersama Dia pada suatu hari. Susana mengakui kepada ibu saya bahawa sebelum lawatan ke Salt Lake dia berdoa untuk memperkuatkan jiwanya.

Semasa penerbangan itu, ibu saya berikan kesaksiannya yang mudah tetapi kukuh tentang injil dan jemput Susana untuk mencari para penginjil dalam kampungnya. Susana tanya ibu saya, “Bagaimana saya boleh cari mereka?”

Ibu saya jawab, “Kamu akan nampak mereka, mereka ialah dua orang pemuda lelaki yang pakai pakaian putih dan tali leher atau dua orang gadis yang pakai skirt, dan mereka sentiasa pakai tag yang tunjukkan nama mereka dan juga ‘Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.’”

Dua keluarga saling bertukar nombor telefon dan mengucapkan selamat tinggal di lapangan terbang Buenos Aires. Susana, yang semenjak itu menjadi rakan baik saya, sudah beritahu saya banyak kali bahawa dia merasa sedih meninggalkan ibu saya di lapangan terbang itu. Dia kata, “Ibu kamu berseri. Saya tidak boleh jelaskan, tetapi dia ada satu terang yang saya tidak hendak tinggalkan belakang.”

Secepat Susana sampai ke kampungnya, dia dan anak perempuannya, Giada, pergi kongsikan pengalaman ini dengan ibu Susana, yang tidak tinggal jauh daripada mereka. Semasa mereka memandu kereta ke sana, Susana nampak dua orang pemuda lelaki yang berpakaian seperti ibu saya huraikan. Dia hentikan keretanya di tengah-tengah jalan, keluar dari keretanya, dan tanya dua orang pemuda lelaki itu, “Adakah kamu dari Gereja Yesus Kristus?”

Mereka kata, “Ya.”

“Penginjil?” dia tanya.

Mereka jawab, “Ya, betul!”

Kemudian dia kata, “Masuk kereta saya, kamu datang ke rumah saya dan ajar saya sekarang.”

keluarga Pol

Dua bulan kemudian, Maria Susana dibaptiskan. Anak perempuannya, Giada, juga dibaptiskan apabila dia mencapai umur 9 tahun. Kami masih bekerja dengan Eduardo, yang kami sangat kasihi.

Semenjak itu, Susana menjadi salah seorang penginjil yang paling baik yang pernah saya temui. Dia macam anak-anak Mosia, datangkan banyak jiwa kepada Kristus.

Dalam satu perbualan kami, saya tanya dia, “Apakah rahsia kamu? Bagaimana kamu kongsikan injil dengan orang lain?”

Dia memberitahu saya, “Itu mudah sahaja. Setiap hari sebelum saya tinggal rumah saya, saya berdoa kepada Bapa di Syurga dan minta Dia mengarah saya ke seseorang yang perlukan injil dalam kehidupan mereka. Kadangkala saya ambil satu Kitab Mormon atau kad gereja daripada penginjil untuk berkongsi dengan orang—dan apabila saya berbual dengan orang, saya tanya mereka jika mereka pernah dengar tentang Gereja.”

Susana juga kata, “Ada masa saya hanya bersenyum semasa menunggukan kereta api. Suatu hari seorang lelaki memandang saya dan tanya, ‘Mengapa kamu senyum?’ Dia mengejutkan saya.

“Saya balas, ‘Kerana saya gembira!’

“Kemudian dia kata, ‘Mengapa kamu gembira?’

“Saya jawab ‘Saya seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan ini buat saya gembira. Pernahkah kamu dengar gereja ini?’”

Apabila dia jawab tidak, Susana berikan dia satu kad gereja dan jemputkan dia menghadiri pertemuan hari Ahad minggu itu. Hari Ahad minggu itu, Susana menyambut dia di pintu gereja.

Presiden Dallin H. Oaks mengajar:

“Di sini ialah tiga perkara yang ahli-ahli gereja boleh buat untuk berkongsi injil. …

Pertama, kita semua boleh berdoa untuk keinginan membantu dalam bahagian penting ini dalam kerja keselamatan. …

Kedua, , kita boleh mentaati perintah-perintah. … Para ahli yang beriman akan selalu mempunyai Roh Juruselamat … bersama mereka untuk mendorong mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam kerja penting berkongsi injil Yesus Kristus yang dipulihkan.

Ketiga, kita boleh berdoa demi ilham tentang apa yang boleh kita lakukan … untuk berkongsikan injil dengan orang lain … [dan] berdoa dengan komitmen untuk bertindak ke atas ilham yang [kita] terima.”3

Saudara, saudari, kanak-kanak, dan remaja, bolehkah kita bertindak seperti rakan saya Susana dan kongsikan injil dengan orang lain? Bolehkah kita menjemput seorang rakan yang bukan agama kita untuk datang ke gereja bersama kita pada hari Ahad? Atau bolehkah kita kongsikan Kitab Mormon dengan seorang saudara mara atau seorang rakan? Bolehkah kita membantu orang lain carikan nenek moyang mereka di FamilySearch atau kongsikan bersama orang lain perkara yang kita belajar sepanjang minggu semasa mengaji Ikutlah Aku? Bolehkah kita menjadi lebih seperti Juruselamat kita Yesus Kristus dan kongsikan bersama orang lain perkara yang mendatangkan kebahagiaan kepada hidup kita? Jawapan kepada semua soalan ini adalah ya! Kita boleh melakukannya!

Dalam kitab suci, kita baca bahawa para ahli Gereja Yesus Kristus dihantar “untuk bekerja di dalam ladang anggur-Nya demi keselamatan jiwa manusia.”(Ajaran dan Perjanjian 138:56). Kerja keselamatan termasuk kerja penginjil ahli, pengekalan penganut baru, keaktifan ahli kurang aktif, kerja bait suci dan kerja sejarah keluarga, serta pengajaran injil’”4

Rakan-rakan yang dikasihi, Tuhan mahu kita mengumpulkan Israel. Dalam Ajaran dan Perjanjian, Dia berfirman: “Jangan juga kamu memikirkan apa yang harus kamu katakan sebelumnya; tetapi simpanlah baik-baik dalam fikiranmu secara berterusan firman kehidupan, dan akan diberikan kepadamu pada jam yang tepat bahagian itu yang akan dibagikan kepada setiap orang.”5

Selain itu, Dia juga janji kita:

“Dan jika demikian halnya bahawa kamu akan bekerja sepanjang hidupmu dalam menyerukan pertaubatan kepada orang-orang ini, dan membawa, meskipun hanya satu jiwa kepada-Ku, maka betapa besarnya kebahagiaanmu bersamanya di dalam kerajaan Bapa-Ku!

“Dan sekarang, jika kebahagiaanmu besar dengan satu jiwa yang telah kamu bawa kepada-Ku ke dalam kerajaan Bapa-Ku, maka betapa besar kebahagiaanmu jika kamu akan membawa banyak jiwa kepada-Ku!”6

Lagu Sekolah Primer yang saya kongsikan pada mulanya tamat dengan penyataan yang mendalam ini:

‘Ku beriman pada Yesus Kristus

Jurus’lamatku

Kebenaran-Nya

Kulaksanakan

Dan ‘kan kukhutbahkan.7

Saya bersaksi bahawa kata-kata ini adalah benar dan kita ada seorang Bapa di Syurga yang penyayang, menunggukan kita berpaling kepada Dia untuk memberkati kita dan kehidupan orang di sekeliling kita. Semoga kita berhasrat untuk membawa saudara dan saudari kita kepada Kristus, ini doa saya dalam nama Kristus, amin.

Nota

  1. “Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 48.

  2. Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service, rev. ed. (2018), 48.

  3. Dallin H. Oaks, “Berkongsi Injil yang Dipulihkan,” Liahona, Nov. 2016, 58.

  4. Handbook 2: Administering the Church, 5.0, ChurchofJesusChrist.org; juga lihat L. Whitney Clayton, “The Work of Salvation: Then and Now,” Liahona, Sept. 2014, 23.

  5. Ajaran dan Perjanjian 84:85.

  6. Ajaran dan Perjanjian 18:15–16.

  7. “Gereja Yesus Kristus,” 48.